Tuesday, April 16, 2024

Belajar La Jadi Ibu Bapa Yang Bersyukur

Assalamualaikum...

Viral dah bab duit raya ni...

SA terpanggil nak share...allahu..kenapa bab duit raya ni masih menjadi bahan perdebatan..duit raya ni ihsan dari tuan rumah atau sesiapa sahaja yang berkunjung...bila bab ni viral terus SA terasa sebabnya tahun ni SA x sediakan duit raya kat budak2 yang berkunjung..bukan la takde..ada la dalam 30 sampul je and SA letak RM2...first come first served dimana siapa yg datang kat rumah je SA bagi..sebelum ni tahun-tahun lepas.memang SA sediakan dan siap tukar beratus duit raya...tapi masa tu SA dapat bonus beberapa bulan..so SA niat bersedekah..tahun ni SA x dapat bonus..so takde la SA tukar duit raya...kita tau la kemampuan kita kan dan kebetulan kami sekeluarga x beraya sakan pun...persiapan belanja raya pun kami 4 beradik ni share daru bulan 1, sebulan 100..alhamdulillah cukup malah berlebih-lebih..so takde la sorang je keluar belanja raya kan..

SA sediakan la duit raya untuk anak dan anak-anak buah...itu keutamaan la...

Tapi bila baca kisah viral kat FB ni dan dishare di banyak page...allahu..ada juga pemikiran sesetengah orang melabelkan terlampau berkira dwngan budak-budak..diorang x tahu kewangan orang tu macam.mana...dengan perayaan ni sekali ngan perbelanjaan persekolahan..kalau ada yang x terkesan sebab orang kaya atau gaji banyak..diorang bagi diam2 dh la duit raya tu kan..kenapa nak komplen berapa banyak orang mampu sediakan untuk budak-budak...

Orang macam ni kena belajar bersyukur la...serius..kena belajar bersyukur...




Belajarlah jadi mak ayah yang bersyukur.

Duit raya nie sedekah dari tuan rumah, bukan kewajipan diberi pun. Jangan ajar anak-anak meminta-minta atau mempertikaikan berapa jumlah diberi.

Apa yang orang beri, ucapkanlah alhamdulillah.

Jangan kira duit orang atau lihat rumah besarnya. Itu usaha kerasnya, dia pun tak minta duit dari kita tapi rezekinya dari Allah. Jadi belajarlah jadi mak ayah yang bersyukur.

Kredit : FB Mingguan Wanita

12 comments:

  1. ya Allah...betul SA, linda baca posting tu..sabar je..takot jari nie laju je cakap yang bukan2...

    ReplyDelete
  2. betul tu. Ana pun baca jugak posting tu.. tahan sabar je jari nak komen.. gerammm je rasa ha~

    ReplyDelete
  3. baca juga kisah duit raya...kdg2 mak bapak yg over...bersyukur la org nk bg...duit raya tu bkn wajib

    ReplyDelete
  4. Memang tak bersyukur betul manusia macam ni. Siap up status lagi tu. Duit raya bukan wajib. Sedekah ikut kemampuan kita.

    ReplyDelete
  5. bersyukur la ada juga rezeki. pelik pelik manusia zaman sekarang

    ReplyDelete
  6. Tiap tahun ada je kes gini, bukan anak-anak tp emak bapak yg tak malu tulis gini. Ekonomi sekarang ni bukan la untuk bermewah, kalau kita senang ramai lagi yg rasa susah nk teruskan hidup. Kalau dia cuma mampu bagi RM1 , terima jelah dengan syukur. Bukan wajib pun duit raya tu, itu cuma cara kita meraikan je...sedekah je. Geram betul

    ReplyDelete
  7. Alamak!. I tertinggal train, blom baca lagi kes viral tu. Takut plak nak baca.. hahaha. Kang tak pasal2 tertempias ke"negatifan"nya.

    ReplyDelete
  8. hei...x baik nya siapa yg buat posting mcm ni,. rm 1 ke 50 sen ke, hak org yg nak memberi tu la. tak kasi duit raya pun tak apa, bukan wajib pun.
    as a parents kena educate anak2..raya is not about duit raya. adat berkunjung & menziarahi tu yg utama... ish is..org mcm ni pun ada kan?

    ReplyDelete
  9. Lar.....duit Raya RM1 pun tak nak ke?. Jangan memilih zaman la ni. Orang tu nak bagi pun dah cukup baik....

    ReplyDelete
  10. Pelik2 jer mak bapak yg mengharapkan duit raya esp dari strangers...if sedare terdekat mcm siblings or anak sedare tu lain laaaa

    ReplyDelete
  11. Kenapa ya sampai macam tu. Bersyukur lah walau apa pun nilai nya,

    ReplyDelete
  12. Berapa nilai pun yang dapat bersyukur la tanpa mengeluh apa-apa . Zaman sekarang keras . Semua barang naik . Kita beri ikut kemampuan , tak perlu nak berlawan sana sini . Tapi raya haritu , CCL terpandang satu posting fb kawan bekas officemate CCL dulu . Dia kongsikan ank dia dapat duit raya RM1, . hasil posting dia tu dpt kecaman juga dri kawan-kawan . Sehinggakan owner yang bg duit raya kt ank dia tu pun berasa kecil hati

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......