Sunday, March 31, 2024

Menu Berbuka Ramadhan Kelapan Belas

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu...

Semalam SA sibuk betul, sibuk dari awal tengahari sampai petang..adik lelaki SA balik nak berbuka sama..lepasntu dia mintak buatkan rendang daging dan masakkan ayam kampung yang dia bawak dari Muar...bertungkus lumus la SA dan Lisa masak...suami plak mintak nak makan nasi lemak dan sambal kerang...tapi x dapat makan sambal kerang sebab kerang yang SA beli semua busuk...rugi RM30...

Kita citer menu berbuka puasa Ramadhan ke 18 dulu la..semalam SA x sempat nak buat satu entry pun...

Ni menu berbuka Jumaat..jom tengok gambar



Ikan Talapia MLCA campur pucuk ubi


Ikan talapia goreng


Mee goreng basah


Kuew Teow Goreng


 SA buat cencalok

Seronok berbuka..kebetulan adik no 4 berbuka sekali satu family, sekali dengan anak angkat Pak Zain si Amir...

Alhamdulillah  rezeki berbuka sama-sama kan...Semalam dan hari ni cuma ada Lisa je...Adik no 4 dan adik no 5 swmua balik Utara rumah in law masing2..


Friday, March 29, 2024

First Time Ke Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum..

First time hari ni SA menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan sebelah Family Store...rasa macam.x selesa sebab  orang ramai...selepas beberapa tahun x pergi bazar Ramadhan akhirnya SA jejakkan kaki jugak...

Tujuan utama SA ke ini sebab nak cari kuih tepung pelita...punya la mencari dari awal puasa sampai la hari ni baru jumpa..SA belib2 bekas ada 5 biji kuih harganya RM5 sebungkus..okey la..sedap x sedap belakang kira tapi ternyata memang sedap..SA sorang je makan sampai 3 biji..rupanya ateh pun ada beli jugak 3 bekas...erm...banyak la plak...

Dania plak nak air green tea...yg bazaar ramadhan punya best katanya compare yang cafe mahal..SA x reti la minum green tea ke matcha ke apa benda viral2 ni...x kena dengan tekak SA..










Tepung pelita ni sedap, x manis sangat dan ada isi sengkuang dalam dia...
 

Puas la hati dapat beli tepung pelita..asyik terliur je tengok kawan-kawan post kat blog..okey SA dh x mengidam dh...haaa jangan fikir bukan-bukan ye...SA mengidam anak tekak je..xde mengidam yang gitu-gitu...xde plan pun ke arah tu...

Apapun harga kat Bazaar Ramadhan area Family Store Taman Desarhu ni xde la mahal melampau...biasa je...cuma masa SA sampai td kebanyakkan makanan dan kuih muih diorang jual dh banyak habis..so xde pilihan sangat..itu je yang kami beli, lepas tu terus balik...sampai rumah je Ateh ada tengah masak mee goreng basah...

Nitori & Decathlon Dah Ada Di NuSentral

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tadi rehat tengahari SA x tido...kawan opis ajak SA pi Sam Groceries dia nak beli barang nak masak berbuka nanti...SA pun memang nak ikut la sebab kat opis sejuk giler..tak boleh tahan SA dengan kesejukkan kat opis...

Lepas dah pi Sam groceries Ela ajak pi Nitori, nak tengok apa yang best..dia nak pi sebelum ni takde geng...SA plak lama x merayau kat NuSentral tu..kalau pergi pun selalunya pi Sam Groceries tu je..lepas tu terus balik...

Sebelum ni SA ada share kan Nitori kat AEON Nilai...skrg ada kat NuSentral plak....tapi x rajin la SA nak pi sini sebabnya barang mahal kan...SA lagi prefer Kaison..








Langsir cantik tapi mahal giler la







Lepas jenjalan kat Nikori..menemankan Ela mencari barang dan pusing- pusing..then kami turun tangga pi Decathlon plak...mak oiii...macam- macam ada..dulu rajin shopping sini sebab SA hiking...sekarang dah 2 tahun lebih x hiking..









 
Sekarang ni popular camping or glamping kan..kawan- kawan kat opis ramai yang buat aktiviti ni dengan family. termasuk la si Ela ni...dia kata barang dia dah almost complete dah...suami dia jenis minat aktiviti macam ni boleh la layan kan...suami SA apa je yang dia minat...hahha...tapi rasanya kena ad ala at least satu basic set..mana tau lepas2 ni nak ikut adik SA camping kan...diorang selalu je camping...


Menu Berbuka Ramadhan Ketujuh Belas

Assalamualaikum...

Semalam SA masak lambat sikit...5.30pm baru masak...lepas tu SA kepenatan sebab semalam panas betul..dah saat- saat akhir SA surrender, mintak tolong adik settlekan maggi goreng SA buat, nasib baik jugak adik SA cakap nak berbuka kat rumah dan datang ngan suami dan anak dia..hahaha..terus rasa macam nak pitam je...nasib x pitam...tak pernah SA rasa macam tu sejak puasa ni...semalam je...SA sempat masak sambal sotong dan ikan cencaru tu je..nasib baik Pak Zain masak lauk telur itik tu sebab Pak Zain je yang tau camne nak masak telur itik dengan sempurna..kami suka kuning dia sedikit cair..

