Sunday, January 28, 2024

Dinner Di Restoran Special Mee Bandung Udang Galah Muar....

Assalamualaikum..

Semalam gerak dari Kempas rumah Abang Ipar SA pukul 3pm..memang nak balik awal lepas teringat plak nak singgah Muar sebab nak beli stock kopi 434. Stok kat rumah dah abis..Nak sampai Muar SA google la kedai 434 Cafe tu...eh...dh tutup plak..erm beli kat shopee je la nampaknya..

Lepas tu decided nak makan mee udang..senang nanti makan siap-siap so x yah dh makan malam..lagipun jalan jammed. Korang ingat x SA ada up yang SA merajuk sebab tak dapat makan mee bandung masa SA honeymoon bulan 9 tahun lepas...haaa..kali ni SA dapat makan kat sini...puas hati SA ..rupanya kedai ni speciality diorang mee bandung udang galah. Tapi SA order mee bandung rusuk kambing...saje nak cuba lain dari yang lain..order jugak satay daging sebab suami nak makan satay. Lepas tu diorang letak otak otak kempas kat meja ada 10 keping satu bakul..SA makan 3 keping je ..

Jom tengok gambar ..
















 

Sebenarnya kan..suami SA nak amik gambar kembar Pak Zain yg blkg SA pakai kopiah putih tu..sebijik muka Pak Zain cuma Pakcik tu rendah dan cerah kulitnya..Pak Zain plak ada darah pakistan .so gelap skit..hidung mancung Pak Zain lebih skit dari Pakcik tu..suami x berani nak zoom..kalau SA..memang SA zoom tu ..

Tengah-tengah makan sekali geng geng motor besar dari utara masuk...punya la ramai diorang tu..masuk jugak satu family dalam 12 orang..huiii punya la bingit dan bising..SA dan suami cepat2 makan..dah bayar kami keluar tapi masih ada lagi ramai yang masuk kedai ni...mee bandung tulang rusuk kambing dia sedap..sepinggan tu RM18, satay daging 15 cucuk RM23 dan selebihnya air serta otak-otak..

Sedap la makan kat sini..tak sia-sia datang selepas merajuk lama..hahaha....ye la..masa tu SA lapar..jam baru pukul 12 lebih diorang rejected SA sebab nak rehat solat Jumaat..memang merajuk la SA..kita dh la lapar masa tu and teringin nak makan mee bandung ..ni dah dapat makan baru puas hati...

Total damage kat sini RM50

Murah la.. compared kedai satu lagi...next time kalau ada rezeki nak order mee bandung udang galah jumbo plak...yang tu mahal sikit harganya RM28 untuk saru hidangan...

20 comments:

  1. Dari jauh mmg nmpk mcm Pak Zain. Uishhh.. sedap mee bandung.

    ReplyDelete
  2. uishh..sedap nampak akak makan mee bandung tuh..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, murah rm50.. kalau di sini lagi mahal.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. waaa sedapnya mee bandung. terliurrrrr

    ReplyDelete
  5. Sedapnya mee bandung Muo...
    Satu lagi,blog SA selalu bikin terliur sate

    ReplyDelete
  6. SA....
    Mee Bandung
    Otak-otak
    Sate
    Ya ampun! Semuanya menggoda selera! Sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Tempat makan ni nampak macam familiar pulak. Ada Petronas dan Sek Men Sains Muar ke berdekatan?

    ReplyDelete
  8. Huwaaaa tengah bw banyak blog ni, semua tayang makanan sedap sedap sedap. Tak boleh jadi la macam ni. Sejak kawin tak pernah kami ke Muar. Masuk list paling atas lah ni.

    ReplyDelete
  9. waduhh wak pon sukak mee bandung muar cmni., mesti pekat kuah mee bandungnye SA kann.,

    ReplyDelete
  10. sedapnya... sejak takde projek kat Muar.. dah tak datang Muar dah

    ReplyDelete
  11. Tulah ingatkan pak zain yang pakai songkok kat belakang tu

    ReplyDelete
  12. Sedapnya pulak tengok sate tu haha

    ReplyDelete
  13. satay ngan kuah kacang tu nampak sedap jee

    ReplyDelete
  14. mee bandung kat muar selalunya memang sedap kak oi, payahla nak jumpa yang sedap gitu kat sini KL selangor ni. Satay lak pepagi aduh sedapnya

    ReplyDelete
  15. sedap nampaknya.. kat kempas...kg ayu tu.. ah ah.. dr jauh nampak mcm pak zain, dgn kopiah tu

    ReplyDelete
  16. ok..kita take note kedai ni.
    bulan 2 nanti memg nak ke Johor

    ReplyDelete
  17. sedapnya tgk mee bandung tu.....dugaan org tgh puasa hehe

    ReplyDelete
  18. Lamgsung saya catet, 😍😍😍😘. Semoga lah Juli pas kesana bisa saya visit rumah makan ini. Penasaran pula dengan rasa mee nya kak SA. Apalagi yg pakai udang galah 😍😄

    ReplyDelete
  19. Jangan dibuat main orang yang sedang lapar 😅
    Mujur dapat makan juga akhirnya, kalau tak asyik teringat-ingat.
    Nengok makanan yang diorder tu semua sedap-sedap.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah