Wednesday, April 3, 2024

Kupang Goreng Kunyit Lauk Sahur Pagi Tadi

Assalamualaikum..

SA bangun awal pagi ni lepas dh tido lama..badan x sihat..malam semalam SA tido pukul 9 lebih...kain baju pun x lipat sebab x sihat..makan ubat terus tido..ingatkan dh ok..ehh..makin teruk plak...SA dh agak..kalau tonsil bengkak sure SA akan demam teruk..

Alhamdulillah  pagi ni sempat SA masak satu lauk untuk sahur..kebetulan last week ada beli kupang fresh kat pasar..rebus and keluarkan isinya. Terus frozenkan...teringat..malam td defrost dan letak kat chiller...pagi ni baru masak...

Ada SA share resepi sekali...ikutkan ni menu masak campak-campak aje...



 

Resepi Kupang Goreng Kunyit



1 genggam Kacang buncis- potong pendek

100 g isi kupang rebus

1/2 batang lobak - potong panjang

1/2 biji bawang Holland - hiris tebal

1 biji cili merah - potong serong

2 ulas bawang putih - hiris nipis

1/2 biji bawang merah - hiris tebal

Serbuk kunyit

Garam

Serbuk Maggi cukup rasa

secukupnya Minyak



Cara Memasak

Lumurkan isi kupang dengan sedikit serbuk kunyit. Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan bawang Holland. Kemudian baru masukkan isi kupang. Masak dalam 2 minit baru masukkan sayur kacang buncis, lobak dan cili merah.

Masak sehingga kacang buncis dan lobak agak lembut barulah perasakan dengan sedikit garam dan serbuk Maggi cukup rasa. Bila rasa dah sebati boleh tutup api.

Siap...sedia dihidang




16 comments:

  1. menggoda sungguh nengok kupang tu kak oi...sedapnya

    ReplyDelete
  2. kt umh ni menu kupang depa xsuka

    ReplyDelete
  3. fuhhhhhh menggodanya kupang SA masak tu! lauk mcm ni mkn dgn nasi panas-panas pun dah ckup hehehe

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan kupang ni tapi suka jugak makan kupang.

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat surut bengkak dan cepat sembuh kak. Aamiin...
    Tengok lauk kupang ni macam teringin makan kupang lah pulak. Kena cari kupang nampaknya ni.

    ReplyDelete
  6. Sedap nya lauk SA. Makan panas dengan nasi memang ummpphh.

    ReplyDelete
  7. Sedap!
    Lama tak beli & makan kupang...
    Get well soon SA 🤲

    ReplyDelete
  8. Moga cepat sembuh SA.

    Kupang tu nampak besar-besar, tergoda ai tengoknya.

    ReplyDelete
  9. kupang ini kerang maksudnya ya kak sa? soalnya kalo kupang di indonesia, bentuknya keciiiil kayak biji barley..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kupang ni sebenarnya mussel cuma beza bentuk, kalau kat Malaysia macam ni la cengkerangnya warna hijau gelap, kalau yang di oversea cengkerangnya warna pelbagai dan mostly hitam..

      Delete
  10. Harap2 SA dah beransur sihat
    nampak sedap menu kupang tu

    ReplyDelete
  11. Eh tak pernah lagi tgk ni kupang goreng kunyit mcm ni.. nampak sedap ni.. boleh try ni insyallah boleh try :D

    ReplyDelete
  12. busyra tak mkn kupang. tp knapa tgk sedap ni. hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah