Monday, October 9, 2023

Nasi Goreng Sardin Style SA..

Assalamualaikum..

SA buat nasi goreng sardin ringkas tapi sedap. Dalamnya dah ada sayur dan protein, jadi tak perlu lauk lain lagi dah..senang kan..sebenarnya ini permintaan Dania..Dania balik kolej pagi ni..So SA bangun awal pukul 4am, masak nasi goreng sardin, masak lagi nasi putih dan goreng telur kicap untuk bekal Dania. SA sendiri bawak bekal Nasi Goreng Sardin ni..SA makan sarapan pagi dan terus sampai lunch..

Kat rumah ni nasi kadangkala tak habis makan. Ha..ini salah satu cara untuk elakkan pembaziran. Simpan nasi dan boleh digoreng. Tak membazirkan?

Tips nak dapatkan tekstur nasi x lembik, simpan dalam peti ais malam sebelum masak pagi tu..cantik jer kejadian nasi goreng tu nanti..Dania message cakap nasi goreng sardin mama buat sedap..hehehe..kembang hati mama kau nak..nanti bila- bila mama buatkan la lagi..



 

SA masak style SA je ye..tapi saje la ngade nak share resepi..lama x share resepi..

Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan:
  • Nasi sejuk 1/2 periuk cukup untuk 3 orang makan
  • Sardin Ayam Brand yang kecik ( asing sedikit sos dan hancurkan)
  • 1 biji Telur
  • Bawang merah3 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili api thai yang merah tu -6 biji
  • Sayur kacang buncis potong kecik2 - 15 batang
  • Secukup rasa 1/2 sudu kecil
  • Garam sedikit
Cara Masak
  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah dulu hingga terbit bau wangi.
  2. Masukkan ikan sardin. Goreng sampai sedikit garing
  3. Masukkan telur dan kacau rata
  4. Kemudian masukkan sayur iaitu buncis yang telah dipotong.
  5. Masukkan sedikit sos sardin, garam dan serbuk perasa. Gaul lagi
  6. Setelah itu, bolehlah masukkan nasi sejuk dan gaul sebati
Siap! Selamat mencuba

11 comments:

  1. Nasi goreng ni x kisahlah masak macam mana pun tetap sedap..hehehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sedap nampak tu

    ReplyDelete
  3. Wak pun selalu sarapan nasi goreng sebab ada ada nasi tak habis makan.

    ReplyDelete
  4. Kembang hati walaupun anak yg puji masakan kita. Kalau laki puji lagi kembang, hahahah.

    ReplyDelete
  5. Hati ibu mana tak kembang kalau anak puji....suka juga nasi goreng...

    ReplyDelete
  6. Nasi goreng sardin memang sedap...
    PH suka buat pedas2 sikit, tambah cili padi ketul @ hiris halus...sedappp 😋

    ReplyDelete
  7. Sedapnya rabia tak pernah masak lg nasi goreng sardin

    ReplyDelete
  8. sedapp!!! ni regular menu my family hehehhe

    ReplyDelete
  9. simple tapi sedap kan nasi goreng sardin tu

    ReplyDelete
  10. Nasi goreng sardin memang sedap. Suka bila ada sos dia tu jadi macam lembap-lembap sikit ala nasi goreng campur kimchi style korea.

    ReplyDelete
  11. Br tgk resipi ni kat blog PH

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah