Friday, January 12, 2024

Sambal Belacan Style SA

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat korang...

Ada yang email SA tanya macam mana nak buat sambal belacan macam SA selalu buat tu..alahai...SA bukan la pandai benau...hehehe...campak- campak jer bahan ikut dan..tapi sambal belacan SA mesti ditumbuk dengan lesung batu..xde versi2 malas nak cuba blend bahan ye..nak sedap kena rajin sikit..kalau malas nak blend tu boleh..tapi x sedap la rasanya...

Lagi satu guna belacan yang berkualiti..macam SA akan guna belacan dari Tg Dawai atau Belacan Madu dari Perlis. Ni adik SA hari tu balik Perlis memang SA kirim belacan ni..ikutkan belacan ni x perlu dibakar lagi dah..tapi SA lebih suka di bakar..baru ada bau dia sedap dan rasa dia wow skit....

Jom tengok bahan




belacan yang dihasilkan menggunakan udang segar dan garam sahaja


Cili besar is a must..


Cili api is a must..SA suka pedas- pedas...suami makan confirm tisu kat sebelah


Tumbuk hancur ye..cili tu tak berapa halus pun takpe..itu yang sedap tu

Tadaaaa..dah siap...

Jangan lupa perahkan limau kasturi..x yah banyak la..dalm 2-3 biji cukup..asalkan dia jadi pekat likat antara cair tak cair macam tu ha..x perlu letak gula ke apa..ada orang suka letak air asam jawa kan..SA x suka..kalau guna pun kalau stok limau kasturi xde kat rumah..lain skit rasanya..maybe x biasa kot..separuh orang nak tumis dulu bahan- bahan dengan belacan then baru tumbuk kan..terpulang ye..ikut la mana- mana..kalau buat macam tu maybe x sakit perut kan..tapi SA kekal tumbuk bahan- bahan segar tanpa goreng..hehehe..

Pagi- pagi Jumaat ni goda korang dengan sambal belacan...haa..siapa yang tanya tu sila la ikut cara SA..x ikut pun takpe, nak ubah ikut style korang pun takpe..xde paksaan...minggu ni x jadi balik JB, boleh la buat sambal belacan..

16 comments:

  1. sedap smbal belacan...lama x buat...sebab xd lesung batu..hahaha, malas betul nk berangkut...nk beli lain pun malas

    ReplyDelete
  2. versi mak Ai sama macam SA buat ni tapi versi en. Hb masak dulu baru blend, maka, lesung batu jarang ku guna.

    ReplyDelete
  3. simple betul sambal belacan akak, tapi kalau dh belacan tu jenis sedap mmg sedap la sambal kita kan

    ReplyDelete
  4. ni mesti kawww ni tak letak gula.
    akak pun suka belacan Tg Dawai.

    ReplyDelete
  5. Memang ada orang yang suka sambal belacan paling simple, tumbuk belacan dengan cili besar sahaja dah cukup.

    ReplyDelete
  6. sdapnya sambal belacan..sjak resdung truk ni mmg tolak tepi belacan..huhu

    ReplyDelete
  7. Baiklah. Lain kali saya buat sambal belacan, saya tumbuk guna lesung. Tak mau blend lagi. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya! Cuya walaupun alergik belacan,tapi tetap makan.. hehe

    ReplyDelete
  9. Haaa..akhirnya dapat juga resipi sambal belacan SA...
    Sambal belacan macam ni kalau cicah ikan goreng..ada kuah gulai temenung...ulam genuak..adoiii

    ReplyDelete
  10. peh!tu dia sambal belacan kak SA..
    tak pernah berjaya buat, tapi ni boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap. Naniey makan pedas. Tapi tak makan sambal belacan. Apatah lagi nak buat. Dari dulu memang tak boleh. Pelikkan..

    ReplyDelete
  12. Menarik sambal belacan ni...udang tu jelasssss mesti sdp ni

    ReplyDelete
  13. Sedap sambal belacan SA ni. Alaaa lesung tak ada, pindah randah pecah, ke hilang. Sekarang pakai mini chopper je. Belacan tu nampak sedap.

    ReplyDelete
  14. pandainya SA buat..MZ tak reti la bab2 sambal ni..my boys suka sambal belacan, tp time mkn kat kedai jer lah..MZ tak mkn apa2 yg ada belacan

    ReplyDelete
  15. Nampak sambal ni pun dah terliur dah SA. Makan dengan ulam....wallah.....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah