Assalamualaikum...
SA kalau suami balik Seremban memang kena masak la...kang beli je sarapan bising Pak Zain..perut suami kena jaga katanya .Mak Pah dulu memang jaga la perut Pak Zain di awal perkahwinan dan sampai la Pak Zain dh pencen..cuma sejak dh sakit ni Mak Pah memang dh x masak la...beralih tugas pada Pak Zain..Pak Zain masak sedap tau uolls ..
So pagi Ahad, SA tanya suami nak sarapan apa..dia kata buatkan jemput-jemput dengan sambal gesek..sambal gesek ni dia tau dari FB je..yang orang-orang duk share. So dia nak rasa ..SA okey jer nak buat xde masalah pun...
Jemput-jemput ni atau cekodok memang menu mudah nak buat la..biasa kat kampung-,kampung ada..ada yang dh di improvise jugak .campur ikan bilis, campur udang la .jejari ketam la..terpulang selera kan...
Jemput-jemput bukan kosong ye..SA hiriskan bawang jugak
Sambal gesek yang paling senang nak buat, tumbuk cili dan ikan bilis macam dalam gambar dan perah limau kasturi...tahap pedas terpulang pada tuan punya badan la..SA buat pedas gak la..
Left over Sambal sardin yg adik SA masak Sabtu malam tu..
Left over lauk ikan tenggiri masak lemak cili api...
So nak cicah dengan yang mana satu jemput-jemput tu .SA suka panggil cekodok...berjurai-jurai peluh en Suami makan jemput-jemput dengan sambal gesek..sedap katanya..first time makan katanya...merah-merah matanya makan..segala air hidung pun keluar...hahaha..padahal sikit aje cili SA letak tu ..
Kata nak jadi orang Nismilan ke..baru je sikit dugaan makan lauk podeh...hahahaha....
fuhh..penangan sambal gesek SA...
ReplyDeleteSA guna cili padi kampung ke? Biasanya kalau yang sambal leleh-leleh tu cili padi kampung punya pasal.
ReplyDeletebahagia laaa dpt masak utk org tersayang hehehhehe
ReplyDeletesaya selalu buat jemput2 bawang, lepastu buat rangup2.. sedap!
ReplyDeleteadoiii. jemput2 ni sedap je cicah apa pun kan.
ReplyDeleteKesian orang JDT kena cili Nismilan
ReplyDeletePadu sambal gesek tu..
ReplyDeletex pernah pulak mkn cekodok dgn sambal gesek tu... sambal gesek tu mkn dgn nasi goreng bawang je dh sedap
ReplyDeletelinda selalu kalau ad leftover kuah2x baru cicah, kalau semata-mata nak msak kuah untuk cicah..berchenta betul...hahaha..jenis husband plak kalau tanya nak masak apa..jwpan dia "ikot suka lah"... yg tu lagi lemahhh...bukan lah kata pandai masak, tp dah ikot suka...mmg terpaling mudah lah yang Linda buat...😂😂
ReplyDeleteBanyak pencicahnya tu. Boleh pilih mana satu. Ini dah kes buli ni. Tapi bukan ke orang Johor pun makan pedas. hihi...
ReplyDeletecekodok bawang ni cicah apa pun sedap kan kak... teringin lak nengoknya
ReplyDeletecekodok ni kalau panas2...cicah apa pun sedap je..
ReplyDeleteSaya pun panggil Cekodok...tapi memang sedap kalau Cekodok tu dapat cicah dengan apa-apa sambal...
ReplyDeleteOrang Sarawak pun ada sambal guna ikan bilis ni sebab adik kahwin dengan orang sarawak. Adik ipar adik yang buat sambal berasaskan ikan bilis. Tak sure apa nama sambal tu.
ReplyDeletemesti sedap sambal gesek tu.. yg tu memang tak masak ke? Tumbuk terus je eh
ReplyDelete