Assalammualaikum...
SA kan...x tau pun pasal Lorong Nostalgia ni..tapi masa ronda- ronda tu nampak la banyak khemah-khemah dah macam ada Jom Heboh plak...then suami cakap jom la i bawak both of you explore...SA plak memang x tolak la sebab memang nak bawak Dania jenjalan di samping nak cari bahan untuk update entry blog...orang muda- muda cakap nak buat content la dalam bahasa viralnya...
Sebenarnya Lorong Nostalgia ni merupakan Food Festival..macam- macam jenis makanan yang ada semuanya yang viral- viral..Memandangkan kami berdua ni dah kenyang so takde la beli makanan cuma suami dan Dania yang beli buah potong..dua- dua tu sepakat beli buah tapi x nak letak asam ke apa...SA plak beli jeruk...nampak menarik sebab jeruk- jeruk tu sangat- sanagt menggamit memori/ nostalgia SA masa kecik- kecik...mahal jugak...buah dengan jeruk tu total dah timbang RM37 ke RM38 ntah macam tu..suami yang bayarkan..
SA dah sampai Lorong Nostalgia and bersedia untuk explore..
First khemah jual aneka asam, buah potong dan manisan..
Mau x geram tengok kan..
Dua beranak ni...amik bukan main banyak lagi...kang timbang takut mahal..
Happy la tu..
Jeruk Buah Cermai...SA amik ni sikit je dan boleh campur2
jeruk kedondong SA amik 3 biji
punya la banyak ...geram oii
jeruk kelubi SA amik 3 biji
Ni x tau la kundang ke atau mangga kecik2 tu
Gambar lari- lari la..puas tukar2 tak leh gak...sama je...ni group YANG VIRAL KAT TIK TOK yang selalu fyp menari tarian zapin...cantik jer diorang menari...berbakat sungguh
SA ada amik video skit..
Meja untuk makan disediakan sebanyak- banyak dan seluas- luasnya...tapi kami bertiga x join pun..
Jersey..
Sambil jalan sambil makan
Bumblebee ni panggil SA lambai- lambai ajak bergambar..malas la nak buang duit..hahaha
SA x tau la pasal geng- geng Choii ni apa..tapi diorang sangat popular..kereta semua canggih2
Baju- baju jenama Choii...x tau la berapa harganya sebab x diletakkan tanda harga
Mama dah berpeluh- peluh ni...
Competition apa ntah tengah berlangsung
Ni la gerai adik- adik yang menari tu..jual donut rupanya..pelbagai bentuk dan warna
Cheesetart Buncit
Cempedak goreng
SA cedok jeruk sengkuang
Jeruk kelubi
Jeruk kundang kot
Sikit- sikit je SA amik
Ada yang jual tudung..memang cantik2 RM10 jer sehelai..
Beli la 3 helai..suami bayarkan...tq en suami..
Leps tu kami roinda- ronda la sampai habis...sambil- sambil borak..tengok product orang...dah banyak nak tutup pun masa tu...lepas tu SA dah penat dah...then kami decided balik je...tanya Dania nak pi Bazar Karat tak...dia kata tak nak..kang terjebak bundle plak kang...
So kami balik hotel je la lepas tu...