Assalamualaikum...
Kita sambung lagi JJCM di JB. Keluar dari hotel, set waze kami ke JB City Square sebab suami tunggu kat situ..plan asal suami nak ke hotel terus tapi jalan jammed. Then kami la yang kena pergi ambil dia..nak tau tak..waze bawak kami jalan- jalan pusing- pusing ntah kemana ntah..stress betul..nasib Dania jenis tak gelabah ke apa...dalam pukul 8.30pm macam tu jumpa suami..then suami yang take over kereta memandangkan dia lagi arif bab jalan kat JB kan..dia bawak kami singgah area sini kejap nak tunjuk kat anak dara dia ni yang JB memang berjiran dengan Spore...
Uncle tengah tunjuk kat Dania Spore..tahun depan kita buat passport uncle cakap
Hi Singapore!!!
Masa ni air surut
Suami bawak kami berdua makan kat sini...best? environment dia memang la best cumanya silap datang hari Jumaat. Kalau datang Sabtu bleh makan di samping dengar live performance..kat sini SA rasa ramai pi untuk special occasion..ada yang sambut birthday, dating boyfriend girlfriend, ada yang sambut wedding anniversary siap pakai sedondon anak beranak..siap pakai baju nikah ye..anak ada 2 kecik2...seronok tengok...
Deco di luar cafe
Interior dia cantik, simple dan menenangkan..
ni area live performance..setiap Sabtu dan Ahad aje..next time bleh la pi lagi...
Dah jom kita order makanan
Fish & Chip suami
Mushroom & Garlic Bread
Nasi goreng Seafood SA
Alaaa lupa plak nama menu Dania ni
Thanks Olive Musicafe for sharing our photo on their official FB
Tengah nak makan staff dia datang amik gambar kami nak letak dalam FB official diorang katanya...SA ok je..cantik kan gambar tu...hehehe
lepas dinner kami terus jenjalan pusing- pusing lepas tu balik hotel rehat sebab esoknya dah ada agenda lain dah....
SA meeting jap...lepas tu nanti SA sambung lagi ye...
See ya next entry...
seronok jalan2 dan bergambar...hihihi...
ReplyDeletecantik deco cafe tu dgn hiasan gitar..menu dania kesukaan tisya juga
ReplyDeletemenarik cafenya kak, deko2 pun cantik kedai luas, makanan semua nampak sedap
ReplyDeletecantik cafe nya..foods pun well presented.. nice!!!
ReplyDeleteAlhamdulilah akhirnya berjumpa dengan suami. Paling best bertiga.....Nampak environment kat sini pun best je. Boleh snap snap tu....
ReplyDeleteSalah satu tempat lepak Sis dan geng Bas Sekolah .. suka mushroom soup dia..
ReplyDeleteSini, live band dia hari sabtu & isnin. Dah tukar hari ahad ya? Best layan deko restoran dia.
ReplyDeletekalau tak baca tajuk ingatkan hard rock cafe!
ReplyDeleteunik and nice la deko2 kat cafe ni
ReplyDeleteTumpang seronok. Lawa cafe, makanan pun nampak sedap.
ReplyDeleteStaff dia tak tahu, blogger terkenal tu makan di kedai depa :D
ReplyDeleteNampak lazat dan tempatnya pun selesa, sesuai la kan nak celebrate special occasion...
Interior design cafe memang menggambarkan kalau cafe tersebut punya perhatian yang besar terhadap musik. Sayang sekali ya waktu Mbak disana tidak ada live music.
ReplyDeleteMenu-menu yang disajikan sangat mengundang selera...
Salam,
cafe ni kat bando tu ke?
ReplyDeleteSedapnyaa nasi goreng seafood tu
ReplyDelete