Wednesday, March 20, 2024

Fenomena Ekuinoks Hari Ini

 Assalamualaikum...

Tadi SA dengar SuriaFM, diorang ada bincangkan tentang fenomena Ekuinoks ni dimana peristiwa ekuinoks yang berlaku apabila matahari tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Apakah hari ini akan lebih panas?aduhai...macam mana agaknya nanti ni....



Malaysia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang disebabkan kedudukan matahari yang berada betul-betul atas garisan Khatulistiwa, hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan berkata, fenomena yang turut dikenali sebagai ekuinoks itu akan menyebabkan seluruh dunia mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Manakala, bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlakunya waktu tengahari “tanpa bayang”

Di Malaysia, peristiwa tengahari tanpa bayang akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis).

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang


Sumber : Kosmo Online


12 comments:

  1. Nampaknya duduk kat office jer waktu tengahari.... tak perlu keluar........

    ReplyDelete
  2. tu lah rasa mcm nak teperap je dlm ofis

    ReplyDelete
  3. yes hari ini ..siang dan malam sama panjang

    ReplyDelete
  4. tapi hari nie tengok luar macam tak terik sangat

    ReplyDelete
  5. Dugaan betul cuaca panas time puasa ni
    Wak kerja tengah padang pulak tu

    ReplyDelete
  6. Allahu Akbar.
    Memang sungguh mencabar... panas yang tak berkesudahan. Di LD sebelah petang hujan pula.

    ReplyDelete
  7. Rasanya dah boleh adept dengan cuaca panas sekarang.

    ReplyDelete
  8. 2 hari lps dan semlm memang suhu extreme panas :(

    ReplyDelete
  9. siang panas tapi lewat petang hujan pula kat sini.
    Kasihan anak2 sekolah dan pekerja yang kerja di luar. Dok dalam ofis tak terasa sangat.

    ReplyDelete
  10. Sampai skr saya belum mau ke Pontianak Krn dah terbayang panasnya kak 🤣🤣🤣🤣. Suami saya dah kesana, dia cerita panasnya beda dengan jakarta. Jauuuh lebih Bahang 😂😅. Nantilah blm kuat rasanya. Saya pula kalo kena panas begitu langsung demam kadang.

    ReplyDelete
  11. Ohh hari ni lah kan dengan esok. Tak perasan pulak tadi masa keluar.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah