Thursday, March 14, 2024

Hasil Tanaman Di Mini Kebun Pak Zain

Assalamualaikum..

Tengok - tengok draft eh..eh...ada banyak lagi rupanya entry tak publish...antaranya yang ni la ha ..SA plak kadang lupa tengok entry dalam draft...

Korang semua tau Pak Zain tangan dia sejuk kan...tanam apa je semua menjadi...sebab tu la pokok jasmin tu mintak Pak Zain yang tanam...kalau SA yang tanam... confirm mati pokok tu...adabyang tanya pokok jasmin tu yg ada bunga putih kecik-kecik tu ye...ye betul tu...cuma x tau la plak bunga dia wangi ke apa...

Berbalik pada tajuk utama...ni antara pokok2 yang Pak Zain tanam yang dah membuahkan hasil...peria ni ntah peringkat yang ke berapa x tau la..silih berganti...sebelum ni ada pokok kacang botor, eh...pokoknya subur merimbun tapi x berbuah uolls...terus Pak Zain buang...ditanamnya lagi pokok peria...non stop peria ni berbuah...besar-besar plak tu buahnya...peria ni berbuah di balik2 daun kan ...kadang x perasan berbuah terus dah masak kuning je..yg dh masak tu Pak Zain x petik..dah betul2 masak dan buahnya pecah baru Pak Zain petik sebab nak ambil bijinya dijadikan benih baru....so..xde la pokok ni sempat mati...asal yang lama mati tumbuh yang baru... sebab tu buahnya x putus2



Ni plak cili padi...adabyg jenis kampung dan ada yang jenis kecik2 macam loceng tu ha...x tau namanya yg jenis warna putih pendek2 tu...


Buah peria yang dh matang dan dah dipetik..cukup la buat masak 2-3 kali


Bendi dah x banyak...sebab pokoknya dh tua...dh hujung-hujung org kata..
 

Pokok kari ni memang sentiasa ada la...merimbun je terus pangkas..nanti dia tumbuh balik


Pucuk pegaga tengah merimbun 


Kalau nak makan ulam petik je...x yah beli dh


Pokok pandan tu baru nak membiak semula


Ni plak peria jenis panjang...



Bendi ni blom membesar tapi dh nak berbuah dh..tp mmg pokok bendi jenis renek kan...


Pokok cili tengah berbuah lebat..ni jenis cili kampung


Ni jenis cili kecik2 tu..ada 2-3 pokok rasanya



Nampak ni buah dh hujung2..


Yang ni comel..


Ni anak pokok cili..macam x menjadi atau dimakan ulat je..


Itu la pokok-pokok yang masih Pak Zain tanam dan maintain...la ni aktiviti dia lebih kepada pergi masjid dan ke kubur arwah Mak Pah...hari ni SA x bagi dia pi kubur...suruh rehat dulu...kang susah kalau x sihat kan...

Tengok la cuti raya nanti SA bawak dia pi berjalan kejap ke apa yang patut...kena plan family day yang tertangguh sebelum ni...at least terhibur hati dia kan...


9 comments:

  1. SA...pokok kacang botor tak berbuah tu...cuba minta Pak Zain togelkan segala dedaun dibahagian pangkal pokok agak agak hingga 1 hasta biar togel...In shaa Allah kalau ada rezeki berbunga dan berbuah ia..Saya dapat tips ni dari group kebun..selamat mencuba

    ReplyDelete
  2. SA...pokok kacang botor tak berbuah tu...cuba minta Pak Zain togelkan segala dedaun dibahagian pangkal pokok agak agak hingga 1 hasta biar togel...In shaa Allah kalau ada rezeki berbunga dan berbuah ia..Saya dapat tips ni dari group kebun..selamat mencuba

    ReplyDelete
  3. Daun kari tu lebatnya akak, subur betul ya...

    ReplyDelete
  4. Banyak hasil peria tu, buat ulam rebus ke atau tumis pun sedap. Cili tu kalau habis stok boleh juga guna masa terdesak kan. Itu yang Pak Zain rajin bercucuk tanam tu, hasilnya banyak.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya tengok hasil cantik macam tu...Saya teringin nak menanam jugak, tapi tulah, taktaulah tangan nih jenis panas ke sejuk hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada mini kebun tanaman ni , boleh petik fresh² jer . Itulah hasil berbakti pada tanah membuahkan hasil juga .

    ReplyDelete
  7. Pegaga tu buat masak lomak letak udang pun sedap

    ReplyDelete
  8. Sebagai pecinta sayuran, saya excited sangaaaat lihat aneka sayur pak Zain ini kak SA 😍😍😍😍😍. Kalo saya di sana, dah puas lah ini tiap hari makan ulang dan sayur 👍❤️❤️❤️❤️. Memang best.

    Pengen tanam Chili padi, tapi tuhlah cari tau cara dulu supaya tak dimakan hama 🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah