Monday, April 22, 2024

Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

Assalamualaikum...

Zaman sekarang ni ramai manusia Narsistik...apa Narsistik ni?

Ia membawa maksud kepada seseorang yang mempunyai gangguan mental. Dengan nama saintifiknya Narcissistic Personality Disorder(NPD) di mana seseorang itu beranggapan bahawa dirinya jauh lebih penting daripada orang lain dan mengagumi diri sendiri.

Periksa Tanda - Tanda  Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar




Antara ciri-ciri orang narsisistik adalah :

  1. Suka membangga diri. Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak suka tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.
  2. Dia gilakan perhatian. Sukakan perhatian orang. Dia suka tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.
  3. Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia suka kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.
  4. Suka orang puji dia. Suka orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai 'mata-mata' atau pengkhianat.
  5. Suka puji diri sendiri. Suka claim diri sendiri CANTIK, kacak, baik, pandai dari orang lain.
  6. Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.
  7. Pentingkan diri sendiri.


Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.

  1. Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain
  2. Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.
  3. Kurang belas kasihan. Tiada empati terhadap orang lain.
  4. Suka ambil kesempatan kat orang lain untuk keuntungan diri dia.
  5. Suka menggunakan orang untuk memperoleh perkara yang diinginkan.
  6. Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.


Sifat narsisistik ini boleh memberikan kesan yang buruk seperti :

  1. Susah nak dapat kawan.
  2. Orang pun tak nak kawan dengan orang yang berakhlak buruk seperti ini.
  3. Selalu ada masalah dalam hubungan dengan manusia. Tak kisahlah hubungan dalam rumahtangga, tempat kerja, dengan keluarga ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Dengan semua orang dia ada masalah.
  4. Hidup tak pernah tenang. Selalu resah dan selalu ada masalah.


Sikap Narsisistik Dari Sudut Islam :

Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu UJUB, RIAK, TAKBUR dan HASAD.

Sikap ujub ini tidak disukai oleh Allah Ta'ala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.

Ini juga sesuai dengan firman Allah Ta'ala dalam Surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.

Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”


Rawatan :

Biasanya, seseorang akan diberikan diagnosis sebagai penghidap gangguan personaliti narsisistik sekiranya individu tersebut menunjukkan lima atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan di atas.


Suami;

jika suami bersifat Narsistik memang bahaya untuk hubungan rumahtangga. Suruh SOLAT tapi suami tak nak solat. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.

Isteri;

jika isteri bersifat Narsistik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami. Merasa dirinya saja yang betul. Tak hormat suami. Tinggi suami pada suami. Lama-lama derhaka kepada suami.

Anak;

jika ada anak yang bersifat Narsistik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibubapa. Tak nak dengar cakap mak ayah.

Ibu Mentua;

jika ibu mentua yang punya sifat Narsistik, Nauzubillah... ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga. Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua yang ada masalah Narsistik.


Sumber : Hello Doktor & FB

10 comments:

  1. Moga kita semua dpt stay humble

    ReplyDelete
  2. Moga kita semua terhindar dari sifat narsistik .

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua dijauhkan dari sifat2 yang tak baik.

    ReplyDelete
  4. tiba2 teringat ada kenalan di FB yang ex nya ada sifat nie..dah berpisahpun...tp tula, linda memang tak percaya mulanya, jadi betul lah...org yang mempunyai sifat nie, memang pandai mengaburi mata orang lain supaya dia yang betul, org lain yang salah...
    ada satu drama jugak, tak igt tajuk apa...tp pasal nie jugak lah

    ReplyDelete
  5. good sharing..mohon dijauhkan la kan...aamiin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, xde ciri2 mcm ni.. sebab tu la kot ldy selalu diperguna gunakan.. hihihi

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah pelihara kita semua dan dijauhi dari sifat begini.

    ReplyDelete
  8. biasa jumpa orang gini, memang baik dijauhi sebab nanti kita yang sakit ati

    ReplyDelete
  9. Yg saya nak tahu, bisa disembuhkan tak ini 😅... Susah kalo dah sifat bangga terhadap diri sendiri

    ReplyDelete
  10. Makin ramai orang jenis NPD ni kan. Risau betul. Terima kasih share infonya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......