RENDANG AYAM CILI API
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2 - 4 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
1 keping asam keping
4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - jika perlu
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung - boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas
Cara cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.
Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih
cicah dengan lemang sedap ni kak
ReplyDeletesedapnya!! our family's fav ni...
ReplyDeleteMacam sedap pulak kalau masak rendang ayam kan on weekend. Kalau ada kerajinan bolehlah cuba. Hari hari saya menu ringkas je macam biasa. hihi...
ReplyDeleteSedapnya SA
ReplyDeleteFuhhh sedapnyaa . CCL suka rendang cenggini . Boleh ratah - ratah isi
ReplyDeleteUiii...orang negori memang handal bab merendang
ReplyDeleteAmmi last merendang raya haji haritu
ReplyDeletePasti best pakai Chili api, makin pedas dia kaan 😍👍👍. Sepupu saya kali masak rendang, sampai hitam, beneran rendang Padang sangat yg hitam. Dan dibuat pedas. Waktu itu kami bawa traveling ke jepang, dan tahan lama. Pedasnya itu yg saya suka. Makanya kalo cari rendang saya suka yg pedas lah 😄👍
ReplyDelete