Friday, April 5, 2024

Jumaat Terakhir Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua...

Hari ni merupakan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan untuk kita semua , lepas ni kita akan bertemu dengan Syawal pulak...sedih pulak rasanya nak meninggalkan Ramadhan...sedih dan rasa tak nak bertemu Syawal...x tau la macam mana perasaan kami sekeluarga pada 1 Syawal nanti...ikhlas SA xde buat apa- apa persediaan. Takde kuih muih...betul- betul tempah lemang aje hari tu 5 batang..order la ketupat palas..Isnin nanti baru dapat...tengok la kalau tiba- tiba nak beli kuih malam raya ke pulak nanti...itupun kalau larat...rasanya sampai raya SA ni blom sihat sepenuhnya...batuk melampau...

Jumaat ni kategori hari yang sibuk, tapi singkat sebab kalau sekolah, habis awal. So, macam2 nak cover kan. Yang pasti, kepada mak2 yg anaknya duduk hostel, selamat menjemput dan menanti kepulangan anak2 ye. Semoga perjalanan semuanya dipermudahkan...boleh la melepaskan rindu kat anak-anak...



Semoga dipermudahkan urusan kita di hari Jumaat yang mulia ini, dilancarkan rezeki kita dan dilindungi dari segala perkara mungkar. Inn Shaa Allah..

Rezeki Allah Maha Luas.

Rezeki Allah itu tidak di sangka-sangka.

Rezeki Allah pula dalam pelbagai bentuk.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya.

Aamiin Ya Allah Ya Mujib

10 comments:

  1. terasa kejap je dah nak raya kan kak... takpe kak kita sederhana je, saudara mara dan jiran-jiran pun faham kan

    ReplyDelete
  2. Sekejap sahaja masa berlalu, sedar tak sedar minggu depan kita semua akan menyambut hari raya. Samalah akak pun tahun ini sederhana sahaja.Sambutan ala kadar je asalkan ada suasana raya sudahlah

    ReplyDelete
  3. baru perasan header akak dah bertukar...lawa...
    insya-Allah...semua pun faham kak...sederhana je

    ReplyDelete
  4. Aamiinn...
    Rasa macam nak raya tapi macam tak nak raya macam tu. Kejap sungguh dah nak berakhir Ramadan. Harini confirm dah mula jem sebab dah cuti sekolah kan.

    ReplyDelete
  5. Singgah sini di petang jumaat. Kejap je masa berlalu kan SA....

    ReplyDelete
  6. aamiin.. ya rabbal a'laamiin...
    betul tu, pejam celik dah nak syawal plak kan

    ReplyDelete
  7. Minggu ni minggu yang paling sibuk . Sibuk dengan persiapan raya ..

    ReplyDelete
  8. Aaamiiin. Saat ini pasti tengah berkumpul semuanya kan. Semoga THN depan kita semua dikasih kesempatan untuk bertemu ramadhan lagi ya kak 🤗

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......