Tuesday, January 23, 2024

Bawa Mak Pah Balik Kampung...

Assalamualaikum...

Ahad lepas kami bawa Mak Pah balik kampung kejap..nasib la kampung tak jauh,.perjalanan ambil masa 20-30 minit je...sebab tu berani bawak Mak Pah...memandangkan Mak Pah terperap aje kat rumah kan x kemana...itupun sedikit susah la sebab perlu angkat Mak Pah masuk kedalam kereta dan angkat semula untuk keluarkan...Nasib suami ada masa ni..so ada lah kekuatan sikit nak bantu apa yang patut...Suami tolong drive sepanjang perjalanan. Pak Zain ngan SA duduk belakang...

Nampak happy muka Mak Pah dapat balik kampung...terus macam- macam permintaan. Tiba- tiba dia mintak Mak Lang buatkan lauk Tempoyak Daun Kayu.Nasib baik keliling rumah ada daun banyak...terus la SA tolong cari...mana yang daun SA kenal la..yang SA x kenal tu Pak Zain dan Mak Lang yang cari...dapat la sikit..jadi la buat raso-raso kan...

Tapi tu la....3 suap je nasi boleh masuk...Mak Pah ni kalau boleh makan macam biasa mesti dia kuat badan...ini je masalah Mak Pah sekarang...tak ada selera nak makan...tekak pahit...maybe sebab ubat- ubatan yang banyak...





Dengan rambut x terurus amik gambar berdua kat area pokok bunga kantan..konon nak petik bunga kantaan sekali tu xde plak bunganya


Hasil berbudi pada tanah



Antara daun- daun yang terlibat..apa yang ada je...terung tu bukan ahli untuk lauk tempoyak..Pak Zain petik nak bawak balik



Kena hiris halus macam ni...





Siap dah...Masak Tempoyak Daun Kayu

 


Sup kaki Ayam


Sayur bayam goreng


ikan pelaling goreng


Suami SA x pernah makan tempoyak...sekali cuba la makan lauk tempoyak daun kayu tu...sekali tu je la dia makan...x tau la di mulut kata sedap...tapi baki yang kami bawak balik rumah tu dia x makan...hahahaha...apa la..lauk sedap x pandai makan...rugi woooo....SA nak ajar dia makan lauk- lauk kampung...

Masak tempoyak daun kayu tu antara lauk popular di NS...selain itik salai, daging salai dan masak lemak cili api yang lain...

Apapun sekejap aje Mak Pah rasa ok..lepas tu x selesa dah...nasib ada kerusi malas Pak Lang...pinjam kejap la sebab dia nak baring..x tahan duduk lama..kami masak dan makan cepat- cepat...lepas tu balik...Mak Pah mabuk dalam kereta..ye la dah lama tak jalan jauh kan...pening dia bila jalan bersimpang siur...nama pun jalan kampung kan...sampai rumah je Mak Pah muntah...

Penatnya sampai ke hari ini...semalam Pak Zain cakap Mak Pah banyak makan...makan bubur yang SA masakkan tu la...hari ni tak tau la apa cerita pulak...harap- harap Mak Pah boleh makan..risau kami semua bila dia x banyak makan...badan makin lemah...dah macam- macam lauk yang kami masak..pun x berjaya menarik selera Mak Pah...


15 comments:

  1. Sedapnya la haii.. tempoyak daun kayu.

    ReplyDelete
  2. MZ pun tak mkn apa2 masakan yg ada tempoyak heheh tapi kalau durian musang king yg fresh tu MZ boleh jer mkn setakat seulas dua ;) moga ur mom cepat sembuh...shafahallah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dapat jugak MP balik kampung...semoga SA terus sabar dan tabah melayan karenah MP, cepat2 MP sembuh..aamin

    ReplyDelete
  4. ayah saya pun macam tu kak...kadang mak cakap ayah dah macam orang mengandung anak sulong,teringin nak makan tapi bila makan tak selera.kadang tu letih muntah je.kalau time teringin tu kena cepat2 sediakan,lambat sikit dah tak nak...

    ReplyDelete
  5. Kesian Mak Pah. I feel u sbb my mom pun tak sihat skrg. Macam Mak Pah la, hilang selera makan jadi badannya lemah.

    ReplyDelete
  6. kita genglah abg haidy.. ammi pun tak boleh terima rasa tempoyak tu.

    ReplyDelete
  7. Moga MakPah terus sihat yaaa ..
    Sesekali mmg kena amik angin luar juga
    Sedapnya lahaiii tempoyak daun kayu.. sini nak buat takde geng makan, baik order je laa

    ReplyDelete
  8. sama mcm mak cik nor..nasi klu blh nak mkn sejemput jer..tapi sentiasa prepare epal..klu dia xselera dia makn epal tu la..huhu

    ReplyDelete
  9. Moga MP sihat selalu yerrr...layankan mak2 ni mcm baby pulakk kan hihihih

    ReplyDelete
  10. Uiii...sukanya kalau dapat lauk Tempoyak Daun Kayu...Semoga Mak Pah Ok...Aamiin

    ReplyDelete
  11. jaga org x sihat memang kena byk sabar.. moga mak pah cepat2 sihat..aamiin

    ReplyDelete
  12. Moga Mak Pah cepat sembuh.
    Rajin dan sabar SA sekeluarga melayan Mak Pah. Mudah-mudahan terus diganjari sifat sabar dan ikhlas. In syaa Allah besar pahalanya.

    ReplyDelete
  13. Kita susah hati kan kalau mak ayah tak selera makan ni. Kalau dia berselera nak makan apa apa tu memang sebolehnya dapatkan. Seronok tengok Mak Pah happy dapat balik kampung dan makan makanan yang dia request.
    Sedap tu kombinasi ikan goreng dan sambal tempoyak.

    ReplyDelete
  14. Wah tempoyak daun kayu tu lama tak makan.....nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  15. wahhh nampak sedapp... Kat rumah ibu tkde masak tempoyak walaupun ayah org NS

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah