Thursday, February 8, 2024

Resepi Udang Galah Masak Kerisek

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA scroll FB terjumpa resepi ni..kalau korang nak tau adik ipar SA yang lelaki ada yang x makan ayam dan daging..so wife dia akan masak la rendang udang setiap kali raya..SA nampak resepi ni dan baca bahan- bahan..eh x macam biasa adik buat..nampak sedap ni...

Terus SA buat entry ni macam biasa simpan sini..kang takut hilang plak...mana tahu untuk raya tahun ni boleh tukar bahan- bahan dari guna yang biasa kan..kadang resepi dari orang lain ni sedap jugak...korang pun boleh cuba kalau nak...

Jom kita tengok resepi..udang tu boleh la tukar dengan udang yang korang suka..SA selalu beli udang harimau sebab isi dia pejal dan kulit dia tebal..kalau guna udang bela ni macam kulit dia nipis melekat walau isi dia pejal kan...


gambar kredit to yang empunya resepi di FB

 

RESEPI UDANG GALAH KERISIK


BAHAN-BAHAN :


  1. 15 ekor udang galah perap dengan serbuk kunyit.
  2. 2 sudu makan serbuk kari.
  3. 1 sudu besar Knorr Pasti Sedap.
  4.    gula
  5. 1 sudu besar paste asam jawa dibancuh dengan secawan air.
  6.  segenggam daun kari.
  7.  1/4 cup susu cair.
  8. sudu makan kerisik.
  9. 1 labu bawang merah size besar.
  10. 3 ulas bawang putih.
  11. 10-15 tangkai cili kering (direbus terlebih dahulu) kepedasan sesuai selera pembaca.
  12. 1 inci halia 


BAHAN BLEND :

  1. bawang merah
  2. bawang putih
  3. halia
  4. cili kering rebus 


CARA MEMASAK :

  1. Goreng udang sehingga kekuningan dan ketepikan.
  2. Tumis bahan blend sehingga naik bau.
  3. Masukkan Knorr Pasti Sedap bersama gula.
  4. Masak sehingga naik minyak.
  5. Masukkan 2 sudu makan serbuk kari dan segenggam daun kari.
  6. Masukkan air asam jawa dan masak lagi sehingga naik minyak.
  7. Masukkan udang yg telah digoreng.
  8. Masukkan air secukupnya (terpulang nak berkuah atau kering ikut citarasa anda).
  9. Masukkan susu cair (boleh juga guna santan).
  10. Masukkan 2 sudu makan kerisik.
  11. Kacau sebati dan masak sehingga kuah pekat.
  12. Boleh tambah air dan terpulang juka pembaca sukakan berkuah atau kering.


Siap dan boleh dihidangkan.


SA suka udang tu dimasukkan kemudian supaya udang tidak terlebih masak dan tekstur kekal pejal serta segar ..

11 comments:

  1. sedapnya boleh cuba ni masak udang ni pulak.

    ReplyDelete
  2. Uishhh sedap nie ... Baca resepi dalam mulut dah terliur hahahah :D

    ReplyDelete
  3. Ok save juga resepi ni. Tq SA 🌷
    Dapat udang yg besar² sedapkan masak gini...puas makan...

    ReplyDelete
  4. Nak kena cari udang la pulak.....resipi nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu udang galah masak kerisek.
    Pernah makan menu begini tapi orang yang masak.

    ReplyDelete
  6. Entry Amie pun pasal udang galah...
    entry kak SA pun resepi udang..nak nangis sebab tak dapat masak dan makan..hahaha..
    tengah pantang seafood

    ReplyDelete
  7. wahh sedap ni... walaupun Cuya alergik, Cuya ngapppp ajerrr.... heheh

    ReplyDelete
  8. Kalo dah bab udang, confirm lah tak cukup 2 kg pun , semua makhluk di rumah nih udang lovers 🀣. Lebih mahal daripada buat rendang daging nanti jadinya πŸ˜‚. Tapi udang pasti sedap. Lauk satu itu mau dimasak apapun, memang tak pernah failed πŸ‘πŸΏπŸ€­

    ReplyDelete
  9. sedapnya SA lama tak masak udang ni.. terus dpt idea heheh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......