Berbuka semalam SA minum air banyak dari makan...serius la panas lain macam semalam...nasib fikir dah nak berbuka, kalau pitam semalam terpaksa la SA buka puasa...


Sambal Sotong


Ikan cencaru goreng kunyit dan bawang putih


Maggi goreng


MLCA Telur Itik


drummet ayam kewpie

Terduduk SA kejap malam semalam, tekak lebih nak minum air dari makan...dah rasa lega , SA makan maggi goreng...

SA ingat bila badan rasa x sedap SA boleh senang tido...sekali tak ye korang..pukul 1am SA masih x boleh lelap mata, Kejap- kejap on aircond, kejap- kejap on kipas off aircond...tak tau la kenapa semalam...x sedar bila SA terlelap. SA kan ada  masalah nak tido since arwah MP xde...sampai sekarnag nak tido tu takut...bukan takut apa cuma lebih kepada trauma..nak lelap mata jer terbayang arwah MP kat ward dalam keadaan tenat...allah..x tau la sampai bila nak rasa trauma tu...bukan SA sorang tapi PZ dan adik- adik lain pun...

Sebenarnya SA banyak x share dan x simpan lagi cerita perjalanan MP ke negeri abadi..SA xde kekuatan..cuma SA simpan dalam FB je baru- baru ni..nanti la..bila SA dah rasa kuat..insyaallah SA share kat sini...simpan sebagai kenangan kan...

Sedekah Pampers Arwah Mak Pah Ke Rumah Seri Kenangan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah allah permudahkan urusan SA satu family semalam...semalam lepas settlekan urusan bank dan KWSP, kami bertiga terus ke Rumah Seri Kenangan Seremban . Rumah Seri Kenangan ni merupakan rumah orang- orang tua..masa kami sampai macam confuse skit..eh..betul ke ni...dah macam tempat mewah sangat ni..cantik betul bangunan compare 20 tahun dulu masa SA sekolah dan terlibat dalam aktiviti CSR..

Pak Zain buat lawak plak, dia buat- buat x larat jalan, konon- konon bila orang nampak orang ingat nak hantar dia duduk sini...penat SA dan adik gelak..sabar jer la...dengan pegawai tu pun dia cakap main- main...anak- anak pakcik nak hantar pakcik duduk sini ha...gelak pegawai tu...Pak Zain ni kan...suka main- main...

So kami serahkan semua pampers arwah Mak Pah, ada 2 yang dah buka pun kami bagi jugak..ye la dari dibuang kan membazir, pampers tu bukan murah pun..kami tukar jenama pampers dari TENA ke DR P selepas adik lelaki belikan 10 pack untuk Mak Pah..sejak tu tukar terus jenama sebab Mak Pah selesa..seminggu sebelum Mak Pah meninggal kami ada beli lagi banyak pampers sebab tengah promosi..arwah sempat pakai 2 bag je..satu kat rumah dan satu lagi kat hospital..

Jom tengok gambar yang sempat SA snap semalam..











Rupanya 2017 Rumah Seri Kenangan ni ditutup untuk pembinaan bangunan baru dan renovation...7 tahun uolls, so kami tanya la macam mana dengan penghuni- penguni kat rumah ni...pegawai tu cakap mereka dipindahkan ke rumah Seri Kenangan lain- lain negeri dan kekal di sana..so yang ada sekarang ni kebanyakkan dari Johor dan seantero Malaysia memandangkan Rumah Seri Kenangan di Johor ditutup untuk renovation.

Alhamdulillah selesai urusan untuk arwah Mak..semua pampers yang kami beli untuk arwah guna yang x sempat pakai kami sedekahkan ke Rumah Seri Kenangan Seremban supaya dapat digunakan oleh mereka-mereka yang memerlukan..air CAPD Mak yang berkotak-kotak pun dah selamat disedekahkan ke CAPD Seremban. Orang lain yang memerlukan boleh guna pulak kan...semoga pahala untuk arwah Mak berpanjangan...aminnnn....


Thursday, March 28, 2024

Menu Berbuka Ramadhan Keenam Belas

Assalamulaikum..

Semalam ingatkan Pak Zain x okey...alhamdulillah lepas makan ubat ikut masa dan lepas injection Pak Zain nampak okey...tapi memang SA pantau la PAk Zain dari malam semalam...dalam pada x sihat tu sempat jugak Pak Zain masak..lauk simple aje..risau dia kalau tak masak kang SA nak buka makan apa kan...SA okey jer..goreng telur mata curah kicap pun ok....hehehe...

SA sempat la balik semalam goreng sayur kangkung...



Ikan siakap goreng kicap


Sayur petola tumis air


Sayur kangkung goreng, campur sayur bayam ada baki skit..


SA goreng ikan sepat masin

Berbuka la SA sorang- sorang sebab Pak Zain kan x puasa, lepas SA dah berbuka baru Pak Zain join makan...

Hari ni tak tau nak masak apa..SA ingat nak bakar ayam kewpie, dah rendam ayam dah...lepas tu Pak zain nak buat masak lemak cili api telur itik dan adik SA mintak tolong buatkan sambal sotong...kul 5 kang la SA masak...awal lagi nak masak kan...

SA nak rehat jap, cuaca panas terik..sakit kepala dah SA ni...

 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah