Thursday, March 21, 2024

Menu Berbuka Ramadhan Kesembilan

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam SA sampai Seremban 6.30petang...Pak Zain dah tunggu depan KTM, then balik ke rumah sampai 6.50petang...letak bag terus ke dapur...tengok atas dapur, bukak periuk...laaaa...masak lemak cili api lagi...pas tu tanya la Pak Zain ikan apa ni..Pak Zain kata ikan jelawat...alaaa...SA x makan plak ikan tu...

Then terus la SA ketung ketang kat dapur...nasib ada udang galah beli kat Zemart hari tu...SA buat la sambal udang...nasib baik sempat...nasib baik jugak udang paling senang defrost...Nasib baik bahan- bahan dah sedia..Pak Zain sejenis suka siap-siap kupas bawang merah, bawang putih dan bawang besar letak dalam fridge...cili kering pun dah siap- siap kisar dan simpan dalam botol..so jimat masa kat situ...SA tinggal tumbuk je...SA kurang suka kisar sebab rasa manis dari bawang tu xde nanti dalam masakan...kadang- kadang nak cepat je SA blend guna chopper...x guna blender..







 

Ada yang nak resepi tak? Meh SA letak Resepi..SA hutang resepi cucur udang..siapa agaknya mintak hari tu..

RESEPI SAMBAL UDANG GALAH

Bahan-bahan:
  1. 500g udang, dibersihkan
  2. 1/2 biji bawang besar, potong nipis
  3. 1 batang serai, dititik
  4. 1/2 cawan air asam jawa
  5. 2 sudu besar sos tiram
  6. 1 senduk cili kisar

Bahan untuk ditumbuk
  1. 3 ulas bawang putih
  2. 4 ulas bawang merah

Bahan untuk dihiris
  1. 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 1 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Tuangkan air asam jawa, sos tiram 
  4. Biarkan cili dan bawang pecah minyak dan garing
  5. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. 
  6. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. 
  7. Angkat dan hidangkan.

Tip:
  1. Pastikan korang tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
  2. Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurna

11 comments:

  1. Kalau linda... Tak dan dah udang tu.. Nak defrost lagi.. Hat tu yg paling stress

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..... siap juga lauk untuk berbuka..... mengiurkan udang galah tu...

    ReplyDelete
  3. sambal udang sedap tu....tkde lg menu udang berbuka puasa ni

    ReplyDelete
  4. petang semalam saya masak lemak cili api ayam,teringat kt pakzain..rupanya pakzain pun masak lemak cili api lagi hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha....MLCA lagi ye PZ...
    Tapi pekat elok kuah dia...Saya fail kalau buat MLCAm..kuah akan pecah minyak

    ReplyDelete
  6. Ikan jelawat tak makan, kuah dia boleh makan kot SA. Sedap tu masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  7. MInggu ni nak stop kejap masak pedas, tapi tgk udang sambal tu uishhh dapnyaa.. petang ni nak masak ikan siakap lomak cili daun kunyit hehehehe

    ReplyDelete
  8. Saya sampai beli defrost plate kak. Gampang jadi ya. Ayam tinggal letak di plate nya, 1 jam cair. Kalo dibiarkan cair sendiri, bisa 2-3 jam. Makanya salah satu worth to buy yg saya beli defrost plate ini 🤣

    ReplyDelete
  9. Sempat SA masak . Mujur ada juga bahan mentah lain dalam peti

    ReplyDelete
  10. Senang nak masak bila semua bahan dah siap. Tinggal tumbuk dan tumis je lah kan. Saya pun suka menumbuk lagi. Jarang guna blender kecuali memang nak blend halus.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah