Wednesday, March 13, 2024

Ziarah Kubur Mak Pah Petang Semalam...

Assalamualaikum...

Petang semalam selepas masak..SA, suami dan Dania pi ziarah kubur arwah Mak Pah..Pak Zain dah pergi awal- awal sebab dia nak tanamkan pokok Jasmin yang SA beli tu...nampak sikit plak pokok tu..yang lama 3 pokok tu dah layu..tapi Pak Zain combine jer ngan 4 pokok yg SA beli...

Sekejapan aje dah ramai dah jiran- jiran Mak Pah...sederet tu dah hampir penuh dah...yang sebelah kubur Mak Pah tu sebaya ngan Mak Pah..lahir tahun 1956..selalu la SA cakap kawn elok- elok di alam sana..sama- sama teman ye..walaupun mustahil la kan berlaku..

Dania semalam tolong siram kubur uwan dia dan jiran- jiran uwan..sebabnya kubur diorang kering dan merekah...bila dah siram dengan air baru ok semula..cuaca panas kan...sebab tu hari- hari Pak Zain pergi kubur dan siram kubur Mak Pah dan jiran sebelah menyebelah...










 

Semalam sebelum balik SA cakap...ALong balik dulu mak..nanti along datang semula hujung minggu...hehehe..sekali Pak Zain cakap sekali menyahut Mak ko kang...baru ko tau...hahaha...ramai betul yang menziarah kubur semalam..ada satu pasangan tu..dia di bahagian atas sikit tempat khas untuk kubur- kubur bayi atau kanak- kanak...dia pasang rumput karpet..nampak muda lagi pasangan suami isteri tu...dan ada baby kat situ..maybe anak dia yang sulung kot SA berkata- kata dalam hati..cakap jugak kat suami...maybe anak dia meninggal..bersih dan terjaga kubur tu SA tengok berbanding kubur lain...

SA ni risaukan Pak Zain...risau dia penat atau x sihat sebab cuaca panas kan...nanti nak cakap kat Pak Zain, pergi selang- selang hari la...itupun kalau dia nak...dah jadi kewajiban lepas solat kat masjid dia akan terus ke kubur melawat arwah Mak Pah...x tau macam mana nak cakap ngan dia..takut menyinggung perasaan dia nanti..

13 comments:

  1. iya..pesan pada Pak Zain... selang selang hari ziarah sebab panas sangat sekarang ni.. dengan puasa lagi...takut kurang air nanti

    ReplyDelete
  2. Musim panas sekarang
    Pokok yang baru ditanam tu memang kena siram hari2

    ReplyDelete
  3. sekarang kan cuaca panas kak, mujur ada lagi kemah tu... pak zain rindu betul kt arwah tu... yelah kan mereka susah senang bersama pi mana bersama kan... baca ni pun dh sedih bergenang air mata

    ReplyDelete
  4. Dulu pun masa arwah Abah kitaorang meninggal, pantang ada masa free mesti masing-masing pergi ziarah kubur arwah...tu je ubat nak hilangkan rasa kehilangan Kak SA..

    Semoga Pak Zain dikurniakan kesihatan yang baik, Aamiin...

    ReplyDelete
  5. Semoga Mak Pah tenang di sana...

    ReplyDelete
  6. beruntung mak pah dpt suami yg sgt setia..insya Allah syurga tempat mak pah sbb dpt redha suami kan..

    ReplyDelete
  7. semoga mak pah berada di tempat yang mulia, dan semoga SA dan keluarga diberi ketabahan.

    ReplyDelete
  8. tu lah skrg musim panas betul.. moga Pak Zain & SA sekeluarga sihat saja & dpt menunaikan ibadah spnjg Ramadhan aminnnnn

    ReplyDelete
  9. Moga Mak Pah baik2 ajer di alam sana.....beruntung ada suami yang setia.....

    ReplyDelete
  10. Pak Zain isi masa lapang dengan ziarah.. dah biasa berteman. Cuma kesian sebab cuaca panas sekarang ni. SA kena slow talk.

    ReplyDelete
  11. Cerah dan bersih perkampungan baru Mak Pah..Semoga Allah rahmati semua penghuninya

    ReplyDelete
  12. Cuaca panas lain macam sekarang ni. Okay juga tu pergi selang sehari bulan puasa ni. Risau kesihatan Pak Zain juga.

    ReplyDelete
  13. Tersusun rapi keadaan kubur kat sana . Cantik pulak tu . Betul cuaca panas sekarang jangan dibuat main laa.silap² berdiri kejap bawah matahari pun dah rasa nak pitam , tapi tue lah cara PZ nak lepaskan rasa rindu pada arwah mak pah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah