Assalamualaikum...
Kita sambung kisah acah- acah honeymoon SA...lepas je pergi Boh Tea Sg Palas, kami suami isteri ke Time Tunnel Museum plak..takde pun dalam wishlist tapi pergi je la..hajat hati nak petik strawberry tapi semua tempat banyak dah habis strawberry nya...
Apa Time Tunnel ni?
Time Tunnel ialah muzium tempatan yang didedikasikan untuk memelihara memori sejarah dan warisan budaya Cameron Highlands. Terletak di Brinchang, muzium ini terletak ruang bawah tanah dalam Ladang Strawberi Kok Lim,berhampiran di sebelah jalan utama sejurus selepas meninggalkan bandar Brinchang menuju Ladang Kea. Korang boleh je parking di ruang parking yang disediakan di depan museum ni...Time Tunnel ini turut dilengkapi dengan cafe, ladang strawberry dan supermarket.
Terdapat lebih 1,000 pameran menarik yang kebanyakkan adalah koleksi peribadi See Kok Shan, penduduk tempatan Cameron yang gemar dengan barangan vintage dan memorable. Setelah mengumpul banyak sampah selama bertahun-tahun melalui perjalanan domestik, See bekerjasama dengan Ladang Strawberi Kok Lim untuk membuka Terowong Masa atau Museum Tempatan yang merupakan satu cara untuk berkongsi khazanah kenangannya dengan pelawat dari semua lapisan masyarakat.
SA teruja masuk kat dalam ni sebabnya memang barangan yang menjadi bahan pameran merupakan barangan vintage yang susah kita nak jumpa zaman sekarang..Hanya collector barangan
vintage je yang masih simpan barangan ni semua kerana minat atau hobi..kalau SA la..confirm dah kena buang dah ni...nampak macam sampah tapi siapa tahu ada nilai yang berharga dari barangan vintage tersebut..
Sorry tau korang gambar kat bawah ni semua x ikut susunan, penat dah 2-3 kali atur..sudahnya lantak la disitu...
Television lama..Pak zain pernah beli dulu semata mata x nak anak dia ni menebeng rumah jiran tumpang tgok tv..bayar tau 30sen ke 50 sen
Agak- agak boleh minum lagi ke air botol ni...famous jugak kan dulu...SA pernah gaduh ngan Mak Pah pasal dia x bagi beli air ni..masa tu umur 5-6 tahun..
Dapur ngan oven kot ni...ke salah?
Rupa kedi kopi zaman dulu la ni
Gobok makanan zaman dulu..rumah kampung dulu ada..sekarang pun masih ada kat rumah Mak Lang
Acah- acah kat kedai kopi dulu- dulu kan..
Lepas je amik gambar kami berdua terus keluar..ada jalan dan tanda arah kena ikut...pas tu nampak la ada ladang strawberry dan tarikan lain...ada kawanan arnab dan sayur- sayuran..pokok-pokok bunga pun ada...
Tanda arah artificial
Ada rabbit...musyuk la kawasan dia bau kencing diaorang
Comel plak yang warna hitam ni
Geram tengok salad ni
Untuk Time Tunnel ni worth it ke tak nak pergi melawat? for me worth aje..okey apa..boleh tunjuk kat generasi baru apa yang ada zaman dulu- dulu..apa yang dipamerkan ada yang dah tak wujud zaman sekarang..ye la zaman dah semakin moden kan...memang SA recommend korang bawak anak- anak ke sini kerana Time Tunnel merupakan muzium memorabilia pertama di Malaysia. Terletak di Brinchang, ia dikenali sebagai salah satu tarikan utama Cameron Highlands. Ia kira-kira 90 kilometer dari Ipoh atau kira-kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur. Anak- anak boleh tambah pengetahuan dan boleh diceritakan kepada kawan- kawan atau guru di sekolah..
Time Tunnel Strawberry Farm - TTSF
UT/MR F-255, 39100 Brinchang,
Pahang
Entry fees : Adult RM8.00, Kids : RM6
Lepas pi sini kami balik hotel, rehat kejap..lepas zohor keluar pi makan kat Abang Strawberry...kita citer kat next entry ye...
lain orang lain minat dia kan. ammi pun sejenis tak sungguh menyimpan barang yang dah tak boleh digunakan. arwah mama dulu selalu ckp "jangan bagi si angah ni mengemas, habis semua hilang nanti". ahaksss
ReplyDeleteTak sangka kat sana ada muzium.
ReplyDeletegeram jugak tgok salad tu...fresh je nmpknya
ReplyDeleteBest juga tengok barang-barang lama ni. Bila tengok termos merah atas meja tu, teringat arwah mak dulu, guna termos macam tu la, sebijik, buat kopi o, bawa masa perjalanan balik kampung. Minum pun guna cawan atas termos tu je. :D
ReplyDeleteWah, Vaseline dari dulu dah ada, yek. Klasik sungguh!
Wahhh... bestnya... LeYa pun suka barangan vintage ni. seronok tengok collector boleh kumpul sebanyak ni. Nanti ke Cameron, boleh lah singgah melawat Time Tunnel ni.
ReplyDeletewah..mcm2 ada kat muzium tu kan..semua nostalgic sgt
ReplyDeleteOk je masuk muzium tu.. susah nak nampak barang² lama macam tu sekarang ni
ReplyDeleteunik tmpt ni, fees pun ok sgt tu :) --anyway, MZ tak minat apa2 benda yg ada elemen muzium hahahah
ReplyDeletemengimbau kenangan dulu2..:)
ReplyDeleteHarga foreigners sama kah kak? Nantilah nak ajak anak2 kesana.
ReplyDeleteTapi memang saya pun tak mungkin simpan barang2 lama macam tu. Dan confirm buang kalo ketemu 🤣🤣