Wednesday, March 6, 2024

Kronologi Pemergian Mak Pah

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 5 arwah Mak Pah tinggalkan kita semua..semoga arwah Mak Pah tenang di sana dan dihimpunkan diantara kalangan muslimin dan muslimat yang beriman...

SA terpanggil nak menceritakan kronoogi pemergian Mak Pah..ada antara kawan-kawan semua SA bg tau secara peribadi keadaan Mak Pah awal February lalu, dimana kaki arwahbterpaksa di potong kerana tidak dapat diselamatkan lagi...maaf SA x share secara terang-terangan memandangkan keadaan Mak Pah masa tu...so SA buat keputusan untuk diamkan dulu...

Gambar dengan arwah Mak Pah 8 Feb sebelum below knee amputation operation


1. Awal February  Mak Pah mengalami infection pada kaki yang patah...kaki dh mula menanah dan ada bahagian yang telah mengecut kehitaman dan membusuk..Mak Pah kami hantar ke hospital dan warded..doktor pakar has decided nak buat below knee amputation  untuk selamatkan Mak Pah...SA x share dia media sosial demi menjaga perasaan Mak Pah dan atas permintaan adik adik untuk simpan aib Mak Pah...ye la orang kehilangan kaki kan..emosi dan mentally  x stabil..8hb February Mak Pah menjalani procedure below knee amputation..cuma ada la beberapa kawan2 blogger yg SA inform selepas process tu tatkala SA singgah ke blog mereka..

2. 9 February Mak Pah dah boleh discharged. SA tertanya-tanya kenapa cepat sangat Mak Pah discharged. Tapi x pe la..dh doktor discharged kan..nak kata apa plak...nampak Mak Pah sihat...tapi emosinya x stabil..Mak Pah mula x nak keluar bilik...lebih selesa di dalam bilik sahaja, disitu segalanya bermula apabila hari demi hari kesihatan Mak Pah makin merosot..dan bed ridden.

3. Bermula episode Mak Pah berehat di rumah...hari demi hari adik SA datang cucikan luka sebab hanya adik SA yg ada pengalaman kan..ye adik SA kerja kat klinik...keadaan  Mak Pah makin hari makin lemah..tapi kami tetap menjaga Mak Pah seperti sebelum Mak Pah sakit teruk...kami suapkan makanan..apa yg mak pah nak makan kami tunaikan..sehinggalah bermula Mak Pah x selera makan...badan x cukup nutrition untuk developed darah untuk pembaikkan tisu kaki..

4. 28hb February  BP Mak Pah Drop masa checkup di CAPD...sekali lagi Mak Pah di wardedkan...since that Mak Pah makin lemah...doc plan nak buat sekali lagi leg amputation tapi kali ni upper knee..allah...dugaan apa lagi ni...rupanya masa ni keadaan Mak Pah dah kritikal...tapi SA sempat jaga Mak Pah kat ward sampai pagi 29hb tu..Mak Pah menangis, merengek kesakitan..apa daya SA..x mampu SA nak hilangkan segala sakit Mak Pah...tak tertanggung sakit arwah...

5. 29hb February keadaan Mak Pah makin lemah..macam-macam usaha doc buat..nak buat operation x boleh sebab darah Mak Pah dan BP x cantik...nak cucuk ambil darah untuk dapatkan bacaan gula dalam darah pun darah x keluar, doc decided pasang branula di leher Mak Pah memandangkan tempat lain semua x jumpa urat dan membengkak...malam adik SA yang bongsu jaga Mak Pah...

6. Pukul 3am adik call...Mak Pah dh start meracau dan pernafasan dh x stabil, machine BP pun problem serta x function..doc decided nak intubated.  Adik SA buat keputusan benarkan sebab keadaan Mak Pah makin kritikal...bermula lah episode  Mak Pah ditidurkan...kami sekeluarga di beri kelonggaran untuk berada di depan ward bergilir-gilir masuk ke ward melihat Mak Pah...SA sentiasa menangis minta maaf kat Mak Pah sebab x mampu jaga Mak Pah sampai Mak Pah sakit macam tu ..SA bacakan Al-Fatihah dan ajar Mak Pah mengucap setiap masa..


7. Doc cina jumpa SA beritahu condition Mak Pah dh sangat2 kritikal. Plan nak pindahkan ke ICU terpaksa cancel. Doc terpaksa hentikan dialysis...dan doc plan nak hentikan bantuan pernafasan...masa ni kami semua dh dipanggil untuk berbincang dan mendapatkan persetujuan...segala borang dh sign..kami masih menanti doc bius untuk datang...hati dh panas sebab kami di sidai lama dari pukul 3pm..hari dah menjelang petang ..SA dh berlengas dan terlampau penat. Saudara mara dah berkumpul waktu melawat nak tengok Mak Pah kali terakhir...SA plak x terfikir langsung sampai SA buat keputusan balik rumah kejap mandi..SA, suami dan Dania balik...sampai aje kat simpang rumah...adik no 4 buat video call dan nampak dia menangis bg tau keadaan mak dh nazak...SA menangis  teruk dan mintak suami pusing balik ke hospital...tapi dalam video call tu juga Mak Pah hembuskan nafas terakhir dengan bimbingan Pak Zain...

8. Tepat 7.11pm perginya seorang ibu dan terputuslah doa-doa dari seorang ibu...innalillahiwainnailaihirojiun...

9. 8.30pm Mak Pah dimandi dan dikafankan di Bilik Mayat HTJS..malam tu juga bawak pulang ke rumah...cucu-cucu nak tengok untuk kali terakhir.

10. 1 March 2024 Mak Pah dikebumikan..8.30am di bawa ke Masjid Klan Putra Sikamat dan tepat pukul 9.00am dibawa ke tanah perkuburan.

Tamat sudah penderitaan  Mak Pah...2016 buat bypass di IJN, diikuti selepas itu kidney failure dan macam-macam masalah lagi...Tapi Mak Pah kuat...kuat menghadapi kesakitan sehingga akhir hayatnya...

Tinggallah kami sekeluarga bersama kenangan indah bersama arwah Mak Pah..

Terima kasih semua yang mendoakan..rakan blogger yang memberi sumbangan..saudara mara, rakan sekerja, adik beradik...


Al-Fatihah buat Mak Pah a.k.a Pipah Mustafa...


25 comments:

  1. semoga SA dan keluarga terus tabah..Aamin2x

    ReplyDelete
  2. bila baca ni keadaan arwah mak pah lbh krg sama mcm arwah mak cik sy. bezanya lps potong kaki arwah separa sedar 2-3 hari. then meninggal dunia di hosp...

    alfatihah (dibaca) buat arwah mak.pah

    ReplyDelete
  3. Sedih dan sebak membacanya. Kita dah buat yang terbaik dan berbakti sampai akhir hayat arwah. Itu juga boleh pujuk hati kita dan redha dengan permergian arwah. Allah maha baik dan pasti ada sesuatu yang akan menyembuhkan rasa sedih kita. Teruskan kuat demi Pak Zain dan keluarga yang lain.

    ReplyDelete
  4. redhakanlah pemergiannya kak... :( berat betul dada ammi masa baca ni :(

    ReplyDelete
  5. Sedihnya. Moga SA dan keluarga yang lain kuat menghadapi hari-hari yang mendatang. Bila teringat ibu....doakan....bila meninggalnya seorang ibu, terputus doa-doanya....saya pun dah takde mama :(

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar! Siapa kita utk menidakkan takdir. Semoga arwah Mak Pah tenang di sana dan SA sekeluarga dipermudahkan urusannya, Amiiinnn YRA

    ReplyDelete
  7. Innalillah...Semoga arwah tenang disana..Arwah dh x sakit dah..Kehilangan tu mmg sakit..Sy dah rasa =(

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah untuk makpah...macam mana keadaan PakZain kak?
    moga arwah sentiasa dirahmati,diampuni..insyaAllah

    ReplyDelete
  9. Sebaknya baca...Semoga Arwah Mak Pah, Pipah Mustafa dicucuri segala rahmat Allah...Saya doakan Kak SA sekeluarga tabah menghadapi ujian yang satu ini....

    ReplyDelete
  10. sedeynya...saya baca entry ni dgn keadaan yg sgt sebak...nak nangis tp ni tgh online meeting..:( sambil2 bukak blog

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar sedihnya baca.. lebih sedih lagi SA yg menanggung. moga SA sekeluarga diberi ketabahan ya allah aminnnn

    ReplyDelete
  12. Sedihnya baca. Salam takziah kak SA. Semoga arwah Mak Pah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  13. Sedihnya baca. Salam takziah buat SA. Samalah kita tak dapat berada dekat ibu masa dia menghembuskan nafas.... akibat nak balik mandi....

    ReplyDelete
  14. Damailah di sana Mak Pah. sedih baca ni

    ReplyDelete
  15. salam takziah kak.. sedih saya baca ni, teringat kisah arwah ibu saya yang mengalami kidney failure. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dijauhkan dari azab kubur.. semoga kuat ya kak..

    ReplyDelete
  16. Semoga Mak Pah di tempat kan bersama orang "yang beriman...jadi teringat kisah alm.ibu saya dua tahun lalu.

    ReplyDelete
  17. SA & family dh sehabis baik jaga arwah mak..smoga dia tenang di sana... al-fatihah

    ReplyDelete
  18. بِسْÙ…ِ اللّٰÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÛŒْÙ…ِ
    اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„ّٰÙ‡ِ رَبِّ الْعٰÙ„َÙ…ِÛŒْÙ†َ(1) الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÛŒْÙ…ِ(2) Ù…ٰÙ„ِÙƒِ ÛŒَÙˆْÙ…ِ الدِّÛŒْÙ†ِï­¤(3) اِÛŒَّاكَ Ù†َعْبُدُ Ùˆَ اِÛŒَّاكَ Ù†َسْتَعِÛŒْÙ†ُï­¤(4) اِÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِÛŒْÙ…َ(5) صِرَاطَ الَّØ°ِÛŒْÙ†َ اَÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÛŒْÙ‡ِÙ…ْ (6) غَÛŒْرِ الْÙ…َغْضُÙˆْبِ عَÙ„َÛŒْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَ Ù„َا الضَّآلِّÛŒْÙ†َ(7)

    Sedih baca huhu..
    Selepas amputation pasti Mak Pah alami kesakitan yang amat.
    Semoga Mak Pah tenang di sana setelah diangkat segala kesakitan.
    SA dan family sudah jaga arwah mak dengan baik sekali.

    ReplyDelete
  19. Salam takziah buat KakSA sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang yang beriman. MakPah memang seorang ibu yang kuat, semoga KakSA redha dengan pemergiannya.. Allah lebih sayangkan MakPah, takde rasa sakit2 dah.
    KakSA dan keluarga dah buat yang terbaik untuk MakPah.. ~Hugs~

    ReplyDelete
  20. Takziah. Semoga roh Mak Pah dicucuri rahmat. Semoga SA kuat dan tabah. Amin.

    ReplyDelete
  21. innalillahiwainnailaihirojiun..
    salam takziah akak...semoga arwah mak pah tenang disana..

    ReplyDelete
  22. Makpah pergi dengan tenang , memang sedih dengan pemergian orang yang kita paling sayang , CCL pun pernah rasa macam ni ,sedih dan terlampau sedih , tapi kita kena redha dengan setiap pemergian .

    ReplyDelete
  23. innalillahiwainnailaihirojiun..
    setiap kehilangan tu ada bezanya.... kehilangan Ibu of coz la paling sedih and paling berat sekali rasanya..putus nya doa seorang ibu tu.. Allahu.. :-( be strong kak...

    ReplyDelete
  24. Al-Fatihah dibaca buat bidadari Syurga SA. Semoga rohnya bersama hamba² yg soleh. Aamiin!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah