Perhimpunan tengahari tadi, mata aku terpandang seorang anak ini. Seluarnya menarik perhatian. Rambutnya juga panjang boleh tahan.
Aku panggil dia. Aku bawa ke tepi. Kami berbual
" Abang, kamu tak ada seluar sekolah lain ke?"
" Tak ada cikgu. Seluar saya semua dah "pindik"."
Mengucap aku dalam hati. Macam mana aku boleh terlepas pandang budak ni. Anak ini anak yatim yang biasa aku "belanja" setiap Jumaat. Tapi tak pernah pulaklah aku "sakit mata" tengok apa yang dia pakai sampailah hari ini.
Rambutnya dah panjang. Rasanya dah berbulan tak bergunting. Terus aku bawa dia ke bilik guru, carikan baju terpakai kalau ada. Cari punya cari tak jumpa saiz. Semuanya besar.
Aku terus jumpa Penolong Kanan.
" Boss, izinkan aku keluar kejap. Nak gi Giant. Bawa budak tu, nak carik seluar dengan baju sekolah baru . Sedih tengokkannya. Aku nak bawak dia gunting rambut sekali."
Lepas dapat keizinan, terus kami keluar ke Giant. Tak jauh mana, tak sampai 1km dari sekolah.
Aku tuju kedai gunting rambut.
" Boss kasi potong. Bikin macam budak sekolah."
Zasss zuppp zasss siap.
" Berapa?"
" RM25..."
Aduh, harga barber rupanya. Nak buat macam mana. Itu je kedai yang ada.
Lepas tu terus kami pergi cari baju dengan seluar sskolah baru. Yang ada hanya kedai jenama Canggih. Memang canggih jugalah harganya.
Dia terus pakai baju baru. Nampak segak dengan rambut yang dah kemas. Barulah handsome macam cikgunya. Kalau tidak, Allahhuakbar.
" Kamu dah makan ke bang?"
" Belum cikgu tapi mak ada bagi saya bekal."
" Jom makan jap. Cikgu lapar. Kita pergi KFC nak?"
" Boleh cikgu."
Masa aku order makanan, aku tanya dia.
" Bang nak aiskrim?"
Dia malu malu nak bagitahu.
" Cikgu tanya nak ke tak. Kalau nak, cikgu belikan, kalau tak nak, tak dapatlah. Rugi ooo..."
Terus laju dia jawab, nak cikgu nak.
Haha, psikologi sungguh cikgunya pun.
Kami pun makan dengan gembira seketika.
Tiba tiba datang seorang kakak yang duduk depan kami, hulurkan duit pada anak ini. Not merah.
" Adik, nah duit belanja..."
Hah rezeki dia. Mungkin akak tu tengok kami bual. Aku pakai baju ngajar, anak murid pakai baju baru.
Rezeki sungguh. Kisah aku dengan anak yatim memang sinonim. Santuni mereka selagi daya.
Kredit to Facebook #NfI
Baca dah di FB malam tadi... sedih sangat kan? memang ada budak² ke sekolah dgn tak bawak duitnya, baju selekeh.. kesian
ReplyDeleteAllahuakbar...menyentuh perasaan sungguh kisah ni.. moga murah rezeki cikgu tu...
ReplyDeleteIan & Iris pun ada satu tahun tu, last 2 years kalau x silap...ada sorang cikgu ni belikan buku2 tulis utk both..awal2 lagi cikgu dah pesan ngan iris..cikgu nak belanja katanya.. alhamdulillah rezeki diaorang. Semoga murah rezeki cikgu tu juga ...
Terbaiklah cikgu ni. Mudah-mudahan Allah luaskan rezeki dan permudahkan segala urusan mereka 🤲
ReplyDeleteAlhamdulillah, sesekali baca cerita yang positif di pagi hari ni menceriakan hati yg sekarang ni tengah membuak2 rasa sedih bila tengok penderitaan di bumi anbiya.
ReplyDeleteLinda baca dekat FB pagi td...cikgu sekolah pun salah satu pekerjaan untuk lubuk pahala..
ReplyDeleteAlhamdulillah..cikgu yg prihatin...semoga murid berkenaan jd pelajar cemerlang..
ReplyDeleteAllahu.. semoga guru tersebut diperluaskan rezekinya dan dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteSemoga Allah ganjarkan cikgu tu pakaian terbaik disyurga kelak...amiinn
ReplyDeleteMZ pun baca kisah ni..sbb dulu2 pernah folo FB cikgu pe chey tu (geng2 cikgu fadli tu)
ReplyDelete