Thursday, October 12, 2023

Kopi Melegakan Atau Meningkatkan Stress?

Assalamualaikum..

Tengah scroll gambar kat HP ternampak plak beberapa keping gambar ni..rasanya tak masukkan dalam entry lagi..eh..perlu ke SA semua gambar nak letak dalam blog..alaaa..sayang nak delete at least buat satu entry kan..gambar ni pun diambil sehari sebelum SA nikah..31hb August 2023..mak aiii..sebulan dah ha umur gambar ni..kalau lupa dan terbiar je confirm jadi 2 bulan..dah Oktober kan..SA x pasti masa ni buat apa kat Senawang. Cari apa...haha..lupa la..x leh nak recall. Maybe mencari last minute keperluan untuk wedding berdua dengan Suami..masa tu tunang lagi..

Hari ni SA nak bercakap tentang Kopi ..

Sebenarnya kopi ni melegakan stress ke atau meningkatkan stress. SA mengaku SA memang addicted dengan kopi. Sehari kalau tak dapat memang x lengkap hari tu..mesti nak minum..kalau stress pun SA akan cari kopi..pada SA Kafein membantu mengubah mood menjadi lebih baik sekaligus memberikan 'ketenangan' bagi mereka yang mengambilnya...bila stress minum kopi SA rasa tenang je tapi bila SA baca artikel..rupanya saat stress jangan minum kopi...ia akan meningkatkan lagi stress sekiranya diminum secara berlebihan..

La pulak..dah tu kalau stress kena minum apa?

Kalau stress kita boleh makan chocolate atau minum air chocolate..haaa nampakkkk....




Hazelnut latte



Americano




Sebenarnya, kopi merupakan minuman yang selamat terutamanya jika diambil dalam dos yang rendah.

Namun, kajian menunjukkan minuman ini boleh membuatkan keresahan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan serangan panik!


Tip untuk mengurangkan stres dan kegelisahan

  1. Berehat jika perlu. Tonton televisyen, dengar lagu, lakukan meditasi atau lakukan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu anda rasa lebih tenang.
  2. Ambil makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, berminyak dan berlemak.
  3. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. Kedua minuman ini adalah pantang larang anxiety.
  4. Dapatkan tidur yang mencukupi.
  5. Bersenam setiap hari. Senaman dapat membuatkan mood anda stabil.
  6. Berpandangan positif.
  7. Belajar tentang kondisi anda dan kenal pasti apa yang membuatkan anda resah

Tips & info kopi credit to Google.com
 
So boleh la sebenarnya minum kopi...cuma jangan la ambil secara berlebihan..itu yang x boleh..kalau korang rasa down dan tak bersemangat boleh la cari minuman atau makanan yang boleh melegakan seperti Coklat Gelap, Teh Hijau, Makanan yang kaya OMEGA-3, Kekacang dan makanan yang diperam seperti Kimchi..

10 comments:

  1. kalau ammi kena minum kopi yg pahit baru hilang stress...kalau yg manis lagi bertambah stress haha

    ReplyDelete
  2. Kita tiap pagi wajib minuk secangkir kopi panas.

    ReplyDelete
  3. dana bukan peminat tegar kopi tapi dana suka kopi, boleh minum dan suka takde masalah addicted kene ambil tiap hari. Tapi suka sangat bau dia tu rasa tenang dan bersemangat hehehhe

    ReplyDelete
  4. Saya la tu salah seorang yg bila minum kopi jadi mcm berdebar2 mcm kena anxiety attack, lepas tu dapat gerd. Memang doktor kata kena pantang kopi. Mungkin sbb masa PKP dulu tiap2 hari buat kopi dalgona sbb rindu nak minum air starbucks hahaha!

    ReplyDelete
  5. Memanglah kopi menyetresskan
    Sebab kopi2 sekarang menghakis dompet.

    ReplyDelete
  6. sep sikit sbb geng..mesti nak kopi hari2...but now memang x suka kopi yg manis2 tu, kalau minum pun skt2 la..share ngan ian je...

    ReplyDelete
  7. Kita stress kena cr dessert or yg makanan yg manis2 ...br tenang..Kopi Kita xleh minum sgt Nanti xleh tido..skali skala bole la

    ReplyDelete
  8. Sedap arrr bau kopi. Kadang terbau kopi officemate pun rasa segar je mata.

    ReplyDelete
  9. MZ & mr hubby both tak minum kopi...err mcm minority jer kan org yg tak minum kopi ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......