Tuesday, October 31, 2023

Throwback Wedding SA ~ Bergambar Lagi

Assalamualaikum...

Jom sambung lagi entry- entry terakhir Throwback Wedding SA ni...kenduri kahwin ni memenatkan..betul tak? baik buat kat rumah mahupun buat kat dewan..dia jadi penat dari persiapan awal tahun sampai lah hari kejadian. Padahal hari kejadian tu takde la lama mana pun..tapi nak kena ready segala persiapan tu makan bulan kan...majlis sekejap aje..lepas tu penat berbulan..

Eh bebel plak..moh le sambung lagi..


Ni dengan kawan lama..pernah kapel kejap ngan dia masa kerja kat Terminal 1 Management dulu..lepas tu putus sebab dia laki orang masa tu..hahaha..nak jadi citer dia ni kawan adik ipar SA..tu isteri dia yang baru..kahwin kali ke 2 beberapa tahun lepas rasanya..ke lama dah..dah ada menantu dna cucu dah ni abang ni..






Ni adik bongsu Pak Zain yang SA panggil Apak..dengan wife dia Mak Su Idah




Ni kenalan FB, Abg Gafizal dan family






Candid ngan Paris



Ni pun kawan FB..Dia suka bersajak ni..Imam jugak kat Nilai




Bergambar ngan Pak Zain dan Mak Pah...dua- dua sibuk layan tetamu kan..Mak Pah x larat nak pi pelamin bergambar





Ni Pakcik dan Makcik SA




Ni Family abang sepupu dan Mak Long SA yang baju pink tu..kakak kepada Pak Zain





 

Alhamdulillah...

Cuma x semua sedara mara bergambar, ada yang sampai awal dan balik awal..x sempat bergambar..Nak tau tak..adik- adik ipar SA cakap..next kalau Dania kahwen, tolong la buat kat dewan..diorang semua dah x larat nak buat kerja- kerja kenduri ni..hahaha...ye la..akan datang x tau la zaman Dania macam mana plak kan...

Ada jugak sok sek sok sek kutuk terang-terangan kata yang kahwin ni Janda tapi kenduri mengalahkan anak dara..allahu...salah ke buat kenduri besar sikit...bukan guna duit diorang pun kan...takpe la..SA maafkan aje orang yang berkata- kata tu..terima kasih memeriahkan majlis SA dan komplen terang- terangan..ye la kalau dia tak cakap macam tu SA x tau plak sedara sendiri tak suka ngan SA..hehehe...takpe la..abaikan aje..x penting pun orang yang berkata- kata tu dalam hidup SA..niat SA cuma nak menjamu dan nak meraikan hari bersejarah SA dengan semua..rata- rata happy..satu dua yang x suka tu adat lah dalam masyarakat..bukan senang nak puaskan hati orang kan...

7 comments:

  1. lawa dan meriah tengok majlis SA. tumpang happy bila SA happy

    ReplyDelete
  2. memang penat buat majlis sanding ni... kalau di umh double triple penat sbb nk kena kemas lagi sebelum dan selepas majlis tu kan? eh eh terang-terangan ke kutuk? iya lah mcm lah kita mintak duit dia... x suka jgn la pi kenduri.. hihihi... abaikan je la kak

    ReplyDelete
  3. ex-skandal dtg kenduri..hihi...mulut org mmg susah nak tutup, abaikanlah...

    ReplyDelete
  4. memang meriah sungguh...but penat tu of coz la kan
    eh eh..mulut tu tak bertapis sungguh kan...biar la, ada rezeki nak buat meriah ... buatla kan. peduli kan je kak..yg penting kita happy...
    buat photobook kak.. gambar semua cantik2 ni...

    ReplyDelete
  5. Happy tengok kak SA happy. Bila tengok gambar SA ni, nanti kalau anak saya nak kawin nanti, saya nak buat photo booth kat pintu masuk. siapa dah nak balik kena amik gambar dulu dgn mak peranti sbg bahan bukti. Plus tak penat nak ke pelamin.hahaha.. pdhal anak semua sekolah lagi dah berangan

    ReplyDelete
  6. Gigih ammi zoom muka mamat tu tp tak ke nal. Masa ammi practical kat panji/terminal 1 dia xde lagi kot or masa tu kurus keding haha

    Sibuk je kan mulut org. Janda ke nenek ke yg kawin suka dialah nak buat grand ke hapa

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah