Assalamualaikum..
Jom la kita throwback kisah honeymoon SA plak erk...macam lama sangat nak abis Throwback wedding SA tu..nanti campur- campur la...
Lepas majlis kami tu..Ahad tu kami rehat dan kemas- kemas serta mendobi apa yang patut..hantar apa yang di sewa apa yang dipinjam..mulanya decided nak pi honeymoon kat Kuantan lepas tu SA teringat Cameron Highland..bayangkan x tau nak pi mana ni...hahahah...x tau nak decide...last- last En Suami kata Cameron Highland la..so seawal pagi kami gerak dari rumah...huiii...best betul dah ada suami kan..memang rasa macam puteri la layanan sepanjang honeymoon..
Kami gerak dengan tak sarapan dan berhenti sarapan kat RNR mana ntah...lupa plak...cuaca agak baik tapi sangkaan kami tu meleset ye..x sebaik yang di sangka...ikut lebuhraya Elit so kenderaan banyak dan sedikit jammed..En Suami dah mengeluh membebel dah sebab kereta banyak..dia kan sejenis x suka dalam jammed.
Sepanjang perjalanan memang pemandangan cantik je..cuaca sedikit mendung lepas tu panas dan lepas tu mendung semula...kiri kanan pemandangan bukit2 tu SA suka..lama tak lalu area sini kan..lama x ke utara...
Kami ikut Simpang Pulai, mulanya dah masuk Tapah tapi kami patah balik..sebab En Suami x confident lalu ikut Tapah...
Ikut Simpang Pulai ni sampai atas terus hujan..cuaca berubah sekleip mata..hujan yang lebat dan kabus tebal...memang kena hati- hati...ingatkan hari Isnin x ramai yang naik ke CH..rupanya ramai jugak ye cuma tak jammed la...
Nanti kita sambung lagi ye...kami sampai hotel Rosa Passadena ngam- ngam pukul 2.30pm..dah la hujan lebat..dengan sejuknya...tak bleh tahan uiiii....bilik pun x pasang ekon ye..memang sejuk giler...SA cuma pelik..ramai betul orang bercuti padahal hari Isnin..ada la pelancong luar negara, dalam negara dan ada yang dari Spore...
musim hujan ni kalau ikut Tapah mmg bahaya...takut tanah runtuh...
ReplyDeletebestnya honeymoon! teringat kenangan MZ honeymoon 19 tahun lps kat frasers hills..indahnyaaaa hahahhah
ReplyDeleteTak ada orang yang suka jammed SA kecuali orang yang sedang bercinta (boleh borak lama sikit) 😁😁
ReplyDeletealhamdulillah..nice weather sepanjang perjalanan.. jalan pun x jam
ReplyDelete