Wednesday, November 29, 2023

Kucing Suka Bertandang Ke Rumah

Assalamualaikum...

Rabu dah kan..sekejap aje la masa berlalu...SA kat office rasa lambat aje masa berjalan..tapi bila kat rumah amboii....sedar sedar dh pagi dh...pagi ni terjaga awal sebab dengan ketung ketang kat dapur, sekali tengok anak dara tu bangun sahur....ingat nak join tapi esok la rasanya baru boleh join...alhamdulillah Dania dah abis exam semalam..so dia akan start bercuti sementara nak masuk degree...sebulan je cutinya...jadi la tu kan...26 Dec nanti daftar degree plak...SA dh amik cuti awal tu...

Jumaat ni trip ke JB bawak dia...lepas tu nak pi Perak plak dalam minggu yang seterusnya...we see how la kalau uncle dapat cuti...

Balik kerja malam tadi Dania amik macam biasa...Seremban masih hujan dan tingkat atas rumah SA masih trip xde elektrik..dari Khamis minggu lepas SA tido depan tv..entah bila la cuaca nak ok semula ni...

Masuk rumah semalam Pak Zain senyap2 datang kat SA kat dapur...long....cuba ko tengok anak dara ko tu ha..apo kojo eh...SA pun pi tinjau.....apa pulak kerjanya.....Pak Zain suruh amik gambar...

SA pun curi curi snap gambar....laaaaa......main kucing rupanya..sampai cenggitu sekali ha..ada gak mama ngan uncle nak belikan dia kucing tapi tu la..kat mana plak nak letak kan..x kan nak kurung..kucing bukan boleh dikurung- kurung macam ayam kan..semua kucing yang suka dengan Dania ni merupakan kucing jiran..memang hari- hari betandang kat rumah kami..in case tuan rumah kucing ni takde kat rumah or balik kampung ke, dia x perlu risau pasal kucing dia sebab Pak Zain memang hari- hari bagi kucing makan...haaa..sampai macam tu sekali kan...


Tengok la kerjanya....ini la kerja dia hari-hari kalau ada kat rumah...mengerjakan kucing jiran...dia memang suka kucing tapi tu la kami ni x boleh bela kucing dalam rumah..Mak Pah x leh sebab dia dialysis. Dania ni sama macam Mak Teh dia suka kucing...kucing pun suka dia..kalau dengar je kereta Dania sampai..berlari diorang berkumpul. Padahal kucing jiran depan tu...bukan kucing kami pun...

Kucing memang suka lepak rumah kitorang..x tau la apesal..tapi bila google banyak rupanya sebab dan petanda sekiranya kucing memilih untuk bertandang ke rumah kita. Pak Zain plak suka sangat bagi kucing makan malahan 3 kali sehari dia bagi makan..selalunya lebihan makanan kami la..eh...Pak Zain ni demand ok..bukan ikan aje dia bagi kucing- kucing tu makan..dia bagi ayam jugak especially daging ayam. Ini bermaksud bahawa dalam makanan yang hendak dijamah itu, ternyata ada bahagian rezeki untuk kucing yang perlu dikongsi bersama. Bukan berkongsi makanan atau rezeki dengan manusia aje ye..ada pahalanya bila berkongsi rezeki dengan haiwan especially kucing.

Memberi makanan kepada makhluk Allah termasuklah kucing adalah satu kebaikan. Allah berfirman bahawa akan melipat gandakan satu kebaikan dengan sepuluh kali lipat kebaikan yang lain.

Contohnya seperti apabila kita berbuat baik pada manusia dan pastinya mahukan balasan yang setimpal dari orang lain.Tetapi tidak pula kepada manusia berbuat baik terhadap kucing kerana kucing tidak dapat membalas apa yang telah kita berikan kepadanya.

Di masa yang sama, kita dapat belajar bagaimana perasaan memberi dan berkongsi rezeki dengan penuh keikhlasan dalam memberi makanan kepada kucing. Sama juga seperti manusia ketika berkongsi rezeki kepada orang lain.

Pendapat SA jika kita menolak daripada berkongsi makanan dengan kucing, ianya seperti kita menolak rezeki yang bakal di berikan oleh Allah SWT kepada kita.

Kita juga harus ingat bahawa rezeki itu luas dan ia bukan sahaja sekadar wang ringgit, namun mencukupi kesemua aspek kehidupan.


20 comments:

  1. ekceli x kisah sgt kucing dtg rumah tp yg x tahan tu bila dia berak merata kat rumah orgahhaha.. stress nak membasuh nya :p

    ReplyDelete
  2. betul tu...share rezeki ngan kucing...tp, nk membela tu, bukanLinda lah...mlas sikit nk proses2 kucing nie

    ReplyDelete
  3. Dekat rumah nieyl skrg ni pun ada sekor kucing, yang dtg rumah..
    setiap pagi dia akan tunggu depan pintu, bila nieyl buka pintu nak pergi kerja tu..
    dia dah meow..meow minta breakfast..nieyl mmg standby makanan kucing 1 bekas, sebab kadang2 kucing dtg, ada makanan nak kasii kan..berkongsi rezeki ni luas, tak semestinya antara manusia, dengan haiwan pun kita dikira berkongsi rezeki...♥

    ReplyDelete
  4. cepat betul eh masa berlalu nak masuk degree dah dia. Betul SA kucing tu pembawa rezeki. Tak salah berbaik dengan binatang

    ReplyDelete
  5. morning kak SA... kejab nya nak masuk degree plak.. alhamdulillah
    ayu bab kucing dtg makan tu ok je jgan dtg tinggalkan hadiah dah la kan.. so far memang ada je stok makanan kucing kat rumah

    ReplyDelete
  6. Kami pun tak bela kucing, standby je makanan sbb kalau dia mengiau, macam kena seksa selagi tak bagi. Entah la kucing siapa, soprano betul suara.

    ReplyDelete
  7. Part bawah² tu rasa mcm baca karangan BM la SA hahaha... Takdelah, saja bergurau dgn SA 😘
    Pada PH satu je, berbuat baiklah sesama makhluk; manusia ke haiwan ke hatta tumbuhan pun Insha Allah adalah kebaikannya utk kita kan...

    ReplyDelete
  8. Kucing datang kalau behave takpe, so kencing berak kat luar, kita hanya bagi makan jerr, jangan datang, sana sini dia pancut dan memerut, memang kena kejar sampai dapat, ketil buntut dia hahahaha

    ReplyDelete
  9. kucing boleh bau ni kakak Dania orang baik2

    ReplyDelete
  10. Macam Dania saya juga ni suka kucing. Bagus berbuat baik kepada haiwan ni....insya allah murah rezeki nanti...

    ReplyDelete
  11. alaa kesian Dania, sayang kucing rupanya, meh rumah ibu ana ada 5 ekor budak gebus gemoks :)

    ReplyDelete
  12. kucing biasanya dtg mintak mknn kat org2 yg pengasih penyayang gitu.. :) barakallah fiikum jami'an

    ReplyDelete
  13. Rupanya Mbak demikian perhatian sama kucing...
    Tentang kucing yang singgah, sama disini juga Mbak. Suka dikasih makan waktu pagi dan malam selepas maghrib, eh kucing pada mengerti. Misalnya jelang waktu maghrib, beberapa kucing sudah ngeong-ngeong di depan rumah...

    Salam,

    ReplyDelete
  14. saya percaya bila.kucing datang kat kita means kita ni pembawa rezeki utk nya. lagi pun berbaik sesama.makhluk besar pahalanya

    ReplyDelete
  15. Lahaiiii.... nampak sangat Dania ni penyayang.
    Love without boundaries😘

    ReplyDelete
  16. Sama lah macam Najwa, cukup suka main dengan kucing. Bukan kucing kami pun, kucing datang....

    ReplyDelete
  17. penyayang Dania, tak semua org blh sayang kucing ni. ada tu siapp simbah air bila kucing dtg rumah dia kesiann. Alasan. berak kencing emm Kena ingat mahkluk Allah jga tu ciknur jga bermula thn 2020 masa pkp bila si tam ibu(stray cat) bw ank2 4 ekor ke rumah dan pastu jumpa si oyen anak kucing dl longkang, skrg rumah dah ada 7 ekor. Kunjungan mereka sudah tertulis. Alhamdulillah dan insyaAllah selagi Allah bg Rezeki akan. dijaga dgn kasihsayang. kat luar jga byk yg dtg utk mkn, menunggu je mknan. kucing jiran2 jga ada dtg tumpang mkn he he

    ReplyDelete
  18. orang yang macam dania ni mmg ada kak, banyak tarikan dia sampai kucing tu suka ngn dia. Kucing bila dah sayang dari jauh dia dh boleh hidu dah

    ReplyDelete
  19. kalau kat rumah ammi si Ozillah yg paling suka kucing dan bila gi memana pun memang kucing auto ke kaki dia. ada aura gamaknya

    ReplyDelete
  20. Saya sendiri pelihara kucing indoor 4 ekor kak. 2 ekor dari baru lahir, 2 ekor lagi saya adopt. Semuanya saya steril, dibersihkan bulunya, makanan pun hanya boleh royal canin dan ikan rebus tanpa garam.

    Nah mungkin memang tercium aroma dari kami penyayang kucing, kucing2 liat pun jadi mendekat 🤣🤣. Tiap pagi, siang dan malam dah bederet mereka minta makan..

    Akhirnya ttp lah stok makanan kucing, tapi utk yg stray cats, tak lah sampai royal canin, yg lebih murah saya beli. Terpenting mereka ttp kenyang kan. Tak tega kalo dah lihat kucing2 tak diurus ini .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah