Sunday, December 31, 2023

Siang Ikan Sendiri Je Sampai Jadi Lauk

Assalamualaikum...

Rupanya tadi Pak Zain pi mancing ye uolls...SA pun x sedar masa bila dia pi sungai and mancing sebab kat luar hujan lebat kot...pukul 5pm SA turun bawah tengok2 kat dapur dah ada ikan dalam 7 ekor. ..Pak Zain suruh SA siang dan masak...

Dah lama sebenarnya Pak zain x pi mancing...sejak Mak Pah sakit la...seronok tengok ikan fresh...of course la SA yang kena siang sebab SA yang ada kat rumah ..

Ajak suami SA temankan siang ikan...ermmm...dia boleh lari naik atas ...sabar jer la....nasib baik dah biasa buat ..



7 ekor ikan talapia yg Pak Zain pancing


Tak susah pun siang ikan..dh biasa buat dari umur 12 tahun


Boleh tahan besar2 ikannya


Akhirnya jadi lauk...masak lemak cili api campur daun kunyit


Rezeki untuk malam ni...siang tadi dh makan mee kari masa sambutan birthday Mak Pah...nanti SA up citer tu ye...banyak pending entry x buat lagi ni...biasa la..bila suami ada kat rumah..semua benda nak kena diutamakan...

Rasanya ni last entry untuk 2023...

Esok bermula chapter baru untuk tahun 2024...

Selamat Tahun Baru buat semua readers dan followers..


 

Jalan Jalan AEON Nilai Cuti Christmas

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tak habis lagi update citer aktiviti family kan..banyak betul gambar...dh x ikut turutan dah...hahaha....ni aktiviti cuti hari Isnin sempena Christmas tu ..Opick ngan Tiya x kemana-mana so bawak la dia ke Aeon Nilai..diorang suka main kat playground dalam tu..SA plak kebetulan nak cari barang Dania ...

Lepas tu terjumpa ex colleague kat..jenuh dia kejar SA...SA ni plak rabun..memang la x nampak orang..borak-borak kejap..then terus hantar Opick and Tiya main dalam playground tu dengan ibu diorang ..kami 3 beranak terus settlekan apa barang nak beli...













Beli auntie Anne's pretzel je...x dan nak makan-makan

SA suka hotdog jumbo ni


Selfie is a must




 

Dah settle semua baru kami gerak balik Seremban semula .x leh tinggalkan rumah lama sebab Mak Pah x sihat kan..sejak Mak pah patah kaki dan sakit ni...memang kami x tinggalkan dia lama-lama...sebab serba serbi perlu dibantu kan...

Saturday, December 30, 2023

Cafe 7 Eleven Lavender Heights Senawang

Assalamualaikum..

Malam semalam ronda2 pi klinik ngan Nia amik ubat Pak Zain demam, ternampak 7e Cafe ni ..memandangkan boikot dan xde keperluan xde la singgah. Memang baru bukak ni..SA sebenarnya x sure yang 7e ni betul kena boikot ke x..sebab nampak ramai je masuk sini ..SA memang la jarang masuk 7e ni ..kalau perlu je itupun beli top up hp atau TNG....

Semalam singgah situ saje nak tinjau-tinjau dan beli top up hp...sebijik la macam kat haatyai, macam-macam ada...



SA bukan support ye...masuk tinjau2 je..


Jom tengok apa yg menarik











Ambil kad apa yg korang nak beli bEak ke kaunter dan bayar..



Siap ada tempat lepak..


Okey la menarik konsep dia...ada ramai plak tiktokers area Senawang ni buat video kat sini...siap beli macam-macam barang...x pe la..itu hak individu kan...support ke x support terpulang...kadang benda yang kita selalu guna tu xde kat supermarket..ada kat sini je..terpulang la kan..

Hari ni hujan ye dari tengahari..petang SA nak keluar cari hadiah Mak Pah...x tau nak beli hadiah apa...esok nak sambut birthday ni...

Friday, December 29, 2023

Eomma Ice Cream Megaway Sikamat

Assalamualaikum...

Selalunya orang bukak stall jual burger, keropok lekor, ayam gunting kali ni SA jumpa orang jual aiskrim cones..the best part is lagi sedap dari aiskrim popular yang lain..macam yg M dan FM tu...murah pun murahdan memang sedap...SA rasa semalam masa balik kerja pi Farmasi..Dania nak cuba..beli la aiskrim kat sini flavour Strawberry. Sedap plak SA rasa...x kedekut aiskrim..stall biasa dan machine diorang letak kat but kereta je uolls...pandai brader ni suami isteri meniaga..siyes sedap...

Hari ni SA nak cuba plak...dia sehari lain-lain flavour ye untuk aiskrim ni..semalam Vanilla dan Strawberry  and hari ni Vanilla dan chocolate..lagi sedap yang chocolate  ni...puas hati SA makan..macam x cukup plak...cuma hari ni isteri dia yang handle..so x berapa cantik aiskrim tu dan x berapa tinggi macam semalam..padat isi aiskrim ni sampai ke dalam cone tu...

Untuk aiskrim cone xde topping..kalau guna cups ada topping..yang cone harga RM3 dan cups RM5

Murah kan?


Nanti boleh bawak anak-anak buah beli aiskrim ni...


Nampak x machine tu..


Menarik kan?

Sedap...serius sedap



 Minah sakit tangan ni apa je yang dia x nak cuba..



Boleh la SA beli selalu ni..

Korang yang ada di sekitar Megaway Sikamat ni boleh la cuba...eh..Ammi kan duduk area sini...haa..Ammi...sila cuba...SA recommend kat awak ni...

Dari beli aiskrim yg dh kena boikot tu dan yang mahal tu..baik beli yang ni...seriously  sedap....esok malam nak beli lagi la...boleh bawak Tiya dan Opick..

Stall ni siang x buka ye..dia buka malam je sebab kedai makan sebelah tu buka malam..kalau kedai tu x buka..diorang ni pun x meniaga...

Dah X-Ray Bukan Carpal Tunnel Syndrom

Assalamualaikum..

Balik kerja semalam SA pi klinik...sebab tabgan dah berdenyut dan sakit dh sampai ke Bahu serta pangkal ketiak..sampai je Seremban Dania dh tunggu..terus jer shoot pi Klinik. 

Doktor pun pelik kenapa pergelangan tangan tu boleh bengkak...dia risau kalau kena Carpal tunnel  syndrome...jenuh la dia duk tekan-tekan sudahnya dia suruh X-Ray jugak..



 

Syukur takde apa-apa yang serius..cuma dalam 2-3 hari lagi kalau masih sama..rasa pergelangan tangan lain macam..dia suggest jumpa doktor pakar..buat fisio..let them check in details sebab klinik x de kemudahan..X-Ray je ada...

Apapun SA makan ubat dulu la...harap-harap xde apa..

Terima kasih atas doa-doa korang..really appreciate..Insha'Allah  xde apa-apa ni...cuma SA kena kawal skit la penggunaan tangan ni...dah umur-umur ni macam-macam penyakit sampai...

Ke Pasar Seremban Pagi Tadi

Assalamualaikum..

Hi korang...

Walau MC....tetap la kena masak...tetaplah kena pi Pasar beli bahan basah...Pak Zain x sihat...demam dan batuk plak...kepenatan jaga Mak Pah pun ye gak...

Takpe la...yang sakit tangan je kan..SA masih boleh masak lagi..masih boleh buat kerja rumah lagi...kalau tak kang nak harap siapa plak lagi kan...tqk makan plak Pak Zain dan Mak Pah kang...Pak Zain pun paksa diri gak tu..sebab tu sampai masa terus x sihat.
Ngam pukul 10am tadi SA dan Dania dah terpacak kat depan Pasar Seremban...Harga hari ni? Apa aje yang x cekik darah zaman sekarang ni? RM100 dapat beli apa aje pun...total damage SA hari ni je dah RM150...nak buat macam mana kan..terpaksa la..nak berkira-kira pun x boleh nak kira dh...





 

Gambar-gambar ni diambil oleh Dania..macam biasa la..anak dara ni sangat-sangat prihatin..tau je merakamkan sebab mama dia blogger kan...dia dh jadi seronok plak...kebanyakkan gambar-gambar Dania yang amik untuk blog mama dia...nanti dapat lagi gaji adsense kena la belanja dia sebagai upah...

Oh ya...compare harga kat Pasar Besar Seremban ni dengan pasaraya Zemart atau Family Store..rasanya better beli kat pasaraya je...murah sikit...Pasar Besar Seremban memang mahal...sesekali boleh la kalau nak beli kat sini...blom lagi Pasar Malam atau Pasar Tani lagi tu...

SA sebenarnya mencari ikan mayong...nak masak kari ke...asam pedas ke...tapi tu la..xde plak...ikan pari SA x nak dah beli yang keping2 besar2 tu...SA nak beli ikan pari tetuka tu kalau nak buat masak asam pedas...tak pun buat bakar je..at least xde bau ubat or bau hancing...SA ada terbaca, yang bau hancing tu sebab ikan pari tu period...x tau la sejauh mana sahihnya citer tu..

Apapun...tinggal 2 hari lagi kita semua nak masuk ke tahun baru kan...minggu ni cuti panjang lagi..malam esok suami SA balik...yeayyy...

Yayasan Kemanusiaan Malaysia dan Teach for Malaysia Berusahasama Untuk Memperkasakan Pelajar Kurang Mampu Dengan Kemahiran Kepimpinan

SEMENYIH, SELANGOR, 29 DISEMBER 2023 – Pertubuhan bukan untung, Yayasan Kemanusiaan Malaysia (“Malaysian Humanitarian Foundation/MHF”) menjalinkan usahasama dengan organisati pendidikan, Teach for Malaysia (“TFM”) dalam mengenalpasti pelajar dari isi rumah B40 dengan menawarkan biasiswa untuk menghadiri program SuperCamp. 

Bagi edisi Disember yang dianjurkan dari 18 hingga 22 Disember 2023 di Paradise Valley Broga Resort, Semenyih, Selangor ini, tujuh (7) pelajar dari beberapa sekolah dalam Lembah Klang telah disenarai pendekkan oleh TFM untuk menghadiri SuperCamp. 

“Kami melaksanakan sebuah sistem untuk memanjangkan peluang seperti ini kepada pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan. Kekangan dalam kewangan untuk membiayai program seperti ini tidak seharusnya menjadi alasan yang menghalang mereka untuk terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang. Kami berharap, bermula dari tahun 2024, kami dapat menambah bilangan penerima biasiswa ini kepada sekurang-kurangnya 50 pelajar setiap tahun,” kata Henry Teh Kok Kheng, Pengarah Eksekutif MHF (郑国庆). 

Memperkasakan bakal pemimpin Malaysia 

Vassenthen A/L Devendren, 16, teruja kerana terpilih untuk menghadiri SuperCamp. Pelajar SMK (L) Methodist Sentul tersebut mendedahkan, dia berasa rendah diri apabila mula menghadiri sekolah kebangsaan daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil selepas gagal mendapatkan keputusan yang diingininya semasa menduduki UPSR. Dia juga berasa kurang yakin kerana bertubuh besar.



Vassenthen mahu membuatkan ibunya, Mogana Sunthari bangga dengan pencapaiannya di sekolah 


“Saya sebenarnya kecewa dengan keputusan UPSR saya dan berazam untuk berubah. Saya mula mengikuti jadual ketat yang hanya memberi sedikit ruang untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya juga memainkan peranan yang besar,” katanya. Dia juga meneruskan pembelajaran dalam subjek Bahasa Tamil sebagai tanda hormat kepada jati dirinya sebagai bangsa India serta memperkasakan penguasaan bahasa ibundanya di samping menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Ibunya, Mogana Sunthari A/P Govindan, 41, juga terkejut melihat komitment Vassenthen menghabiskan masanya dengan mengulangkaji. “Setiap hari selepas balik dari sekolah, dia akan masuk ke bilik untuk belajar. Kadang-kala dia akan menghantar mesej atau menelefon saya sekiranya dia hendak makan. Saya memahami dan menyokong kesungguhannya untuk berjaya,” katanya. “Cumanya, dia tidak mahu memilih kerjaya sebagai seorang doktor. Katanya, pengalaman COVID-19 sangat menakutkan!”

Seorang penerima biasiswa dari SMK Seksyen 27, Shah Alam, Maizatulakma Lisa Aqilah Abdullah merupakan seorang peminat tegar budaya Korea, khususnya makanan dan fesyen. Walaupun dia amat meminati bidang hiburan, dia percaya bahawa rakan-rakan sebayanya perlu tahu menilai baik buruk dalam menggariskan keutamaan mereka dari usia yang muda. 


Zaidatulnisa Salleh (kiri) dan Maizatulakma Lisa Aqilah Abdullah


“Saya tahu ramai pelajar sebaya saya yang berhasrat untuk menjadi pencipta kandungan dan pempengaruh, tetapi saya sejujurnya mahu menjadi seorang guru. Saya akan bekerja keras untuk mencapai cita-cita saya, walaupun ada masanya memang saya berasa sedikit malas. Namun, selepas menghadiri SuperCamp, saya berasa lebih terdorong untuk menjadi lebih baik,” kata pelajar berusia 15 tahun itu. 

“Memang ada kalanya dia menjadi malas,” kata ibu Maizatulakma, Zaidatulnisa Salleh, 39, dengan gelak tawa. “Tetapi dia seorang anak yang baik. Dia anak sulung dalam keluarga dan sering menjaga adik-adiknya. Dia akan menyiapkan kerja sekolah sebelum pulang ke rumah. Dia juga sangat aktif melibatkan diri dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sesuatu yang dia pelajari daripada saya. Saya juga aktif bergiat dalam beberapa NGO yang memperkasakan kanak-kanak dari golongan B40 menerusi pendidikan di sekitar kawasan perumahan kami”. 

Zaidatulnisa juga berharap sistem pendidikan Malaysia akan melaksanakan sesi peperiksaan untuk golongan pelajar. “Bagi saya, peperiksaan adalah cara untuk mendorong pelajar mendalami apa yang mereka pelajari di sekolah. Peperiksaan sebenarnya adalah penanda ukur untuk ibu bapa menilai pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Peperiksaan bukanlah sesuatu yang digunakan untuk membanding-bandingkan anak siapa yang lebih baik atau lebih bijak”. 

Zuraida Zulkifli, 48, merupakan ibu kepada Daliya Safeera Ramli, seorang pelajar berusia 15 tahun di SMK Shah Alam, Bukit Jelutong. “Dia seorang yang pendiam di rumah. Dia hanya akan mendekati kami apabila dia memerlukan bantuan. Berbeza dengan kakaknya yang dulu seorang pengawas dan sangat aktif di sekolah. Kakaknya belajar di sekolah berasrama penuh,” kata suri rumah sepenuh masa itu. 

“Tetapi saya tidak mahu bersekolah asrama seperti kakak,” kata Daliya, tertawa. “Saya seorang yang introvert dan saya takut untuk membuat kesalahan, terutamanya apabila bercakap di khalayak ramai. Saya juga bergantung pada Internet dan video Youtube apabila menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebenarnya langkah ini memboleh pelajar seperti saya belajar mengikut kelajuan masing-masing. Sejak menghadiri SuperCamp, saya berasa lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai dan saya teruja untuk berkongsi pendapat saya tentang pelbagai isu”. 


(Kiri ke kanan) Zuraida Zulkifli bersama anaknya, Daliya Safeera Ramli dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Shah Alam, Bukit Jelutong, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar


Penolong Kanan Pentadbiran dari sekolah Daliya, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar amat berbangga apabila salah seorang pelajar mereka terpilih untuk menerima biasiswa menghadiri SuperCamp. “Apabila TFM menghubungi saya untuk memaklumkan tentang SuperCamp, kami menghantar 8 permohonan dan sangat berbesar hati apabila Daliya terpilih, sedangkan kami tahu penempatan yang ada amat terhad,” katanya. “Daliya merupakan seorang pelajar yang berdedikasi dan dia menghadiri semua mesyuarat yang dianjurkan oleh TFM sebelum proses pemilihan. Saya berharap apabila dia kembali ke sekolah kelak, dia boleh berkongsi pengetahuan yang ditimba di sini dengan kawan-kawan yang lain. Kami juga berharap lebih ramai pelajar kami dapat menghadiri SuperCamp pada masa akan datang”. 
SuperCamp merupakan jenama pendidikan global yang ditubuhkan pada tahun 1982 oleh seorang professional hartanah, Bobbi DePorter di San Francisco, Amerika Syarikat yang percaya bahawa kanak-kanak yang diperkasakan dengan asas ‘8 Kunci Kecemerlangan’ (“8 Keys of Excellence”) yang diilhamkan di Sekolah Perniagaan Burklyn, boleh mengukuhkan motivasi dalam diri untuk terus belajar.

8 Kunci Kecemerlangan tersebut adalah: 
●        Integrity (Integriti)
●        Commitment (Komitmen)
●        Failure leads to Success (Kegagalan membawa kepada Kejayaan)
●        Ownership (Tanggungjawab)
●        Speak with Good Purpose (Bercakap dengan tujuan yang baik)
●        Flexibility (Fleksibiliti)
●        This is It (Inilah Masanya)
●        Balance (Keseimbangan) 





Sementara itu, TFM merupakan sebuah pertubuhan bukan untung bebas yang mempunyai misi untuk memberikan semua kanak-kanak peluang untuk mencapai potensi mereka menerusi pendidikan berkualiti. Jaguh pendidikan ini menjalinkan usahasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendekati sekolah kerajaan berkeperluan tinggi. Pada masa yang sama, TFM merupakan salah satu daripada 61 rakan kongsi rangkaian pendidikan global, Teach for All. Pada tahun 2022, TFM menerima pengiktirafan dalam kategori Pendidikan & Komuniti di Anugerah Merdeka yang ditubuhkan oleh PETRONAS, ExxonMobil dan Shell pada tahun 2007. 


Mengenai Malaysian Humanitarian Foundation

MHF, sebuah pertubuhan bukan untung yang komited terhadap pemuliharaan alam sekitar, amalan mampan dan usaha kemanusiaan, berusaha untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia. Berdedikasi untuk meningkatkan kesedaran, memacu perubahan positif dan memperkasakan komuniti, MHF menawarkan aktiviti dan perkhidmatan inklusif kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Diasaskan oleh individu yang berfikiran sama yang berkongsi visi dan misinya, MHF telah diberi penghormatan dengan Anugerah Perkhidmatan Komuniti Terbaik 3G yang berprestij 2023 dan Anugerah Kemanusiaan 3G 2023 oleh CambridgeIFA.

Masakan Istimewa Untuk Mak Pah...

Assalamualaikum...

Semalam SA pi klinik...buat X-Ray..alhamduillah xde yang pelik padan pergelangan tangan SA...xde jugak carpal tunnel syndrome. Itu yang SA risaukan..masalah utama adalah sebab overused. Ye la SA kan bergantung pada tangan kanan selalu..sampai la masanya dia merajuk kepenatan...so buat masa ni kena la sokong dulu dengan wrist hand dan buat kerja ringan aje...

Jadinya SA diberikan MC hari ni...jelas bengkak pergelangan tangan SA...merajuk la kejap Pak Zain, sebab tangan SA dh sakit..kurang la beri bantuan kat dia dan Mak Pah...tapi sakit macam mana pun SA bantu jugak masak dan kemas2  rumah...

So hari ni SA dan Dania pi pasar besar Seremban...teringin nak makan steam chicken...kukus je hari ni...masak special skit la sempena birthday Mak Pah semalam...semalam Pak Zain x masakkan lauk special kat dia...kesian dia...takpe la minggu ni kita sambut ye birthday...cadangnya Ahad ni...

Jom la tengok menu SA hari ni..


Sup ketam..teringin ketam tapi xde musim yang besar2 tu..ni pun 4 ekor RM45...ngam-ngam sekilo...lepas tu pilih ketam betina je..banyak isi skit...jadi la buat hilang craving


Whole leg buat steam halia...dah macam steam chicken TCRS plak...harap sedap la...

Then beli salad, timun dan tomato


Buat sos untuk cicah...



Sayur campur request by Dania


Kejap lagi kita makan ye..

Pak Zain pi solat Jumaat jap..Mak Pah ada je ni tengah rehat..baru sudah dialysis..harap-harap ada la selera Mak Pah hari ni...badan pun dh kurus sikit dah...risau dibuatnya...