Assalamualaikum...
Semalam merupakan Ramadhan ke 13, semalam pun banyak menu yang kami masak..ayam pencen tu adik no 4 yang masakkan..kebetulan dia takde nanti masa berbuka sebab ada majlis berbuka pejabat dia..di Royale Chulan Seremban. So dia tolong masakkan, rebus ayam tu dengan air kelapa dah empuk terus dia masak..lepas tu dia tolong rebuskan paru jugak sampai empuk dan siap hiris sekali untuk mudahkan SA masak sambal paru. Sebab tu cepat je masak semalam...kebetulan tangan SA pun x berapa ok lagi...
Jom tengok gambar...
Ayam pencen a.k.a ayam tua MLCA style arwah Mak Pah
Sambal udang harimau campur petai
Kangkung goreng belacan
paru berlada untuk sedekah kat kawan2 adik bongsu sekali untuk berbuka dan untuk rumah diorang ni
Ayam goreng kena ada untuk anak- anak
telur dadar Dania mintak
dah pukul 6.55pm baru teringat Ikan siakap stim untuk Pak Zain x buat...
Laju- laju adik SA si Lisa buatkan ikan siakap stim untuk Pak Zain....nasib baik sempat...hehehe..SA boleh terlupa...sabar jer la...semalam penat betul dibuatnya...panas melampau...hujan pun sekejapan aje...tak lama..lebat tapi dalam 5 minit je...
Alhamdulillah diberikan kesempatan berbuka beramai- ramai lagi...next week x ramai..adik no 4 dan adik bongsu balik Utara rumah mertua diorang plak...tinggal la SA dan adik no 3...tapi takpe..Dania dan en suami balik...at least ramai jugak la...
Sedap nampak kangkung goreng tu. Cari kangkung kat pasar raya tak jumpa.
ReplyDeleteRamainya juadah sesedap
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
sedapnya sambal udang tu..:)
ReplyDeleteGombak hujan lebat setiap petang sejak Jumaat lepas, alhamdulillah sejuk sikit kami kat sini.
ReplyDeleteNak cari idea berbuka, mesti masuk dapur SA, tak pernah mengecewakan :D
meriahnya menu kak SA. terus rasa teringin pulak ni hah. tengok awal pagi memang menguji betul. hahaah
ReplyDeletealhamdulillah :) kat my area pun ptg2 hujan dh 2-3 ari...so mlm2 tak panas sgt
ReplyDeleteWah...meriah juadah dan meriah ramai pakat balik berbuka ...
ReplyDeleteya Allah sedapnya.. mata perati kangkung belacan tuuu
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat berbuka ramai-ramai memang best. hargailah masa dengan keluarga selagi mereka ada
ReplyDeleteSemua menu sedap tapi siakap stim tu menggoda sungguh.
ReplyDeleteSemua sedap sangat SA. Masak ayam pencen tu yang menambat sangat. Satu Malaysia panas kan. Take care.
ReplyDeleteSeronok bila berbuka ramai-ramai ni. Meriah. Lauk pun turut meriah juga.
ReplyDeleteAahh puasa kali ni CCL xmasak lagi menu siakap stim tue ..
ReplyDeleteSyukurlah bisa terkejar waktu utk masak ikan siakap itu ya kak 😄. Kecewa pula pak zain nanti.
ReplyDeleteParu berlada yg buat saya lapar langsung. Memang sedap paru kalo dimasak pedas begitu ❤️👍🏿