Saturday, January 13, 2024

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Campur Pucuk Pegaga

Assalamualaikum...

Selamat hujung minggu korang ..dari hari tu SA nak share dengan korang resepi rendang ayam cili padi, campur plak dengan pucuk pegaga. Pucuk pegaga SA x beli ye ..ada Pak Zain tanam pucuk pegaga kampung..jenis yang pendek2 tapi daunnya lebar tu ..

Kali ni SA guna ayam kampung, campur skit kaki ayam pekan...hahaha...Pak Zain kalau masak ayam memang dia suruh campur dengan kaki ayam..ye la kaki ayam kampung kan keras....

Moh la kita tengok resepi...ni bukan la masakan hari ni...tapi seminggu sudah ..busy kan..x sempat nak share..




RESEPI AYAM RENDANG CILI PADI CAMPUR PUCUK PEGAGA


BAHAN-BAHANNYA

  1. 1/2 ekor ayam saiz besar, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  2. 1 kotak santan
  3. 2 keping asam gelugor
  4. 1 camca besar penuh gula melaka
  5. 3 helai daun limau purut - SA x letak
  6. 2 helai daun kunyit, satu disiat, satu dimayang halus - SA x letak sbb nk letak pucuk pegaga
  7. 400 ml air
  8. 2 1/2 camca besar kerisik
  9. 2 camca besar rempah rendang Baba's (boleh ganti dengan rempah kari)
  10. Pucuk pegaga 2 genggam basuh bersih
  11. Garam secukup rasa


BAHAN KISAR HALUS

  1. 1 biji bawang besar
  2. 7 biji bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1/2 inci lengkuas
  6. 5 biji buah keras
  7. 1 genggam cili padi kampung
  8. 1 inci kunyit hidup
  9. 5 batang serai, hiris halus


CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan rempah rendang, kacau rata dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut.

Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah kerisik, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau lagi dan masak dengan api pecil hingga rendang pekat dan ayam masak.

Masukkan gula melaka dan tambah garam secukup rasa. Kacau dan masak sekejap lagi, terpulang pada anda nak rendang yang lebih kering atau sedikit berkuah. Masukkan pucuk pegaga dan gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan


9 comments:

  1. Sedapnya nanti nak try la letak pegaga buat rendang macam ni.

    ReplyDelete
  2. Kenapa saya baca tajuknya :Rendang Ayam Cili Padi Campur Pucuk Maman?
    Dah baca isi cerita ,eh..pegaga lah!
    Aduh,jauh kot..🤣

    ReplyDelete
  3. memang sedap ni SA, dulu jiran kak ana orang negori masak bagi kak ana , Allahu sedap ya amat kena pula dia masak dengan ayam pencen.. mak aii terasa-rasa dah nih mana nak cariiiii :)

    ReplyDelete
  4. Thanks kongsi resepi ni SA memang sedap sangat tengok nya

    ReplyDelete
  5. baru tau ada rempah rendang babas...

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba juga resipi ni sebab tengah ada stok pegaga....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah