Monday, November 27, 2023

Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum..

Selamat bekerja bagi semua yang sedang bekerja. Buat surirumah pula selamat menjalani rutin seharian dia rumah atau dimana sahaja...hari ni SA nak share dengan korang resepi daging masak hitam. Bukan SA yang buat ni tapi SA jumpa resepi dan share di sini untuk rujukan SA. Ini la lauk utama masa kenduri kahwin SA September lepas..SA suka sangat lauk daging masak hitam cumanya SA x pandai buat..nak kena try and error...setakat ni masih blom jadi macam yang SA nak...hehehe...takpe nanti cuba lagi...

SA bab memasak ni lebih kepada hobi. SA x pandai mana pun masak memasak ni tapi SA rajin mencuba..bila menjadi tu adalah satu bonus buat SA..selalunya SA masak main belasah campak- campak je menjadi. Setakat lauk pauk boleh la buat campak- campak..kalau buat kuih SA sangat- sanagt failed...ni SA kena la belajar buat kuih pulak..adik yang pandai buat kuih dah jatuh sakit..doktor cakap sekurang- kurangnya 6 bulan masa untuk dia pulih..so dia dah sihat nanti boleh la request dia buat kuih...rindu kat donut gebu dia...



kredit gambar empunya resepi

 

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan :

1kg daging lembu

Kicap cap unta/kicap tongnam

2 sudu gula atau gula apong

Setengah sudu serbuk jintan putih

Setengah sudu serbuk jintan manis

1 cawan kismis

Minyak utk menumis

Serbuk secukup rasa

Rempah tumis 4 sekawan


Bahan Blend :

20 tangkai cili kering

Bawang putih blend 1 sudu

Bawang merah blend 2 sudu

1 batang serai

Lengkuas 2 inci

Halia 1 inci


Cara masak

1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gula apong dan kicap selama 3 atau 4jam.

2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.

3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.

4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.

5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.

6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. Suka makan kismis begala)

7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. 

8. Siap utk dihidang.


Kredit empunya Resepi Istimewa PG CakeCraft

6 comments:

  1. Mrs. A pun suka daging masak hitam kalau makan dengan nasi hujan panas lagilah suka.
    Samalah kita nakbuat tak reti. At least SA rajin mencuba InsyaAllah lama-lama jadilah tu

    ReplyDelete
  2. nieyl suka daging masak kicap, makan dengan nasi panas, telur goreng memang layannnn..

    ReplyDelete
  3. Ayu pun suka daging masak hitam mcm ni tapi x pernah try masak lagi..
    napa adik akak? moga cepat sembuh & dipermudahkan semua urusan...aamiin

    ReplyDelete
  4. Nampak daging ni sedap je ni....boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Rempah tumis 4 sekawan itu apa kak SA 😅?

    Kicap cap onta ini yg susah dicari 😁. JD penasaran rasa kicapnya seperti apa

    ReplyDelete
  6. MZ pun suka daging masak itam ni..tp memang tak reti nak masak sendiri hahahah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......