Sunday, March 17, 2024

Menu Berbuka Ramadhan Kelima

Assalamualaikum...

Macam yang SA mention semalam, rumah SA meriah betul..kami 4 beradik perempuan berkumpul macam biasa di hujung minggu. Diorang balik bermalam untuk berbuka dan sahur...seronok betul berbuka semalam..paling happy Pak Zain la...

Semalam SA dh bagi tau awal yang kami nak masak kari kambing kan...SA x masak langsung semalam...semua makanan ni adik2 SA yang bertiga tu yang masak...SA relax la semalam..tapi hari ni mungkin x la kot..hahaha...selain masak lauk pauk diorang buat kuih jugak...kuih popular NS iaitu kuih Bosopang. SA pernah share pasal kuih ni kat ENTRY NI



Meriah kan meja makan kami...penuh...



Kangkung celur 


Bendi celur


Sambal belacan org Perlis, adik ipar buat


Kuih bosopang


Kuih ni fav Pak Zain tau


Daging Goreng kicap untuk anak2


Ayam goreng tepung untuk anak-anak jugak


Sambal Udang harimau untuk adik ipar sorang lagi yg x makan ayam dan daging


Ikan keli goreng biasa je request by Pak Zain


Hero of the day..kari kambing


Ada kari ada la papadom kan


One more plate of Kari Kambing


 Sambal terung permintaan Pak Zain jugak

Dari hidangan berbuka rumah SA ni kalau ada yang buntu nak masak apa xde idea untuk berbuka hari ini, boleh la tiru...hehehe...

Hari ni x tau la apa plan adik-adik SA....SA dengan tangan sakit ni x boleh nak buat kerja multitasking...Dania dh bising dah suruh buat appointment  cepat2...asyik x ok je tangan SA ni..SA bukan la x nak jumpa doc...kang asyik duk MC...marah orang...peruntukkan untuk MC memang banyak la 28hari setahun...tapi tu la...nanti la SA fikir...buat masa ni SA masih makan ubat otot dan ubat radang tu...so far ok la tangan SA x berapa sakit..cuma x leh melasak..

Dengarnya  adik iar nak buat laksa Perlis hari ni..kita tengok jadi ke tak jadi...hahahaha 

15 comments:

  1. Meriah hidangannya..,, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat berbuka puasa ramai2, terutamanya kalau semua sepakat.

    ReplyDelete
  3. wahh... semua sedap sedap. jap nak tengok entry kuih basopang

    ReplyDelete
  4. Menu kalau kat kampung ada adik beradik sekali memang banyak berjenis2 la. Meriah menu.

    ReplyDelete
  5. zaman skrg nih pak zain msh baca suratkhabat stail lamo erk., hehe

    ReplyDelete
  6. meriahnye makanan.. kalau mcm ni hari2 pun boleh :D..

    ReplyDelete
  7. Meriah terung tu dgn bawang. Looks so yummy. Next time I nak tiru la, selalu org buat kan kedekut bwng.

    ReplyDelete
  8. Meriahhhhhh... semua sedap² belaka

    ReplyDelete
  9. Bila berbuka ramai-ramai, memang meriah lauk pauk dan kuih muihnya. Kena masak berjenis jenis untuk dewasa dengan budak-budak. Lepas tu ada yang tak makan itu ini. Kecur pulak tengok sambal belacan orang perlis.

    ReplyDelete
  10. waduh...banyaknya lauk sedap2 pulak tuuuu....

    ReplyDelete
  11. sedap tu kari kambing..ada plak ikan keli goreng...yum2222

    ReplyDelete
  12. Ammi tak pernah makan kuih bosopang tu kak. Bazar kek mano ado jual gak eh?

    ReplyDelete
  13. Memanglah kari kambing tuh dari foto saja rasa tercium aromanyaaaa 😍😍😄. Langsung cek dulu yg jual kari kambing dekat rumah, jadi pengen kan 🤣🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......