Assalamualaikum...
Salam Jumaat korang...
Ada yang email SA tanya macam mana nak buat sambal belacan macam SA selalu buat tu..alahai...SA bukan la pandai benau...hehehe...campak- campak jer bahan ikut dan..tapi sambal belacan SA mesti ditumbuk dengan lesung batu..xde versi2 malas nak cuba blend bahan ye..nak sedap kena rajin sikit..kalau malas nak blend tu boleh..tapi x sedap la rasanya...
Lagi satu guna belacan yang berkualiti..macam SA akan guna belacan dari Tg Dawai atau Belacan Madu dari Perlis. Ni adik SA hari tu balik Perlis memang SA kirim belacan ni..ikutkan belacan ni x perlu dibakar lagi dah..tapi SA lebih suka di bakar..baru ada bau dia sedap dan rasa dia wow skit....
Jom tengok bahan
belacan yang dihasilkan menggunakan udang segar dan garam sahaja
Cili besar is a must..
Cili api is a must..SA suka pedas- pedas...suami makan confirm tisu kat sebelah
Tumbuk hancur ye..cili tu tak berapa halus pun takpe..itu yang sedap tu
Tadaaaa..dah siap...
Jangan lupa perahkan limau kasturi..x yah banyak la..dalm 2-3 biji cukup..asalkan dia jadi pekat likat antara cair tak cair macam tu ha..x perlu letak gula ke apa..ada orang suka letak air asam jawa kan..SA x suka..kalau guna pun kalau stok limau kasturi xde kat rumah..lain skit rasanya..maybe x biasa kot..separuh orang nak tumis dulu bahan- bahan dengan belacan then baru tumbuk kan..terpulang ye..ikut la mana- mana..kalau buat macam tu maybe x sakit perut kan..tapi SA kekal tumbuk bahan- bahan segar tanpa goreng..hehehe..
Pagi- pagi Jumaat ni goda korang dengan sambal belacan...haa..siapa yang tanya tu sila la ikut cara SA..x ikut pun takpe, nak ubah ikut style korang pun takpe..xde paksaan...minggu ni x jadi balik JB, boleh la buat sambal belacan..
sedap smbal belacan...lama x buat...sebab xd lesung batu..hahaha, malas betul nk berangkut...nk beli lain pun malas
ReplyDeleteversi mak Ai sama macam SA buat ni tapi versi en. Hb masak dulu baru blend, maka, lesung batu jarang ku guna.
ReplyDeletesimple betul sambal belacan akak, tapi kalau dh belacan tu jenis sedap mmg sedap la sambal kita kan
ReplyDeleteni mesti kawww ni tak letak gula.
ReplyDeleteakak pun suka belacan Tg Dawai.
nampak yum yum....
ReplyDeleteMemang ada orang yang suka sambal belacan paling simple, tumbuk belacan dengan cili besar sahaja dah cukup.
ReplyDeletesdapnya sambal belacan..sjak resdung truk ni mmg tolak tepi belacan..huhu
ReplyDeleteBaiklah. Lain kali saya buat sambal belacan, saya tumbuk guna lesung. Tak mau blend lagi. Hehe..
ReplyDeleteSedapnya! Cuya walaupun alergik belacan,tapi tetap makan.. hehe
ReplyDeleteHaaa..akhirnya dapat juga resipi sambal belacan SA...
ReplyDeleteSambal belacan macam ni kalau cicah ikan goreng..ada kuah gulai temenung...ulam genuak..adoiii
peh!tu dia sambal belacan kak SA..
ReplyDeletetak pernah berjaya buat, tapi ni boleh cuba nanti
Nampak sedap. Naniey makan pedas. Tapi tak makan sambal belacan. Apatah lagi nak buat. Dari dulu memang tak boleh. Pelikkan..
ReplyDeleteMenarik sambal belacan ni...udang tu jelasssss mesti sdp ni
ReplyDeleteSedap sambal belacan SA ni. Alaaa lesung tak ada, pindah randah pecah, ke hilang. Sekarang pakai mini chopper je. Belacan tu nampak sedap.
ReplyDeletepandainya SA buat..MZ tak reti la bab2 sambal ni..my boys suka sambal belacan, tp time mkn kat kedai jer lah..MZ tak mkn apa2 yg ada belacan
ReplyDeleteNampak sambal ni pun dah terliur dah SA. Makan dengan ulam....wallah.....
ReplyDelete