Assalamualaikum..
Hi korang..
Entry ni untuk cerita masa christmas eve..sepanjang cuti yang panjang ni...memang SA la yang masak hari- hari ye..suami nak SA yang masak..x kisah masak lauk apa semua dia makan...elehh...cakap je..ada je lauk yang dia x makan sebenarnya...SA memang guna kuasa veto SA la masak memasak kali ni...takde la tanya pendapat adik-adik ke apa..diorang makan je...yang bagusnya SA dah masak diorang tukang hidang dan kemas..terkejar- kejar jugak pada mulanya sebab pagi SA pergi klinik temankan suami, lepas tu SA masak plak..nasib adik bongsu dah tolong masakkan nasi...
Jom la tengok apa yang SA masak Ahad tu...
Ikan keli masak lemak cili api campur asam limau
Paru goreng berlada
Ikan cencaru goteng kunyit dan bawang putih
Sayur bok choy goreng sos tiram
Sambal belacan special SA |
Sayur timun untuk ulam
Makan plak bersila kat bawah...memang laju la memasing makan
Sesekali berkumpul kan...
Lepas tu kami iaitu SA, suami dan Dania gerak ke KL sebab ada wedding kat Glasshouse Seputih...citer tu nanti SA update kemudian ye...yang nyatanya idea x mari...inipun SA paksa menaip ni sebab x nak la biar blog ni tak berupdate, SA notice untuk December ni SA agak kurang update. Semua atas faktor kesihatan Mak Pah..dengan SA pun x berapa sihat tapi terpaksa abaikan kesihatan diri demi membantu Pak Zain menjaga Mak Pah..penat ulang alik kerja, penat melayan makn minum suami, anak buah dan adik beradik. Nasib baik ada adik bongsu. Walau dia sedang berbadan dua, tetap membantu meringankan jugak tugas kami semua.
Tahun ni memang banyak dugaan kami sekeluarga, besar dugaan dan kami berharap kami mampu harungi dengan tabah. Allah duga sebab allah sayang kan..ramai yang sayang Mak Pah. Alhamdulillah walau Mak Pah belum kuat sepenuhnya, semangat untuk pulih dia kuat..insyaallah Mak Pah sedang melalui fasa pemulihan walau perkembangan agak perlahan. Bukan senang jaga orang sakit kan...semoga Mak Pah terus kuat membina tenaga.
bagusnya SA sgt rajin masak2...shafahallah utk mak pah
ReplyDeleteNampak sedap semuanya
ReplyDeleteUntungla suami SA dapat isteri pandai masak segala
sedap sedap lauk tu! semoga urusan SA dipermudahkan <3
ReplyDeleteSemoga SA sihat selalu dan dapat menjaga Mak Pah
ReplyDeleteLauk semua sedap, makan nawah bersila alas dengan surat khabar. Ahhhh rindunya nk kumpul mcm ni..
ReplyDeleteParu berlada dan sambal belacan plus sayur, dah cukup kalo saya 🤤🤤. Pastilah sedap masakan kakak. Memang dah paling benar, kalo kita yg masak, tak usah tanya yg lain nak makan apa. Terima jadi sajalah 😄ðŸ¤
ReplyDeletesedap nya semua lauks.... moga yg baik2 saja buat kak SA & family...aamiin
ReplyDeletesambal belacan tu yang buat selera bertambah ni hehehe
ReplyDeleteParu goreng berlada tu nyum nyum....
ReplyDelete