Friday, March 15, 2024

Resepi Rendang Ayam Cili Api

Assalamualaikum...

Hari ni dah Jumaat kan...lepas tu dah weekend..mesti ada perancangan nak masak menu yang sedap sikit untuk berbuka dengan keluarga kan...SA hari - hari cari resepi nak tukar- tukar menu masak...minggu ni ramai kat rumah harapnya...harap adik- adik balik...kalau tak sendu la berbuka berdua dengan Pak Zain...

SA terjumpa resepi rendang ayam cili padi...NS memang guna cili api bila buat rendang..kalau nak warna rendang macam dalam gambar...biasa arwah mak SA suruh campur cili kisar sikit bagi warna cantik lagi...tapi SA prefer cili api...baru pure NS kan...time raya SA kalau pi rumah sedara mara memang suka terjah rendang dulu..x kisah rendang ayam atau rendang daging...

Jom tengok resepi kalau korang nak cuba weekend ni..ni bukan cara SA masak..ni orang lain punya resepi.tapi SA nak mencuba nanti...tengok bahan lebih kurang sama je...tapi ada beza...



 RENDANG AYAM CILI API

Bahan bahan:

1 ekor ayam

1 - 1 1/2 kotak santan kotak

2 - 4 batang serai - ketuk

2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan

1 keping asam keping

4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja

1 sudu besar kerisik

Garam

Gula

Sedikit serbuk kunyit - jika perlu

Minyak untuk menumis


Bahan kisar:

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

1 inci halia

7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah

4 hirisan nipis lengkuas


Cara cara:

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.

Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.

Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.


kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 

8 comments:

  1. cicah dengan lemang sedap ni kak

    ReplyDelete
  2. sedapnya!! our family's fav ni...

    ReplyDelete
  3. Macam sedap pulak kalau masak rendang ayam kan on weekend. Kalau ada kerajinan bolehlah cuba. Hari hari saya menu ringkas je macam biasa. hihi...

    ReplyDelete
  4. Fuhhh sedapnyaa . CCL suka rendang cenggini . Boleh ratah - ratah isi

    ReplyDelete
  5. Uiii...orang negori memang handal bab merendang

    ReplyDelete
  6. Ammi last merendang raya haji haritu

    ReplyDelete
  7. Pasti best pakai Chili api, makin pedas dia kaan 😍👍👍. Sepupu saya kali masak rendang, sampai hitam, beneran rendang Padang sangat yg hitam. Dan dibuat pedas. Waktu itu kami bawa traveling ke jepang, dan tahan lama. Pedasnya itu yg saya suka. Makanya kalo cari rendang saya suka yg pedas lah 😄👍

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......