Friday, October 20, 2023

Resepi Kuey Teow Kungfu

Assalamualaikum...

Hi korang...

Lambat SA bersiaran hari ni...bukan apa..hari ni SA halfday nak balik JB kejap lagi...bas pukul 2.30pm...kali ni SA pilih Mayang Sari plak...harap- harap xde masalah...seawal pagi SA dah sibuk..boss cuti tapi dia banyak bagi SA homework nak kena settle by today..siap SA dah settlekan filing document penting dia dan dah cantik dah bilik dia..x leh share sebab confidential kan..Nanti SA nak belanja dia pewangi bilik plak la..bgai segar sikit..bilik orang lelaki kan..korang faham2 aje la...

Hari ni SA nak share menu masakan Thai iaitu masakan panas berasaskan mee..memandangkan ini resepi kuey teow tapi boleh je tukar dengan mee kuning. SA memang mencari menu- menu macam ni sebab Mak Pah sekarang kan tak selera makan...so kena cari la menu yang boleh dia makan..dapat makan sikit pun jadi la...risau bila tengok dia tak selera makan tu...

Oh ye..resepi ni SA dapat dari FB group masakan..




Resepi Kuey Teow Kungfu


Bahan-bahan 

-Minyak untuk menumis

-7 ulas bawang putih

-3 sudu sos tiram

-1 kiub ayam (optional)

-5 cawan air

-2 sudu besar tepung jagung dan sedikit air

-Udang/ayam/daging/sotong

-Kobi, sawi, lobak

-1 paket kuey tiaw ( bahagi 6)

-6 biji telur


Cara-Cara

1.Bawang putih ditumbuk hancur.

2.Tumis bawang putih hingga sedikit perang

3.Masukkan sos tiram.

4.Masukkan kiub ayam (optional).

5.Masukkan air. Dah sedikit mendidih, masukkan kobis dan lobak.

6.Bila dah menggelegak. Masukkan bancuhan air tepung.

7.Masukkan udang, sawi dan cili masak.

8.Masukkan sedikit garam.

9.Kuey tiaw yg dah di bahagi ke 6 bahagian. 1 bahagian, 1 telur. Gaulkan sebati.

10.Siap.

11 comments:

  1. feberet ciknur tp x penah masak sendiri he hee dan kena ada cili jeruk fuhhh layann

    ReplyDelete
  2. Fav mak and Anak ni... husband pernh buat

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak. tak pernah masak lagi menu ni

    ReplyDelete
  4. sedap ni, pernah try masak beberapa kali tapi taknak menjadi sgt. fail part bau dia, sebab if masak guna api marak sampai ke dlm kuali tu dgn minyak bijan lagi, fuh! mabeles!

    ReplyDelete
  5. baru jer makan lunch tadi...... tapi kurang sedap, masam pula. terbantut selera...

    ReplyDelete
  6. patutlah nampak SA pagi tadi berbaju hitam siap berbagpack converse lagi.

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan @ buat ni... Bolehlah masuk list bekal anak2

    ReplyDelete
  8. sedap ni.makan panas2..memang layannn

    ReplyDelete
  9. always my fav niiiii wpun kerap order menu yg sama tp tak pernah jemu laaa tp tak pernah lg MZ sendiri menu ni hahahah

    ReplyDelete
  10. wah sedapnya..thanks sharing resepi..:)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......