Monday, April 22, 2024

Family Photo Di Rumah Kampung Tanjung, Rantau NS

Assalamualaikum..

Sambung lagi gambar raya...gambar beribu kan...malas SA nak cari mana yang ok...rasanya ini yang plaing ok kot..as long as semua dalam gambar ni ready aje...rumah ni merupakan rumah pusaka arwah nenek SA sebelah Pak Zain...so setiap tahun memang pagi raya pertama kami akan berkunjung ke sini dulu cumanya tahun ni banyak beza la..kami disini tanpa sesosok tubuh yang digelar ibu...sedih sekali..cumanya kami berjaya untuk tidak terlalu bersedih dan alhamdulillah allah bagi kami kekuatan menmpuh hari raya tanpa arwah Mak Pah...

Rumah kampung ni dekat sangat dengan rumah bekas Menteri Besar NS, Tok Mat. Tok Mat tu merupakan Kazen Pak Zain..ikutkan kami pi rumah terbuka beliau Sabtu lepas..tapi x dan nak pi sebab adik lelaki balik nak beraya dengan kami kan...

Jom tengok gambar...


Family adik bongsu


Family adik no 4, mising anak dara dia si Dida..mana ntah time ni


Family adik  no 3


Family SA, missing Khalaf yang beraya ngan mak dia


Kami the gegurls..



Nak amik gambar 4 beradik dengan Pak Zain..sekali Pak Zain suruh Nia masuk sekali






Not a complete family...missing Angah and family



 

Nasib Pak Zain tak alunkan takbir raya seperti selalu tiap kali raya..Pak Zain nak elak dari rasa sedih kot..dari pukul 5am SA bangun tu x dengar pun suara takbir Pak Zain...SA plak awal- awal dah menangis masa mandi sunat aidilfitri...

Rindu kat arwah Mak Pah...rindu sangat- sangat...

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها
وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘asfihaa wa fu’anhaa wakrim nudzulahaa wa wassi’ mudholahaa wagsilhaa bilmaai watsalji wal barodi wanaqqohaa min khotooyaa kamaa naqoitats tsaubal abyado minad danasi wabdilhaa daarol khoiron min daarihaa eaahlan khoiron min ahlihaa wajaudzan khoiron nin jaudzihaa waadhilnaj jannata wa a’idzahaa min adzaabil qobrii au min adzabin naar.

Ya Allah, ya Tuhanku ampunilah dia, dan berikanlah rahmat untuknya, selamatkanlah dirinya, maafkanlah dirinya serta tempatkanlah dia di tempat yang mulia (syurga), perluaslah kuburnya, mandikan dirinya dengan air dari salju serta dari ais. Bersihkan dirinya dari seluruh kesalahan seperti Engkau membersihkan baju-baju yang putih dari kotoran, lalu berilah rumah yang jauh lebih baik dari rumahnya di dunia, berilah dirinya keluarga yang lebih baik daripada yang ia miliki di dunia, pasangkanlah dia dengan yang lebih baik daripada pasangan yang ia miliki di dunia, serta masukanlah dia ke surga dan jagalah dia dari siksa kubur dan siksa a pi neraka.

12 comments:

  1. Cecantik gambar2nya pun SA.....moga almarhumah Mak Pah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Hilang di mata tapi tetap di hati.....

    ReplyDelete
  2. wahhhh mcm rumah Felda dulu-dulu di awal 80-an, rumah papan cat merah!
    oooo Tok Mat kazen Pak Zain ke? Bestnya ruang mozek tangga tu luass mcm tu :)

    ReplyDelete
  3. Aamin2... Semoga doa2 kita dimakbulkan untuk arwah... Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..

    Jadi,rumah pusaka tu, sekarang siapa yang duduk? Nampak elok terjaga tu..

    ReplyDelete
  4. masih cantik lagi rumah pusaka tu kak...boleh buat tunjuk kenangan pada cucu cicit sekarang,rumah arwah nenek kami roboh macam tu je sebab tak ada orang nak jaga,bila masing2 dh ada rumah sendiri,rumah pusaka dah terabai

    ReplyDelete
  5. cantik kak bergambar kt depan rumah kayu tu

    ReplyDelete
  6. cantik gmbr view rumah kampung camni

    ReplyDelete
  7. Aamiin... semoga doa kita dimakbulkan untuk arwah...... cantik rumahnya, lebih kurang bentuk rumah Tok Mat...

    ReplyDelete
  8. Masing-masing cantik bergaya . Berlatar belakangkan rumah kayu memang sesuai sangat .
    Betul bila dengar takbir raya rasa sayu sangat ..bertakung air mata

    ReplyDelete
  9. Cantiknya rumah. Suka sangat dengan rumah2 tradisional ni. Cantik semua foto.

    ReplyDelete
  10. cantek nya gambar raya korang.. yang depan tangga tu lawa dan nampak klasik. Suka betul sy dengan view rumah lama. Salam Syawal Kak SA. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  11. 🤗🤗 I feel you kak SA. Kita doakan saja Mak pah selalu diterangi kuburnya, diampuni kesalahan semasa hidup dan diterima semua amal ibadah beliau yaaa ❤️

    ReplyDelete
  12. Cantik rumah kampung. Tangga, port popular ambil gambar. Lahhh saya ingatkan Dida adik beradik dengan kembar. Rupanya bukan. Dida anak tunggal lah kiranya kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......