Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah sahur pertama SA bersama dengan suami, Dania, Pak Zain dan adik no 3 satu family...seronok betul..xde la rasa kekurangan..walau feeling dia dh lain kan...tahun ni tahun pertama berpuasa dengan suami walau sekejap aje...
Seawal pukul 4am SA masak dan panaskan lauk..daging goreng kicap tu permintaan Dania. Semalam SA pi Jaya Grocer sekejap selepas pergi beli hadiah birthday suami..ye esok birthday suami yang ke 47 tahun..kita bagi hadiah je la dulu...sambutan blom lagi la..sape suruh birthday jatuh bulan puasa kan...hahahah..SA pi Jaya Grocer semalam beli daging steak tu 2 keping...ingat cuma ada SA, Dania, Suami dan Pak Zain je..rupanya adik pun balik...nasib baik cukup je daging tu...
Daging goreng kicap
Sotong goreng berlada, cili kering dah abih..so guna la cili api..ni adik SA yg masak
Sayur sawi + bokchoy goreng
Ni lauk Ikan pacu masak lemak cili api campur pucuk pegaga Pak Zain yang masak petang semalam...
Plan SA nak share gambar masakan supaya nanti korang ada idea untuk masak masa berbuka atau bersahur...SA xde niat nak buat korang terliur time puasa ye...hahaha..SA ada banyak resepi nak share sepanjang berpuasa ni..sama macam tahun-tahun lepas..SA sekadar memberi idea je...
Korang ok kan?
Kena kecam plak SA kang..tapi tahun lepas ok je...hahaha...
Kejap lagi SA nak keluar kejap nak pi cari baju raya suami, Pak Zain dan Dania..lepas tu nak pi nursery jap nak cari pokok jasmin untuk kubur Mak Pah
selamat berpuasa SA...ye sama kita suka share gmbr makanan...bila rajin share resepi ..bole kwn2 cuba kan
ReplyDeletefuhh...rajennya SA masak awal pagi...kitorg anak beranak tak lalu makan nasi pepagi...pg td buatkan roti sosej je kat anak2...
ReplyDeletebagus SA share ni, dpt idea nak masak2 apa...anyway, Salam ramadhan almubarak
ReplyDeleteOkay.. dah nampak dah nak masak apa untuk esok lusa...thank you for your sharing
ReplyDeletealhamdulillah, seronok bersahur ramai-ramai..kita sahur sorang2 je pagi tadi sebab housemate cuti hahahah
ReplyDeleteSelamat bershopping SA
ReplyDeleteMeriah sahur nya tu. Ok je share.
ReplyDeleteSedap sangat lauk tu SA.
ReplyDelete13/3...saya birthday dgn anak saya
ReplyDeleteOk je SA. Mencari idea nak memasak ni juga....
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki dapat berkumpul dan bersahur ramai ramai walaupun suasana tu berbeza. Banyak menunya. Sedap sedap pulak tu. Jangan risau kak, at least dapat bagi idea kat orang nak masak apa kan.
ReplyDeleteMeriah.. alhamdulilah ..
ReplyDeleteYang nak kecam tu, hati hitam, bagus gulai masak campaur daging hitam tu hahaha
Meriah lauk sahur SA...
ReplyDeleteSaya anak anak request sahur susu & cereal jeðŸ¤
syoknya berbuka ramai2..:)
ReplyDeleteselamat berpuasa kak... sama la.. ayu pun share pic menu just kasi idea, pas tu kenangan sendiri.. x de niat langsung nak menunjuk or nak buat org terliur kan
ReplyDeleteAla share je. Kita bukan baru setahun dua belajar puasa
ReplyDeleteOrang yang kecam tue hati diorang busuk .. kita share niat nak share idea nak masak apa , kadang² mak-mak , anak-anak , surirumah of course la ketandusan idea nk fikir masak apa hari ni .
ReplyDelete