Wednesday, October 25, 2023

Menyantuni Anak Yatim, Semoga Murah Rezeki Cikgu Ni

Assalamualaikum...

Semalam blog SA sunyi sepi takde entry...bukan xde entry dalam draft cumanya semalam SA moody dari pagi...dengan kerja pun banyak...dengan boss nak travel...dengan bendera Jepun..dengan sakitnya..dengan pening and sakit2 badan...dan dengan tak tido malamnya...

Hari ni SA mulakan entry dengan Bismillahirrahmanirrohim...semoga segalanya berjalan lancar...jom baca kisah seorang guru menyantuni anak yatim. Semoga kisah ini menjadikan tauladan untuk kita.. insyaallah anak ini dah besar nanti dia akan buat perkara yang sama kepada anak-anak susah yang lain..tingkahlaku anak ini yang mencuit hati SA..dia tau dia susah tapi dia tidak meminta-minta..lumrah anak2 seusianya pasti ada keinginan tetapi memandangkan keadaan hidupnya..dia hanya memilih untuk akur...semoga dimurahkan rezeki buat Cikgu dan anak muridnya ....




Perhimpunan tengahari tadi, mata aku terpandang seorang anak ini. Seluarnya menarik perhatian. Rambutnya juga panjang boleh tahan. 

Aku panggil dia. Aku bawa ke tepi. Kami berbual

" Abang, kamu tak ada seluar sekolah lain ke?"

" Tak ada cikgu. Seluar saya semua dah "pindik"."

Mengucap aku dalam hati. Macam mana aku boleh terlepas pandang budak ni. Anak ini anak yatim yang biasa aku "belanja" setiap Jumaat. Tapi tak pernah pulaklah aku "sakit mata" tengok apa yang dia pakai sampailah hari ini.

Rambutnya dah panjang. Rasanya dah berbulan tak bergunting. Terus aku bawa dia ke bilik guru, carikan baju terpakai kalau ada.  Cari punya cari tak jumpa saiz. Semuanya besar.

Aku terus jumpa Penolong Kanan.

" Boss, izinkan aku keluar kejap. Nak gi Giant. Bawa budak tu, nak carik seluar dengan baju sekolah baru . Sedih tengokkannya. Aku nak bawak dia gunting rambut sekali."

Lepas dapat keizinan, terus kami keluar ke Giant. Tak jauh mana, tak sampai 1km dari sekolah.

Aku tuju kedai gunting rambut. 

" Boss kasi potong. Bikin macam budak sekolah."

Zasss zuppp zasss siap.

" Berapa?"

" RM25..."

Aduh, harga barber rupanya. Nak buat macam mana. Itu je kedai yang ada.

Lepas tu terus kami pergi cari baju dengan seluar sskolah baru. Yang ada hanya kedai jenama Canggih.  Memang canggih jugalah harganya.

Dia terus pakai baju baru. Nampak segak dengan rambut yang dah kemas. Barulah handsome macam cikgunya. Kalau tidak, Allahhuakbar.

" Kamu dah makan ke bang?"

" Belum cikgu tapi mak ada bagi saya bekal."

" Jom makan jap. Cikgu lapar. Kita pergi KFC nak?"

" Boleh cikgu."

Masa aku order makanan, aku tanya dia.

" Bang nak aiskrim?"

Dia malu malu nak bagitahu.

" Cikgu tanya nak ke tak. Kalau nak, cikgu belikan, kalau tak nak, tak dapatlah. Rugi ooo..."

Terus laju dia jawab, nak cikgu nak.

Haha, psikologi sungguh cikgunya pun.

Kami pun makan dengan gembira seketika.

Tiba tiba datang seorang kakak yang duduk depan kami, hulurkan duit pada anak ini. Not merah.

" Adik, nah duit belanja..."

Hah rezeki dia. Mungkin akak tu tengok kami bual. Aku pakai baju ngajar, anak murid pakai baju baru.

Rezeki sungguh. Kisah aku dengan anak yatim memang sinonim. Santuni mereka selagi daya.


Kredit to Facebook #NfI


9 comments:

  1. Baca dah di FB malam tadi... sedih sangat kan? memang ada budak² ke sekolah dgn tak bawak duitnya, baju selekeh.. kesian

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...menyentuh perasaan sungguh kisah ni.. moga murah rezeki cikgu tu...
    Ian & Iris pun ada satu tahun tu, last 2 years kalau x silap...ada sorang cikgu ni belikan buku2 tulis utk both..awal2 lagi cikgu dah pesan ngan iris..cikgu nak belanja katanya.. alhamdulillah rezeki diaorang. Semoga murah rezeki cikgu tu juga ...

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah cikgu ni. Mudah-mudahan Allah luaskan rezeki dan permudahkan segala urusan mereka 🤲

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, sesekali baca cerita yang positif di pagi hari ni menceriakan hati yg sekarang ni tengah membuak2 rasa sedih bila tengok penderitaan di bumi anbiya.

    ReplyDelete
  5. Linda baca dekat FB pagi td...cikgu sekolah pun salah satu pekerjaan untuk lubuk pahala..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..cikgu yg prihatin...semoga murid berkenaan jd pelajar cemerlang..

    ReplyDelete
  7. Allahu.. semoga guru tersebut diperluaskan rezekinya dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah ganjarkan cikgu tu pakaian terbaik disyurga kelak...amiinn

    ReplyDelete
  9. MZ pun baca kisah ni..sbb dulu2 pernah folo FB cikgu pe chey tu (geng2 cikgu fadli tu)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah