Assalamualaikum...
Semalam SA dan Dania pi I Sehat Medicare ni nak survey katil untuk Mak Pah...kami adik beradik memang x setuju beli katil ni..sebab x worth it pun..makan ruang kat rumah dan banyak lagi la yang x perlunya...guna pun dalam jangka masa pendek kan..6 bulan je sampai kaki Mak Pah okey semula..
SA pergi jugak la survey untuk puaskan hati Pak Zain sebab dia yang insist nak beli utnuk keselesaan Mak Pah...
Tetapi..masa sampai dan SA berkenalan dengan owner I SEHAT MEDICARE ni..SA citer keadaan Mak Pah kat dia..dia cakap kes macam Mak Pah ni banyak, family nak bagi keselesaan sebab tu dia kata tak perlu..siap cakap jangan bazir duit wooi...nanti lepas mak you sihat...dia x nak duduk itu katil..sure punya...so i suggest not to buy lor..guna duit itu untuk kos perubatan dia sahaja...jangan bazir duit..
SA pergi jugak la beberapa kedai kat Rasah yang berdekatan dengan hospital..jawapan yang SA terima tetap sama..
Lepas dh bincang dengan semua kedai yg jual peralatan hospital kat Seremban ni, diorang x suggest untuk beli katil hospital memandangkan Mak Pah bukan bed ridden dan bukan lumpuh, cukup penggunaan wheel chair aje...jangan buang duit katanya...so Pak Zain pun okey dh..since dia yang insist nak beli untuk kegunaan Mak Pah
RM1500
RM3000 ++
RM3200
Wheel chair murah la..
Balik rumah SA bincang dengan adik bongsu, adik no 4 dan adik no 3..Pak Zain masih berkeras nak beli..lepas SA jelaskan kenapa orang2 kedai tu cakap macam tu..baru dia faham...
Alasan utama adalah... MAK PAH BUKAN BED RIDDEN DAN BUKAN LUMPUH..
Sebab tu orang tu x suggest beli..lagi pun 6 bulan je nak tunggusampai Mak Pah punya kaki ok balik..Insha'Allah kurang dari jangkaan itu jugak..
Akhirnya kami sebulat suara x beli katil hospital..duit yang ada walau x banyak boleh gunakan untuk.keperluan Mak Pah yang lain..bazir duit je kalau beli pun..
Semalam Kak Azian Elias ada tanya SA juga kalau perlukan katil sebab kat rumah dia ada 2 katil..terima kasih kak Yan..bukan SA menolak cuma belum ada keperluan buat masa ni..kalau perlu nanti SA contact Kak Yan ye..terharu SA Kak Yan PM SA semalam...terima kasih banyak-banyak..
Ni esok x tau macam mana ni..esok SA dan Pak Zain nak bawak Mak Pah pi hospital nak simen kaki..kali ni simen penuh tempat yang patah tu...bayangkan nak masukkan dia dalam kereta dan keluarkan dari dalam kereta...aduhai....
Ya allah berikan lah kekuatan buat SA dan Pak Zain dan lancarkan serta permudahkan lah urusan kami berdua...aminn...
Allahumma yassir
ReplyDeleteCuba SA google, rasanya ada perkhidmatan sewa katil hospital dari RM150 sebulan. Apa2pun semoga dipermudahkan urusan Mak Pah dan SA sekeluarga.
ReplyDeletemoga dipermudahkan kak..semuanya..aamiin
ReplyDeletesetuju ngn akak..mcm cik nor adik lumpuh separuh badan memang perlu lah guna katil hospital..:)
ReplyDelete