Sunday, February 18, 2024

Ayam Bakar Kewpie Versi Derhaka SA...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat berhujung minggu semua...ada yang makan kenduri ke tu? Selamat bekerja buat yang bekerja hari ni...

SA x jadi pi kenduri kat Puchong tu sebab suami x balik..lepas tu SA dan Dania kepenatan sebenarnya...

Hari ni plannya nak buat nasi ayam...ayam plak SA nak buat version KA tapi knowing SA pasti derhaka....KA buat 4 bahan..sama la dengan SA cuma SA tambah sikit bahan. SA macam biasa derhaka tambah bawang putih yang ditumbuk dengan tambah rosemary..nak bau ayam bakar ni lagi sedap..








Bahan-bahan:

1 ekor ayam – sudah dibersihkan

Sos Kewpie perasa roasted sesame

Sos tiram

Serbuk blackpepper - SA tumbuk blecpepper 

20 ulas bawang putih - resepi asal xde

Sedikit minyak masak

Mixed herbs – optional SA guna rosemary


Cara-cara penyediaan

1. Mula-mula, gaulkan dengan sos kewpie + sos tiram + serbuk blackpepper + mixed herbs. Gaul sebati.

2. Kemudian tambahkan sedikit minyak masak supaya bagi kulit ayam lebih rangup.

3. Selepas itu, boleh masukkan perapan ayam tadi didalam air fryer dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.

4. Siap. Sedia untuk dihidang.


SA marinated dulu..dah bakar dan dah siap kang SA update kat sini ye...




Yeay...bakar2 time guna Airfryer aje...


Yeay..dh masak...

Sedap..cantik kejadiannya...

Rasa pun sedap..

Boleh la buat lagi nanti...

14 comments:

  1. Langsung cek bahan2, ternyata ada kecuali kewpie. Dah habis, memang hrs beli lagi. Sedaaap memang ayam di marinasi dengan kewpie. Saya dah bbrp kali buat dengan resep berbeda. Tapi rata2 sedap krn memang aroma dan rasa kewpie bikin makanan jadi enak 👍

    ReplyDelete
  2. Kita plan nak masak nasi ayam jugak hr ni, tapi stail kita la.. hainan.

    ReplyDelete
  3. Simple je ni. Boleh try. SA....dah kuar post appreciation untuk SA kat blog ya :)

    ReplyDelete
  4. kegemaran sos sesame kewpie tu tapi suka makan dgn salah ayam or salah telur, ni dgn ayam pun confirm sedap kan

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni nampak sedap.. pernah buat resepi yang ada mayonis dan ayam terasa juicy.

    ReplyDelete
  6. Eh tadi komen takde ayam dah masak ya? Ok ni nampak ayamnya dah dan memang nak try resipi ni.

    ReplyDelete
  7. wahh menarikk....boleh cuba ni

    ReplyDelete
  8. mcm sedap je..nak try tapi tak try2 lagi...

    ReplyDelete
  9. menggodanya tengok ayam tu kak...dah la perut tengah lapar ni

    ReplyDelete
  10. derhakalah anakku, asalkan sedap waktu dimakan.

    ReplyDelete
  11. Dah lama teringin nak cuba buat tapi tak buat-buat lagi. Kalau tambah bawang putih dengan daun rosemary lagilah sedap rasa dia kan.

    ReplyDelete
  12. Dah lama nak buat tapi tak terbuat lagi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......