Assalamualaikum...
Macam yang SA mention semalam, rumah SA meriah betul..kami 4 beradik perempuan berkumpul macam biasa di hujung minggu. Diorang balik bermalam untuk berbuka dan sahur...seronok betul berbuka semalam..paling happy Pak Zain la...
Semalam SA dh bagi tau awal yang kami nak masak kari kambing kan...SA x masak langsung semalam...semua makanan ni adik2 SA yang bertiga tu yang masak...SA relax la semalam..tapi hari ni mungkin x la kot..hahaha...selain masak lauk pauk diorang buat kuih jugak...kuih popular NS iaitu kuih Bosopang. SA pernah share pasal kuih ni kat ENTRY NI
Meriah kan meja makan kami...penuh...
Kangkung celur
Bendi celur
Sambal belacan org Perlis, adik ipar buat
Kuih bosopang
Kuih ni fav Pak Zain tau
Daging Goreng kicap untuk anak2
Ayam goreng tepung untuk anak-anak jugak
Sambal Udang harimau untuk adik ipar sorang lagi yg x makan ayam dan daging
Ikan keli goreng biasa je request by Pak Zain
Hero of the day..kari kambing
Ada kari ada la papadom kan
One more plate of Kari Kambing
Sambal terung permintaan Pak Zain jugak
Dari hidangan berbuka rumah SA ni kalau ada yang buntu nak masak apa xde idea untuk berbuka hari ini, boleh la tiru...hehehe...
Hari ni x tau la apa plan adik-adik SA....SA dengan tangan sakit ni x boleh nak buat kerja multitasking...Dania dh bising dah suruh buat appointment cepat2...asyik x ok je tangan SA ni..SA bukan la x nak jumpa doc...kang asyik duk MC...marah orang...peruntukkan untuk MC memang banyak la 28hari setahun...tapi tu la...nanti la SA fikir...buat masa ni SA masih makan ubat otot dan ubat radang tu...so far ok la tangan SA x berapa sakit..cuma x leh melasak..
Dengarnya adik iar nak buat laksa Perlis hari ni..kita tengok jadi ke tak jadi...hahahaha
Meriah hidangannya..,, Alhamdulillah
ReplyDeleteSeronok dapat berbuka puasa ramai2, terutamanya kalau semua sepakat.
ReplyDeletewahh... semua sedap sedap. jap nak tengok entry kuih basopang
ReplyDeleteMenu kalau kat kampung ada adik beradik sekali memang banyak berjenis2 la. Meriah menu.
ReplyDeletezaman skrg nih pak zain msh baca suratkhabat stail lamo erk., hehe
ReplyDeletemeriahnye makanan.. kalau mcm ni hari2 pun boleh :D..
ReplyDeleteMeriah terung tu dgn bawang. Looks so yummy. Next time I nak tiru la, selalu org buat kan kedekut bwng.
ReplyDeleteMeriahhhhhh... semua sedap² belaka
ReplyDeleteBila berbuka ramai-ramai, memang meriah lauk pauk dan kuih muihnya. Kena masak berjenis jenis untuk dewasa dengan budak-budak. Lepas tu ada yang tak makan itu ini. Kecur pulak tengok sambal belacan orang perlis.
ReplyDeletewaduh...banyaknya lauk sedap2 pulak tuuuu....
ReplyDeleteNak semangkuk kari kambing tu .heheh
ReplyDeletebestnya iftar beramai2 gini!!
ReplyDeletesedap tu kari kambing..ada plak ikan keli goreng...yum2222
ReplyDeleteAmmi tak pernah makan kuih bosopang tu kak. Bazar kek mano ado jual gak eh?
ReplyDeleteMemanglah kari kambing tuh dari foto saja rasa tercium aromanyaaaa 😍😍😄. Langsung cek dulu yg jual kari kambing dekat rumah, jadi pengen kan 🤣🤣
ReplyDelete