Sunday, February 11, 2024

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong Style SA

Assalamualaikum..

Hi korang..

Akhirnya SA buat keputusan masak asam pedas je ikan mayong tadi..

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong yang mudah dan sangat menyelerakan. Ikan Mayong memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas. Cuma pastikan basuh ikan mayong bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya.

Hidangan ini sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera..

Siap dah lauk Asam Pedas SA..cuma isi ikan mayng ni sedikit pejal..maybe jenis yang keras tu..tapi x pe la..sedap aje...


Resepi Asam Pedas Ikan Mayong

Bahan-bahan 

  1. Beberapa keping bahagian ikan mayong, potong kecil
  2. Minyak untuk menumis
  3. 2 sudu kecil halba ( SA x letak)
  4. 1 batang serai
  5. 3-4 helai daun limau purut
  6. 1 mangkuk cili kisar ( SA kurangkan)
  7. sedikit air asam jawa
  8. Air secukupnya
  9. Kacang bendi
  10. tomato
  11. daun kesum
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. Bahan-bahan kisar halus:
  14. 2 ketul kunyit hidup
  15. 2 inci halia
  16. 5 ulas bawang putih
  17. 6 biji bawang merah
  18. sedikit belacan

CARA-CARA:

  1. Blender bahan-bahan untuk kisar halus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis halba diikuti serai, daun limau purut dan bahan-bahan kisar halus tadi.
  3. Masukkan pula 1 mangkuk cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Selepas pecah minyak yang pertama, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga pecah minyak. 
  4. Ulang 3-4 kali untuk memastikan bahan tumisan cili yang mengandungi belacan betul-betul masak dan sedap rasa kuah nanti.
  5. Masukkan pati air asam jawa dan air putih untuk kuah.
  6. Masukkan ikan pari dan masak sehingga kuah mendidih.
  7. Masukkan bendi, tomato dan daun kesum kemudian masak sehingga sayur lembut.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kredit resepi Asam Pedas Che Nom..


8 comments:

  1. Sedapnya asam pedas ikan mayong... Kalau ada telur dia, perghhhh lagi best ni

    ReplyDelete
  2. tgk gmbr ikan mayong asam pedas nih pon menyelerakan., hehe

    ReplyDelete
  3. Hirup sedap ni... panas panas...

    ReplyDelete
  4. Beuughhhh ini pun sedaaaap kak 🤤🤤😍. Ikan mayong atau manyung ini memang pas dibuat kuliner pedas berkuah. Makannya pun jadi nikmat kan 😁😆

    ReplyDelete
  5. kalau masak gulai , of course kena ada kacang bendi sekali .

    ReplyDelete
  6. kalau husband ammi buat asam pedas dia suka letak lada hitam tumbuk. pijau bibir tebal kita haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah