Wednesday, February 21, 2024

Jangan Ganggu Daku...

Assalamualaikum...

Hari ni kan...sorang pun x berani kacau SA ..SA siap msg dalam group tadi..i'm focusing with my filing and today please do not disturb me...😆😆😆

Lega...dalam 2 jam SA dh siap filing half task....tengah duk belek-belek yang lain jugak...memorandum paling banyak tapi untuk 1 project je...kalau banyak2 project pening...lepas tu kejap- kejap orang finance cari SA pasal claim...hahahah...2 boss sekali hantar claim banyak- banyak so diorang pun pening




 Abaikan eyebag yang sekilo tu ye..

SA kurang rehat sekarang ni...balik kerja je terus settlekan Mak Pah, tukarkan pampers, suapkan makan, bagi makan ubat, tunggu dialysis...lepas tu sambil2 SA masak untuk lauk bekal...penat sikit la...tapi xpe..mak sorang je kan, so waktu tido SA jadi tunggang langgang skit, pukul 11.30pm baru tido..dah memang tanggungjawab kami 4 beradik perempuan ni bergilir- gilir.

Terima kasih sebab adik-adik bekerjasama, tolerate dari segi tenaga, kewangan dan lain-lain..apapun..yang terbaik buat Mak Pah ..jaga orang sakit ni nak kena banyak sabar dan mental kena kuat...

Doakan SA dan adik beradik sentiasa sihat dan kuat untuk jaga Mak Pah...doakan kami dimurahkan rezeki selalu...


14 comments:

  1. Alhamdulillah bagus SA dan adik beradik bekerjasama jaga Mak Pah, Insha Allah besar ganjarannya. Semoga dipermudahkan 🤲

    ReplyDelete
  2. Moga urusan SA dan adik beradik dipermudah dan rezeki akan bertambah kerana jaga seorang ibu. insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kak rezeki sentiasa mengalir masuk asbab layan mak macam raja.moga sentiasa sihat ye kakak cantik

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahlan semuanya SA .. tp kesihatan kena jaga sebelum mudarat ookk nanti siapa nak jaga MakPah kalau SA tak sihat ..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat adik beradik yang sepakat tak lepas tangan.
    semoga Mak Pah dah semua ahli keluarga diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  6. Barakallah fiik utk segala pengorbanan SA menjaga ur mom♥️

    ReplyDelete
  7. semoga kak SA & family semua nya sihat & dpt jaga mak pah & semoga semuanya dipermudahkan...aamiin
    ayu relax skt dah kat opis..

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan SA dan semoga Mak Pah diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  9. semoga suatu hari nanti mak pah kembali sihat.. bunyinya mustahil, tapi manela tahu kan.. ameeennn.. Engkau berikanlah kesihatan yang baik untuk Mak Pah.

    ReplyDelete
  10. Semoga dilancarkan selalu rezeki kak SA yaaa 🤗. Mak pah pun dibagi kesehatan selalu.

    ReplyDelete
  11. Semoga segala pengorbanan Allah balas dengan segala kebaikan. Aamiin..
    Betul tu kak, jaga orang sakit ni kena extra sabar dan mental kena kuat.

    ReplyDelete
  12. Berseri-seri tengok SA Walaupun sibuk bekerja .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah