Monday, March 25, 2024

Menu Berbuka Ramadhan Ketiga belas

Assalamualaikum...

Semalam merupakan Ramadhan ke 13, semalam pun banyak menu yang kami masak..ayam pencen tu adik no 4 yang masakkan..kebetulan dia takde nanti masa berbuka sebab ada majlis berbuka pejabat dia..di Royale Chulan Seremban. So dia tolong masakkan, rebus ayam tu dengan air kelapa dah empuk terus dia masak..lepas tu dia tolong rebuskan paru jugak sampai empuk dan siap hiris sekali untuk mudahkan SA masak sambal paru. Sebab tu cepat je masak semalam...kebetulan tangan SA pun x berapa ok lagi...

Jom tengok gambar...


Ayam pencen a.k.a ayam tua MLCA style arwah Mak Pah


Sambal udang harimau campur petai


Kangkung goreng belacan


paru berlada untuk sedekah kat kawan2 adik bongsu sekali untuk berbuka dan untuk rumah diorang ni


Ayam goreng kena ada untuk anak- anak
 

telur dadar Dania mintak


dah pukul 6.55pm baru teringat Ikan siakap stim untuk Pak Zain x buat...


Laju- laju adik SA si Lisa buatkan ikan siakap stim untuk Pak Zain....nasib baik sempat...hehehe..SA boleh terlupa...sabar jer la...semalam penat betul dibuatnya...panas melampau...hujan pun sekejapan aje...tak lama..lebat tapi dalam 5 minit je...

Alhamdulillah diberikan kesempatan berbuka beramai- ramai lagi...next week x ramai..adik no 4 dan adik bongsu balik Utara rumah mertua diorang plak...tinggal la SA dan adik no 3...tapi takpe..Dania dan en suami balik...at least ramai jugak la...

14 comments:

  1. Sedap nampak kangkung goreng tu. Cari kangkung kat pasar raya tak jumpa.

    ReplyDelete
  2. Ramainya juadah sesedap
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. sedapnya sambal udang tu..:)

    ReplyDelete
  4. Gombak hujan lebat setiap petang sejak Jumaat lepas, alhamdulillah sejuk sikit kami kat sini.
    Nak cari idea berbuka, mesti masuk dapur SA, tak pernah mengecewakan :D

    ReplyDelete
  5. meriahnya menu kak SA. terus rasa teringin pulak ni hah. tengok awal pagi memang menguji betul. hahaah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah :) kat my area pun ptg2 hujan dh 2-3 ari...so mlm2 tak panas sgt

    ReplyDelete
  7. Wah...meriah juadah dan meriah ramai pakat balik berbuka ...

    ReplyDelete
  8. ya Allah sedapnya.. mata perati kangkung belacan tuuu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, dapat berbuka ramai-ramai memang best. hargailah masa dengan keluarga selagi mereka ada

    ReplyDelete
  10. Semua menu sedap tapi siakap stim tu menggoda sungguh.

    ReplyDelete
  11. Semua sedap sangat SA. Masak ayam pencen tu yang menambat sangat. Satu Malaysia panas kan. Take care.

    ReplyDelete
  12. Seronok bila berbuka ramai-ramai ni. Meriah. Lauk pun turut meriah juga.

    ReplyDelete
  13. Aahh puasa kali ni CCL xmasak lagi menu siakap stim tue ..

    ReplyDelete
  14. Syukurlah bisa terkejar waktu utk masak ikan siakap itu ya kak 😄. Kecewa pula pak zain nanti.

    Paru berlada yg buat saya lapar langsung. Memang sedap paru kalo dimasak pedas begitu ❤️👍🏿

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......