Assalamualaikum...
Hi korang...
Lambat SA bersiaran hari ni...bukan apa..hari ni SA halfday nak balik JB kejap lagi...bas pukul 2.30pm...kali ni SA pilih Mayang Sari plak...harap- harap xde masalah...seawal pagi SA dah sibuk..boss cuti tapi dia banyak bagi SA homework nak kena settle by today..siap SA dah settlekan filing document penting dia dan dah cantik dah bilik dia..x leh share sebab confidential kan..Nanti SA nak belanja dia pewangi bilik plak la..bgai segar sikit..bilik orang lelaki kan..korang faham2 aje la...
Hari ni SA nak share menu masakan Thai iaitu masakan panas berasaskan mee..memandangkan ini resepi kuey teow tapi boleh je tukar dengan mee kuning. SA memang mencari menu- menu macam ni sebab Mak Pah sekarang kan tak selera makan...so kena cari la menu yang boleh dia makan..dapat makan sikit pun jadi la...risau bila tengok dia tak selera makan tu...
Oh ye..resepi ni SA dapat dari FB group masakan..
Resepi Kuey Teow Kungfu
Bahan-bahan
-Minyak untuk menumis
-7 ulas bawang putih
-3 sudu sos tiram
-1 kiub ayam (optional)
-5 cawan air
-2 sudu besar tepung jagung dan sedikit air
-Udang/ayam/daging/sotong
-Kobi, sawi, lobak
-1 paket kuey tiaw ( bahagi 6)
-6 biji telur
Cara-Cara
1.Bawang putih ditumbuk hancur.
2.Tumis bawang putih hingga sedikit perang
3.Masukkan sos tiram.
4.Masukkan kiub ayam (optional).
5.Masukkan air. Dah sedikit mendidih, masukkan kobis dan lobak.
6.Bila dah menggelegak. Masukkan bancuhan air tepung.
7.Masukkan udang, sawi dan cili masak.
8.Masukkan sedikit garam.
9.Kuey tiaw yg dah di bahagi ke 6 bahagian. 1 bahagian, 1 telur. Gaulkan sebati.
10.Siap.
feberet ciknur tp x penah masak sendiri he hee dan kena ada cili jeruk fuhhh layann
ReplyDeleteFav mak and Anak ni... husband pernh buat
ReplyDeletesedapnya nampak. tak pernah masak lagi menu ni
ReplyDeletesedap ni, pernah try masak beberapa kali tapi taknak menjadi sgt. fail part bau dia, sebab if masak guna api marak sampai ke dlm kuali tu dgn minyak bijan lagi, fuh! mabeles!
ReplyDeletebaru jer makan lunch tadi...... tapi kurang sedap, masam pula. terbantut selera...
ReplyDeletepatutlah nampak SA pagi tadi berbaju hitam siap berbagpack converse lagi.
ReplyDeleteLama tak makan @ buat ni... Bolehlah masuk list bekal anak2
ReplyDeletelama x buat nie...sedap betul
ReplyDeletesedap ni.makan panas2..memang layannn
ReplyDeletealways my fav niiiii wpun kerap order menu yg sama tp tak pernah jemu laaa tp tak pernah lg MZ sendiri menu ni hahahah
ReplyDeletewah sedapnya..thanks sharing resepi..:)
ReplyDelete