Assalamualaikum..
SA dapat banyak pertanyaan tentang ikan pacu..ikan pacu yang Pak Zain masak hari tu merupakan ikan sungai dan rupa paras dia macam ikan bawal..Pak Zain tau la bab bab ikan air tawar ni..SA sebenarnya kureng skit ikan yang pelik-pelik ni..
Mulanya SA x nak la makan lauk ni..bila Pak Zain cakap dia masak ikan pacu. Sebab SA dh tau tu ikan air tawar...SA kalau ikan air tawar ke ikan sungai ke setakat ikan talapia, ikan keli SA makan la..ikan2 pelik fav Pak Zain memang SA x makan..
So hari ni SA perasan ada banyak pertanyaan kat entry lunch SA tu...tanya pasal ikan pacu..SA amik pendekatan untuk google 😄
Sumber google.com
Wikipedia:
Pacu (sebutan dalam bahasa Portugis: [paˈku]) ialah nama umum bagi spesies ikan pacu omnivor air tawar di Amerika Selatan yang bersaudara dengan spesies piranha. Pacu dan piranha tidak mempunyai gigi yang sama, perbezaan yang utama ialah bentuk gigi mereka; piranha berbentuk tirus, tajam dan dalam maloklusi yang ketara, manakala gigi pacu berbentuk segi empat, lurus, seperti manusia, dan kurang maloklusi.[1] Selain itu, pacu boleh membesar jauh lebih besar daripada piranha, mencapai panjang hingga 0.9 m (3 kaki) dan 25 kg (55 lbs) jika hidup liar.
Haaa...ikan ni bersaudara rapat dengan ikan piranha...hahahaha...adeh...makan ikan piranha rupanya SA ni...dalam kelompok je la kan..ikan dia sedap..ada lemak2 kat tekstur daging dia...rasa dia xde la pelik..rasa ikan bawal emas lebih kurang...tekstur daging dia macam ikan patin..
Apapun memang sedap ikan ni..Pak Zain selalu akan cakap kat SA...jangan kata x makan..dh rasa kang sedap plak....kot bawak bekal pi kerja lauk abah masakk....haaaa...memang jadi lauk SA bawak bekal pi keja la...
Pak Zain ckp dia beli ikan pacu ni kat Passraya Zemart, SA x sure plak kalau kat tempat lain ada jual ke x..
first time dengar ikan paku ni... :D
ReplyDelete1st time la tahu psl ikan ni...untung SA sbb ur dad pandai masak :)
ReplyDeleteOoo.. macam gemuk ikan pacu ni.
ReplyDeleteTak pernah rasanya makan ikan ni. Spesis Ikan piranha?.
ReplyDeleteDulu ada jiran bagi, nmpk iras macam ikan pacu ni. PH pun tak kenal, tahu makan je la... Hihi
ReplyDeleteSelalu nampak ikan ni di pasaraya kalau Kak Amie shopping barang dapur untuk Bonda. Kak Amie pun belum berkenan untuk beli, sebab tak pernah makan dan rupa dia pun memang Kak Amie perasan macam ikan piranha. Haaa... sedap rupanya ye. Nanti kalau balik Selangor, Kak Amie nak cuba beli dan masak.
ReplyDelete1st time kak ana dengar nama ikan ni dan tengok rupa parasnya.. ikan sungai memang sedap kan SA kena dengan selera kampung kita :)
ReplyDeleteOhh ini rupanya ikan pacu
ReplyDeleteSaya baru tahu ada ikan pacu. Penasaran saya googling. Rupanya disini banyak yang jual juga.Tapi kebanyakan untuk ikan hias disimpan di aquarium.
ReplyDeleteBagaimana rasanya Mbak setelah dimasak? Dagingnya apa mirip rasanya dengan ikan bawal?
Salam,
Ibu bab ikan ni kalah betul. SA apa kabar?! Lama ibu tak jenguk sini. Moga sihat² selalu. ;)
ReplyDeleteAda yang panggil bawal merah juga..tapi lagi famous piranha ...ngeri dengar tapi sedap dimakan kan..cuma bab nak siang ikan ni keras kemain terutama masa nak belah perutnya
ReplyDeleteAda yang panggil bawal merah juga..tapi lagi famous piranha ...ngeri dengar tapi sedap dimakan kan..cuma bab nak siang ikan ni keras kemain terutama masa nak belah perutnya
ReplyDeleteSaya cari di Gugel ttg ikan ini. Ternyata nama dia di Indonesia ikan pacu jugapi banyak dipelihara sebagai ikan hias, bukan untuk dimakan. Dan badannya bisa membesar sampai 1 meter 🤣. Besaaar tuh.
ReplyDeleteUmur dia pula panjang biasanya. Jadi penasaran nak rasa dagingnya 😅
Nampak gemuk sikit dari ikan bawal yang agak slim.
ReplyDelete