Assalamualaikum
Salam Jumaat buat semua...hari ni SA busy jugak la macam biasa...ada banyak benda nak kena settle..KPI la...claims boss la apa segala...semua kena siap by today...
Sementara tu SA nak share menu lunch Selasa dan Khamis. Tak sempat nak share..Selasa menu lunch SA nasi dan daging black pepper. Daging steak yang SA beli kat Jaya Grocer hari tu SA buat masak black pepper...letak kicap...bawang besar, cili akar beberapa ketul belah dua...sygnya x berasa plak black pepper. SA guna sesudu besar je lada hitam dan tumbuk sendiri..ke lada hitam sekarang ni memang xde rasa pedas..
Semalam plak SA bawak lunch nasi+ ayam kampung masak lemak cili api PZ masak..
Nasi SA bawak sesenduk lebih je..lauk samai 4 kerul tu ha..nasi habis..lauk ada lagi..ermm meratah je la SA sambil tengok movie....
Hari ni plak SA beli karipap daging 4 biji kat LRT Pasar Seni...ada beli nasi emak bungkus tapi bukan untuk SA makan..sedekah kat akak cleaner...
Suka akak tu...SA memang setiap Jumaat kalau SA kerja, SA belikan dia kuih ke, roti or Nasi Lemak..dia jenis kerja gigih betul...kadang-kadang kesian kan..macam xde yg appreciate. SA jenis x kira..cleaner pun SA baik je..xde nak pilih2 darjat ke apa..dah mati nanti baju kita kain kapan tu jugak..xde lak kapan dengan kain2 mahal ikut darjat..kan? Toreh la jari tu..darah tetap warna merah xde lak tukar biru ke putih ke kan?Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita, kita hormat orang, orang akan hormat kita...correct me if i'm wrong...
Adoi, tak boleh tahan tengok dia punya MLCA
ReplyDeleteAlhamdulillah..betul tu SA, kita baik ngan orang, insya-Allah orang lain baik dengan kita @ anak2 kita...Linda pun kalau ad rezeki lebih, memang belikan untuk cleaner dekat asrama nie...
ReplyDeletebagusnya SA sedekah mknn kat cleaner tu...barakallah fiik
ReplyDeleteKalau lada hitam yang biji tu sepatutnya ada la rasa dia kan....tak berasa...pelik juga tu....
ReplyDeleteSedekah Jumaat.
ReplyDeleteSemoga Allah tambahkan lagi rezeki berlipat ganda buat SA.
Setuju dengan qoutes
ReplyDeleteKita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita, kita hormat orang, orang akan hormat kita..
Sangaaat setuju 👍👍. Di hadapan Tuhan bisa jadi cleaner tuh lebih tinggi derajatnya krn mungkin dia lebih dekat kepada Tuhan. Kita tak tahu. Tak ada guna memang nak sombong terhadap orang2 kecil kan. Takut pula dijentik sekali oleh Allah nanti, terbalik posisi yg ada 😅.
ReplyDeleteKita baik ke orang, InsyaAllah orang lain pun akan baik.