Friday, February 16, 2024

Lunch Di Restoran Nasi Padang Kg Baru..

Assalamualaikum...

Rabu lepas SA cuti...uruskan KWSP dan ke IJN ambil ubat ulangan Mak Pah. Mulanya nak ajak Dania makan Nasi Kandar Kudu lepas tu fikir kang nak parking susah apa bagai..terus SA suggest makan Nasi Padang je..Kat Kampung Baru tu banyak Kedai Nasi Padang..so Waze aje..alaaa..belakang IJN je lebih kurang...

Cuma tetaplah parking takde..kena parking area rumah- rumah orang..masalah la skit parking kat sini..kena pandai parking supaya tak menghalang laluan atau blocked rumah orang...kami dapat parking dan terus pi makan je..Dania macam biasa akan ambil dulu gambar untuk modal mama dia blogging...dia dah faham sangat dah...

So masuk aje..orang tak ramai..ambil nasi..pilih lauk dan dudk kat meja..lepas tu ada staff datang tanya air apa nak order..then dia siap2 kira...

Jom tengok gambar..




kacang or sambal kacang tu sedap..nak bungkus Dania kata tak yah la..kacang je pun...



Pilihan SA dan Dania


Pinggan Dania


Pinggan SA..


Lepas tu makin ramai masuk..


SA terlupa SA cut sugar, pi order sirap limau, Dania plak Teh O ais limau


Focus tu maknanya kena la dengan selera dia


Mama memang suka la..


 

Total damage : RM39.00

Ada comment masuk pagi tadi...3 komen kat entry Black Canyon yg SA pergi tahun lepas..pasal status halal...okey la kalau takde sijil halal ke apa..takpe..lepas ni SA x masuk lagi la..tapi kita ni orang Melayu penuh adab..takkan la SA nak bagi anak SA makan benda haram..anda bukan tuhan untuk menjatuhkan hukum kat SA..SA skodeng blog anda ok anda seorang muslimah sejati ( rasanya la dari segi penampilan) tapi anda takde hak nak kata SA sampai macam tu sekali..i have my on instinct dan cara i sendiri so x payah pertikai..SA makan je kat restoran yg xde sijil halal sebab diorang served Liquor, yang itu anda tak komen dan hentam SA atau orang2 lain plak erk..takpe la..SA maafkan anda..cuma SA sedih la bila anda komen macam tu..macam anda pulak jatuhkan hukum kat semua orang islam..maksud dan hasrat anda itu SA faham..x perlu hentam..anda perempuan..cuba letak diri anda di tempat SA..apa perasaan anda bila anda cakap SA bg anak makan dari sumber haram. Jaga bahasa..anda pun ada anak..x perlu tunjuk bagus kat media sosial..anda x hebat pun..

Lillahitaala..SA maafkan anda..dan 2 orang lagi yang komen hentam SA..sorry SA takkan publishkan komen anda sebab SA bukan jenis menjatuhkan maruah orang macam anda...

11 comments:

  1. tergelak plk saya baca Dania kata tak yah la..kacang je pun...acik pun sama macam mama Dania,mak2 memang macam tu kan bila makan yang sedap nak bungkus bawa balik bagi orang lain pula rasa hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi padang.. lama tak makan sebab malas nak pergi sebab jalan tu susah nak keluar masuk highway kereta laju². Ada jalan short cut pulak berlubang teruksss.

    ReplyDelete
  3. Kelakar bila Dania kata kacang je tu pun hahaha...Elok ikut Auntie la, boleh tolong larang-larangkan Auntie nanti hahahaa...Alamakkk...bab menegur tapi cara menegur tu tak berapa nak betul tu yang tak berapa OK...Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...Aamiin...

    ReplyDelete
  4. Waaaa teliur pulak tengok pinggan SA tu... dah laa SS tengah lapar ni. heheheh tapi biasanya SS makan lauk nasi padang ni kan, sambal dia tak pedas kan walaupun nampak pedas.

    ReplyDelete
  5. la ada yg komen menghentam ker..emm mcm2 hal...even nak tegur pun kena berlapik laaa..MZ pun particular bab2 status halal mana2 restoran, tp tak delah sampai nak menghentam org

    ReplyDelete
  6. Tak faham kan kak jenis manusia main sedap jari je menaip hentam orang. Kita ni pulak jenis walaupun kita tak sependapat dengan orang takdela pulak nak taip apa2 menghentam. Cukup sekadar baca, tengok dan skip.

    ReplyDelete
  7. samalah..kalau nak pergi kampung bharu fikir banyak kali bab parking tu. sekarang kalau teringin, ajak suami merempit je

    ReplyDelete
  8. muka bawa rezeki ni... masa kita datang kosong je.. elok kita makan tetiba penuh lak kedai..haha... sedapnya ayam whole leg goreng gitu... takyah banyak banyak lauk..letak kuah sikit,, timun, sayur dahhh

    ReplyDelete
  9. tempting lah nengok sirap tu.
    kalau nengok orang minum sirap cam sedap je tapi jarang nak order kat luar.

    ReplyDelete
  10. Sabar je lah kak sa. Kita memang tak bisa senangkan hati semua orang dengan tulisan2 kita 😄. Jadi better kita pilih mana yg nak kita publish, mana yg seharusnya masuk trash.

    Saya pun sesekali dpt komen ttg masalah haram tak hanya krn tak ada sijil Halal. Sementara di Indonesia, walo itu negara muslim terbesar di dunia, sijil halal tak berlaku untuk semua. Masih banyak yg tak pakai walau dia jual halal foods. Kenapa? Krn kadang susah nak urus. Mereka pun tak semua kedai besar. Dan bukan murah nak urus itu.

    Saya selalu suka dengan postingan makanan kak sa. Masalah halal atau tak, itu urusan pribadi dengan Tuhan. Tak payah kita ikut campur sebenernya. Macam dosa kita dah clear saja 🤣

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......