BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba♥️
Kredit : Wan Maslinda Wan Mohamed
sedap ni.. masam manis pedas
ReplyDeleteSedapppnyaaa! Suka menu ni ❤️❤️❤️😋
ReplyDeletewah...menyelerakan nampak tu
ReplyDeleteada kita masak juga menu ni ikut resepi khairul aming...tp entrynya masih dlm draf haha
ReplyDeletetgk pun dah terliur... nampak sedap
ReplyDeleteliez suka tapi bila buat sendiri macam bau sotong kuat sangat.. kena menuntut lagi ni
ReplyDeletewowww sedap ni.. makan camtu je pun dh best sgt..
ReplyDeletesotong is always my fav!!
ReplyDeleteWah..sedap ni..kna buat jgk ni..:)
ReplyDeleteSotong masak begini fav saya sebenernya. Tapi memang tak pernah buat sendiri. Masih belum confident kalo nak mengolah seafood 🤣
ReplyDelete