Saturday, March 16, 2024

Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

Assalamualaikum...

Hi korang...

Dah prepare bahan nak masak untuk berbuka ke tu?

SA scroll FB sekali terjumpa resepi ni ..nampak menarik memandangkan ini resspi turun temurun kata sumber yang share ..

Sebagai seorang penggemar daging...SA share kat sini sebagai rujukan ye...korang pun bleh share resepi ni sekiranya buntu x tau nak masak apa...

Ting!!! Esok nak pi Jaya Grocer la cari daging steak...boleh masak macam ni sebab daging steak x perlu masak lama dan tekstur lembut kan...

Jom tengok resepi...



 

Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

500++ grm daging

Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng

10 ulas bawang putih*

2 sudu makan lada hitam biji*

2 sudu makan jintan manis biji*

Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*

Kicap lemak manis 2 sudu besar*

Sos tiram 2 sudu besar*

Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)

Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*

Cuka 1 sudu kecil

Minyak secukupnya

Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api

Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup


Cara

Blend bahan yg bertanda *

Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min

Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)

Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk

Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.


Sumber : Maggie Mohamed

11 comments:

  1. Belum prepare lagi kak. Macam biasa lauk saya ringkas je, last minit prepare pun sempat lagi. hihi...
    Kecur haihh tengok daging masak lada hitam ni. Sesekali dapat makan daging sedap juga.

    ReplyDelete
  2. Allahu sedap nya.. nasib baik dh ptg nk berbuka.. ok nak try la.. :D

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik menu ni . Resepi turun temurun mesti sedap .

    ReplyDelete
  4. Siang tadi ada beli daging bahagian peha. Boleh kot masak dengan lada hitam.

    ReplyDelete
  5. Saya dok jeling juga daging fresh tepi jalan tadi tapi tak jadi nak berhenti...esok pagi macam kena. pi cari daging jugak ni

    ReplyDelete
  6. Okeh! Nanti *uncle cuba! (* tu suruh aunty la... hahaha)

    ReplyDelete
  7. Pergh nampak sedap sungguh ni 👍

    ReplyDelete
  8. sedap nye... nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. Cubalah mana tau kena dgn tekak

    ReplyDelete
  10. Kebetulan saya masih ada daging steak. Jadi nak coba buat lada hitam seperti ini 😍😍

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......