Monday, March 11, 2024

Makan- Makan Sebelum Puasa

Assalamualaikum..

Jumaat lepas...lepas jer Malakoff Ladies Day tu...kami sambung makan plak kat opis...SA x makan dekat Max sebab nak makan yang kawan- kawan sediakan kat opis..diorang buat pot luck tapi x bagi tau..jemput kami makan je..

Macam- macam makanan ada ha...menu utama nasi campur la...


Kek tapak kaki kuda...first time SA rasa..erm...manis leting!!!!me dont like...


Agar- agar santan


Sambal belacan


Masak lemak putih sayur kobis


Daging blackpepper


Ayam goreng berempah


Tomyam udang dan ayam 


Nasi putih


pinggan SA...

 
Lately ni kan SA kurang selera makan...so makan ala kadar je...ni pun sebab kena paksa ye...kat rumah pun sama...nama je masak macam- macam tapi makan nasi sesenduk, lauk pun amik sikit je...asal rasa kenyang dan alas perut cukup la...

Minggu ni terlampau rindu kat arwah Mak Pah...Pak Zain pun sama..terngiang- ngiang suara Mak Pah mengadu sakit...terbayang- bayang Mak Pah kacau Pak Zain tiap kali tido..kejap- kejap Mak Pah gerakkan..kadang sampai Pak Zain marah..rindu semua tu...rindu Mak Pah panggil tiap kali nampak kelibat kami lalu ke dapur..

SA terbaca artikel kat bawah ni...x tau la betul ke tak betul...artikel ni tersiar di carian google...betulkan SA kalau salah ye...

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis
ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang
menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan
Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith
ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh
Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang
dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan
pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke
tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah
anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang
mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya
Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan
pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang
masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya
jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang
yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang
mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3
perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, Damai la engkau
disana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu
di kemudian hari... 

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi"

7 comments:

  1. Al fatihah buat semua kaum muslimin & muslimat, buat kesayangan kita yg telah pergi mengadap Ilahi....memang sayu sgt setiap kali bulan puasa...akak & pak zain memang terasa sgt la kan...Allahu....ayu ni pun, walaupun dah 6 tahun kak, still sama jugak... hanya doa & sedekah jariah x putus buat bekalan mereka di sana.....

    ReplyDelete
  2. Moga doa/sedekah kita untuk mereka yang telah pergi tu mengalir pahalanya kepada mereka yang telah tiada. Selamat berpuasa SA!

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..sedeynya :( :(

    ReplyDelete
  4. Kek tapak kuda tu memang manis leting. Pernah rasa adik ipar beli. Lepas tu nak beli memang taklah. Sedap sedap makanan yang ada.

    Bila kita terbayang kenangan tu, auto sebak. Jangan pernah berhenti berdoa untuk arwah.

    ReplyDelete
  5. Sentiasalah panjatkan doa utk arwah Mak Pah sbb doa dr anak yg soleh salah satu yg dibawa simati

    ReplyDelete
  6. Kek tapak kuda tu memang manis, CCL pernah cuba 3kali dengan seller yg berbeza . Ada 1kali tu jer manis leting .. . Mujur beli half loaf . Tidak bazir jer

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......